Wednesday, December 30, 2009

Pesanan cinta Kekasih



Jangan tinggalkan surah al-Mulk setiap malam sebelum tidur.Kerna ia merupakan perisai buat kehidupan kita di alam kubur.Al-faqir berkesempatan menghadiri ziarah asy-Syeikh Wahbah Zuhaily di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.Setelah memberi kata-kata berbentuk tazkirah,beliau mengimami solat hajat.Kemudian beliau berdoa yang didalamnya ada tawassul dengan Rasulullah.Usai berdoa,beliau berpesan pada yang hadir,"Jangan tinggalkan surah al-Mulk setiap malam sebelum tidur,kerna ia merupakan asbab penyelamat dari kejahatan".

Lebih kurang dua minggu sebelumnya,selepas memberi tausiyyah mahabbah pada mukhayyam ahbab Darul Hasani,Syeikhna Sidi Yusuf Mahyuddin al-Bakhur juga berpesan,para ahbab,"Jangan tinggalkan surah al-Waqiah selepas maghrib,serta al-Mulk sebelum tidur".
Sudah lumrah kita manusia,perlu diingatkan baru nak beramal.Walaupun sebenarnya bukan tak tahu amalan tersebut.Itulah fungsi Syeikh /Ulama,mereka beramal kemudian menggalakkan orang lain juga beramal.Sungguh terkesan nasihat mereka walaupun simple.

Cinta Allah menuntut kita beramal bukan kerna terpaksa,tetapi cinta itu menuntut beramal sebagai wasilah berhubung dengan Kekasih.

Bisikkan didalam hati ketika di mana sahaja,

"Ya Allah jadikan aku bersama orang soleh",kerna dalam al-Quran bayak permohonan sedemikian yang diminta oleh para Nabi.Para nabi pun doa sedemikian,kita apatah lagi berhajat dengan doa sedemikian.


Renungan Hadith Qudsi:


Wallahu'alam.

*Tolong doakan sama al-faqir jadi soleh

Pautan hamba merindu Kekasih...

Memaut utuh setiap yang disukai Kekasih,
Melazimi sebutan kalam Kekasih,
Merasa resah setiap kali terlupa akan Kekasih,
Setelah mengekali pandangan,
Melepas sebutan zahir,
Berkekalan bisikan rindu bersama Kekasih.

Kekasih itu ialah Allah,
Jalan hubungan Kekasih adalah kekasih,
Kekasih penghubung itu adalah Sayyidina Muhammad,
Atas terbitan lafaz isim maf'ul hammada ,yuhammidu,muhammadun,
Menjadi tempat sampaikan selawat,


Pautlah utuh zikir padaNya,
Lazimlah Quran dibaca saban waktu,
Ingatlah setiap yang terpandang,memandang dan dipandang adalah dari Allah,
Setelah berkekalan pandangan zahir,
Maka cetuskan saban saat berbisik didalam hati mengadu pada Kekasih,

"Ya Allah jadikanku orang soleh"
"Ya Allah ampunkan dosaku"
"Ya Allah bimbinglah diriku"
"Ya Allah jangan biarkan aku sendirian,setiap kelipan mata,setiap hembusan nafas melainkan ingat padaMu"

Berbisiklah.......
Penghubung cinta hina hamba pada Maha Mulia Kekasih,
Umpama ikan tanpa air lemaslah ia,
Diri tanpa zikir matilah ruh.

Bersama usahakan serta bertawakkal pada Kekasih.....


*Doakan al-faqir

Tuesday, December 29, 2009

Kalimah itulah matlamat

Kalimah itu adalah laailahaillallah,
Kalimah yang dengannya tenang jalani arus kehidupan,
Kalimah cinta hamba pada ilahi,
Kalimah kunci syurga.

Menunggalkan yang Esa,
Menafi kewujudan yang lain,
Tatkala kekayaan materi menakluk diri,
Tatkala kekuasaan meliputi diri,
Tatkala merasa diri megah berdiri.
Maka kalimah itu menghapus segala.
Yang wujud adalah Allah.
Mana mungkin wujud yang lain tanpa dinisbahkan pada Allah.


Kita berjalan dengan penuh ketenangan dan kebahagian atas kalimah itu.
Bergerak dalam "muwafaqah" dengan kehendak Allah itulah taufiq,
Di kala tergelincir dari lorong muwafaqah tersebut,
Kembali dengan kalimah taubah kalam istighfar.


Matlamat kehidupan usah difikir panjang mencarinya,
Matlamat kehidupan hanyalah ALLAH.
Cukup,usah ditambah lagi.

Wallahu'alam..

*doakan al-faqir

Wednesday, December 23, 2009

.....cinta padaMu adalah milikMu.....

T
Menumpang di bumiNya.
Berpayung dibawah langitNya.
Bernafas dengan bekalan udara dariNya.
Disuluh terang sumber cahaya dariNya.
Dihidang saban hari tak putus dari rezkiNya.


Tidakkah dikau mengetahui bahawa kasihNya itu mendahului dakwaan kosong cinta makhlukNya.
Terus merenung pinjaman dariNya.


Dikau berjalan diatas hamparan bumiNya menggunakan kaki dariNya.
Memandang atas ni'mat mata anugerah dariNya.
Menghirup udaraNya juga menggunakan anugerah alat pernafasan dariNya.
Ni'mat memandang dengan mata pemberianNya,
Seluruh jasadmu dariNya,
Fungsi jasad keseluruhan juga milikNya,

Tatkala dirimu sakit,bahawa perlu diingat bahawa sakit itu dariNya,
Sembuhan itu juga dariNya,
Tatkala Dia berfirman "Dan Dia menciptakanmu dan apa yang kamu lakukan",
Tatkala itu juga kamu ketahui,'ibadatmu itu adalah rahmat dariNya buatmu untukNya.

Maka kembalilah dirimu pada kalimah tauhid " laailahaillallah".Disitu rahsia kehidupanmu.Disitu diri berjalan menujuNya.

Bila menyedari semuanya ini,maka dirimu ingin sekali mengucapkan padaNya "aku cinta padaMu".Namun,sedarilah bahawa cintaNya mendahului sebelum dirimu diciptakan.Tak dapat dirimu melafazkan lafaz cinta tersebut tanpa kekuatan yang juga hanya dariNya.Bahkan,tak dapat juga dirimu merasa didalam diri kecintaan padaNya tanpa anugerah dariNya.Dimana kewujudan dirimu bilamana keseluruhan dariNya dan bakal kembali semula padaNya.'aa'uzubillahi min kalimah ana (aku berlindung denganmu Allah dari kalimah ana).Kehidupan hanyalah adab hamba pada Pencipta.



(Tariklah nafas sedalamnya dengan menyebut dalam hatimu Allah,lepaskan nafasmu dengan lafaz dhomir "hu" bererti Dia )

Dialah Allah..

"Tiada tuhan melainkan Allah"

Fafham....


"Mohon doakan al-faqir jadi soleh"

Tuesday, December 15, 2009

Jalan-jalan kenal Allah

Tazkirah Syeikhna Yusuf Mahyuddin Bakhur al-Hasani malam tadi di Bahau terus membawa tema cinta Allah.Menasihatkan anak muda agar beribadat atas paksi cinta Allah.Tidak mungkin seseorang dapat solat jika didalamnya tiada cinta Allah.Syeikh membawa kisah kesolehan al-'Arif billah Sahl Abdullah at-Tusturi sejak kecil.Suatu hari terjaga di tengah malam,melihat bapa saudaranya sedang qiayammullail.Bapa saudara yang juga 'arif billah menyuruhnya tidur kembali kerna mengganggu fokusnya untuk beribadat.Sahl yang pada waktu ketika itu masih kecil menjawab."Apakah pak cik menghalang saya sama-sama beribadat kepada Allah.Adakah Allah itu hanya untuk pak cik,bukan untuk saya".Menyedari akan kesolehan anak saudaranya tersebut beliau mengajar kepada Sahl satu zikr "Allaahu syaahidi,Allahu naazhiri,Allaahu muttholli'un 'alaiyya".Pesan bapa saudaranya tersebut supaya jangan beliau tnggalkan zikr tersebut sebanyak tiga kali setiap hari.Setelah beberapa tahun berlalu,bapa saudaranya mendapati Sahl masih lagi istiqamah dengan zikir tersebut.Maka bapa saudaranya mengarahkannya menambah lagi bilangan zikir tersebut.Sahl mendapati zikr tersebut menerbitkan bibit-bibit cinta beliau dengan Pencipta.Demikianlah antara cerita guru kami pada malam tadi.Beribadatlah atas rasa cinta pada Allah.Sesungguhnya cinta itu ada sebelum makhlukNya diciptakan lagi.Sambutlah cinta Agung rabb walaupun umum mengetahui Dia maha Kaya tidak memerlukan kita.Kitalah yang perlu sedar diri bahawa kita memerlukan cintaNya setiap saat,setiap hembusan nafas,setiap kerdipan mata,setiap gerakan dan setiap ceruk mana pun kita berada.


Selesai majlis,terus ke rumah Hj Ahmad untuk makan malam.Rumah kayu kampung.Cantik dan indah suasananya.Sementara menunggu hidangan,berborak sebentar dengan para ahbab di serambi.Nyaman sekali suasana kampung di ketika malam.Asyik bersembang sambil bergurau,Syeikhna memanggil masuk ke dalam rumah.Dialunkan bersama2 bait-bait qasidah laailahailallah,"Laailahaillallah muhammad rasulullah 'alaihi sholaatullah".Setelah makan malam,para ahbab bersiap-siap berangkat pulang ke Nilai.Sebelum itu menyalami syeikh sambil sempat mendengar gurauan syeikh.Syeikh tidur dirumah Hj Ahmad bersama Ustaz Mustapha.


Para ahbab....! Selamat bermukhayyam di Port Dickson.Semoga menatijahkan bibit-bibit merasai kecintaan Allah di dalam diri.InsyaAllah.


