Monday, May 26, 2008

Kata-kata Rabi'ah al-Adawiyah



"Aku cinta kepada-Mu dua cinta,cinta seorang kekasih dan cinta kerana Engkau berhak dicintai.Adapun cinta seorang kekasih,Maka aku sentiasa mengingati-Mu tiada pada yang lain.Adapun cinta yang Engkau berhak dicintai,Maka bukakanlah hijab-Mu kepadaku sehingga aku melihat-Mu.Bagiku tidak ada pujian pada kedua-duanya tetapi bagi-Mu kepujian pada kedua-duanya."
Siapa Rabiah al-adawiyah?
Ibn Khalikan menjelaskan nama penuhnya, Umu al-Khair Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah al-Basriyah al-Qisiyah.Beliau menyifatkan Rabiah dengan katanya : Rabiah seorang tokoh pada zamannya,ceritanya dalam kebaikan dan ibadah amatlah masyhur (kitab Wafayat al-A'yan).
Al-Sya'rani menyebut dalam Tabaqatnya,Rabiah banyak menangis dan dukacita,apabila dia mendengar perkataan neraka dia tidak sedarkan diri beberapa lama kerana takut,ini menyebabkan tempat sujudnya dibasahi air.
Ibn Hubad al-Randi dalam kitab Hakam 'Atta'i: Walaupun Sufian dikenali dengan zahid dan alim,tetapi dia tetap duduk dihadapan Rabi'ah dan berkata kepadanya : Ajarkan kami apa yang Allah kurniakan kepadamu daripada rahsia hikmah.Dia menjawab:" Sebaik-baik lelaki ,kalau engkau tidak cintakan dunia".Sufian mengakui ketinggian Rabi'ah dan beliau menerima pendapatnya.
Wallahu'alam.....ambil iktibar dan hitung diri.

No comments: