Thursday, May 29, 2008

Tsaqafah ilmiah (budaya ilmu) Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadwi




Fatasyabbahu inlam takuunuu mithlahum,innattasyabuh bilkiram falah...Aku kagum dengan tokoh ulama kontemporari ini.Bersifat murabbi sejati.Setakat ini,sekadar merujuk manaqib beliau melalui buku Syeikh Fahmi Zamzam.Selain tu,ada membaca sedikit kitab "maza khasiral alam binhithati almuslimin" serta "rijal al-fikr ".InsyaAllah moga-moga dapat tahu lebih mendalam lagi mengenai tokoh ini.Beliau terdidik oleh suasana budaya ilmu yang dibina oleh keluarganya.Hidup dalam 'raudhah ilmiah' keluarganya.Dididik oleh abangnya setelah meninggalnya ayahnya.Patut dicontohi oleh semua muslim.Kerana semuanya ini bermatlamatkan mencari keredhaan Allah dalam meneruskan perjalanan kehidupan duniawi yang serba singkat masanya.Tidak seronok perjalanan hidup tanpa ilmu.Kaku kehidupan yang kering dengan pengamalan ilmu seumpama syair berbunyi "Seandainya engkau menimbang dua ribu kati arak,maka engkau tidak akan mabuk sehingga bila engkau meminumnya".Dan aku merasakan dapat dicontohi melalui kisah hidup Sayyid Abul Hasan ini.

"Sayyid Abul Hassan sangat berminat untuk membaca dan mentelaah kitab sejak kecil lagi.Oleh itu kitab-kitab yang dikarang oleh ayahnya dan abangnya merupakan bahan bacaanya selain kitab-kitab yang dikarang oleh ulama-ulama lain.Sejak kecil beliau gemar menghimpunkan kitab-kitab.Maka dalam usia belasan tahun beliau telah mempunyai sebuah sudut bacan yang tersendiri yang beliau namakan dengan "Maktabah Abil Hasan Ali".

Ibunya juga seorang pendidik yang dedikasi dan termasuk di antara golongan wanita yang dihormati dan disegani,bahkan seorang hafaz al-Quran dan pengarang syair-syair sejarah Islam dalam bahasa urdu dan bahasa Parsi dan peminat syair2 yang merangsangkan semangat jihad.Hal ini lahir dari satu tradisi yang berlaku dalam keluarga ini.

Tradisi itu ialah apabila mereka ditimpa suatu kemalangan atau kesedihan,maka seisi keluarga berhimpun di rumah mereka lalu ada salah seorang di antara mereka yang melagukan syair2 jihad dan kisah-kisah perjuangan Nabi SAW.Syair2 itu telah digubah oleh seorang dari keluarga mereka yang dikenali dengan nama Sayyid Abd Razzak Kalami,yang disadur dari kitab "Futuhus Syam" karangan al-Waqidi.Syair2 itu berjumlah 25000 bait.Jadi syair2 yang penuh dengan semangat perjuangan itu dilagukan dalam satu atau dua jam, sehingga jiwa dipenuhi dengan semangat jihad yang meluap-luap dan kesediaan berkorban dengan apa sahaja yang dimiliki,bahkan brusaha untuk gugur syahid.Maka ketika itulah kesedihan dan kesusahan akan hilang".(sumber:Dipetik dari buku Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi Sejarah hidup dan Pemikirannya oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam an-Nadwi al-Maliki)

No comments: