Tuesday, May 6, 2008

"Sunggoh ! sunggoh ! sunggoh ! aku kata ni! "


Tersentuh bilamana membaca surah al-asr,surah yang mendatangkan kegerunan dalam diri.Berkata al-imam asy-syafie:لوتدبر الناس هذه السورة لوسعتهم "Sudah cukup kalau surah al-asr sahaja yang diturunkan jika manusia mentadabbur akan ia".Dari uslub qawaid lughawi,Allah menggunakan "waw al-qasam" bermakna Allah bersumpah dengan masa.Perkataan yang digunakan bermakna terkandung rahsia yang perlu direnung sedalam-dalamnya.Tidak cukup dengan sumpah ditambah lagi dengan adat taukid "Inna" yang beerti sesungguhnya,menasabkan al-ism merafa'kan khabar.'الانسان' disini terkandung لام الجنس bermakna semua jenis yang bernama insan.Kemudian ditambah lagi dengan hurf "lam ta'kid" bermakna lam yang lagi menunjukkan penegasan.Dan barulah dinyatakan perkataan rugi tersebut.Analoginya dalam bahasa orang utara,"Sungguh! sungguh!sungguh aku kata ni!". Perkataan khusr pula tidak diikat dengan "alif lam ma'rifah" bermakna "tufiidul umum",bermakna sumber yang menyebabkan manusia dalam kerugian cukup banyak.Dan dalam tafsir munir pulak sebut التنكير للتعظيم اي في خسر عظيم ( rugi sangat-sangat ).Melainkan amalan yang soleh yang diikatkan dengan perasaan 'ubudiah (kehambaan) kepada khaliq.Disinilah kepentingan meluruskan niat yang tidak dapat samasekali dipisahkan dengan ikhlas.........wallahu'alam.


1 comment:

ruhul jadid said...

baca surah al asr setiap kali program berakhir..terkadang baca sambil lewa..tahu makna secara genaral sahaja sebenarnya tak tembus di hati.tak terkesan dlm amalan.pentingnya kan..mendalami lughah arabiah secara syumul..hayya nadrus hazihi lughah.jihad ni!