*Doakan al-faqir

Sunday, December 13, 2009

Cinta ALLAH


Alhamdulillah,guru kami Syeikh Yusof Bakhur al-Hasani bertandang lagi ke Malaysia.Bersama juga Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Bantani.Seawal turun ke Malaysia,al-faqir sempat turun menyambutnya di Darul Hasani Nilai,zawiyah baru ahbab di Malaysia.Sesampainya beliau di Darul Hasani,duduk berehat sambil menyampaikan tausiyah."Kehidupan duniawi seolah2 hal yang berlaku di airport KLIA tadi.Hanya tempat persinggahan sebentar.Tiada mungkin seseorang tinggal lama di airport tersebut".Ditanya,"Syeikh sihat?".Beliau menjawab ,"Alhamdulillah,penyakit merupakan dari Allah,dan penyembuhnya juga dari Allah....Jadi dimanakah kedudukan kita?".Setiap kalimah mengandungi tausiyah berharga dengan tema cinta Allah.Tiga tempat berceramah berbeza,beliau menekankan satu kisah kecintaan hamba pada Allah,melalui kisah nabi Ibrahim. Kecintaan nabi Ibrahim diuji dengan thoriq Allah bukan thoriq manusia.Yakni menyembelih anak yang disayangi.Kecintaan Allah merupakan kecintaan yang satu di dalam hati tanpa dikongsi oleh mana-mana cinta.Arahan Allah dipatuh kerna merupakan arahan Kekasih.Syeikh juga mengulang-ulang syair mengenai hakikat kecintaan Allah pada makhluk sebelum manusia dicipta.Cinta Allah menyebabkan terungkap kata-kata Rabiah Adawiyah "Biarkan mereka beribadat padamu untuk syurga dan takut neraka,asalkan aku terus bersama Allah yang kucintai" (lebih kurang).Pada malam perasmian Darul hasani,syeikh mensyarahkan bait-bait qasidah Hallaj yang diungkap ketika hukuman bakal dijatuhkan keatasnya.Bait murni mengenai kalimah laailahailllalllah.Ungkapan Hallaj "Ya Allah,terimalah sangkaan mereka (golongan yang menjatuhkan hukuman).Sesungguhnya mereka melaksanakan ini kerna menyangka tujuan agama.Maka terimalah darahku sebagai korban".Sehari sebelum hukuman,tiga orang ulama datang menemui Hallaj bermunaqasyah dengan beliau.Selesai bermunaqasyah ketiga-tiga ulama ini menyimpulkan bahawa hukuman ini adalah tujuan politik semata-mata bukan tujuan agama.Mereka mengiktiraf 'aqidah sohih lagi murni Hallaj.Hallaj tenggelam dengan kecintaan yang sangat mendalam pada Kholiq.Bait-bait qasidah laailahaillallah cukup indah.wallahu'alam.


*Doakan al-faqir

Monday, December 7, 2009

Janganlah tinggalkan.....

Sebagai muslim,mukmin yang bercita-cita sampai pada Allah,tidak sepatutnya kamu meninggalkan :

1.Istighfar,kerna kamu punyai dosa yang banyak.

2.Selawat.kerna tidak mungkin sampai kamu padaNya tanpa kasih pada diri baginda.

3.Kalimah laailaahaillallah.Kerna tahqiq matlamat hidupmu adalah atas faham laailahaillallah.

Bayangkan,tiga perkara ini jika tidak ditinggalkan sampai ke penghujung usia,alangkah indah hubungan denganNya dapat disemai sehinggakan berasa sentiasa 'asyiq denganNya.Tanpa berzikir rasanya seperti ikan lemas tanpa air.

Selain itu,al-quran dibaca setiap hari sehinggakan berkali2 khatam sehingga ke penghujung usia.Sehingga terpahat dihati ayat2Nya sambil diri merenung keindahan uslub bahasa al-Quran dengan berbekalkan ilmu nahu,sorof serta balaghah.Di ulang-ulang,direnung dan diamalkan.Bayangkan jika bermula dari sekarang semua ini,akan berasa bahagianya kehidupan sehingga ke akhir hayat.Sesungguhnya,ilmu yang kamu pelajari semuanya bukan untuk orang lain merenung dengan mengabaikan dirimu,tetapi ketahuilah ia sebenarnya untuk dirimu belayar menyambut cinta Ilahi.

*Doakan al-faqir jadi orang baik,soleh.

Thursday, December 3, 2009

Bergerak terus mengenal Allah

Hari Isnin ke Alor Setar,tujuan hanya satu membelek-belek kutub di Pustaka Darussalam,Shahab Perdana.Alhamdulillah,membawa balik kitab yang amat berharga buat berjalan menujuNya.Kitab karangan Ibnu Athaillah assakandari bertajuk "Allah ".al-faqir tak mampu memahaminya secara mendalam tapi cukup sekadar mengamalkan kaedah "Jika tak mampu kesemuanya jangan tinggal kesemuanya".Mengambil setitis kemanisan pengalaman dan ilmu shohib kitab dalam mengenal Allah.Belum pun khatam membacanya.Antaranya menghuraikan kesempurnaan lafzul jalaalah Allah.Kalimah "Allah" lafaz lengkapnya.Jika dibuang "alif" akan menjadi "lillah" (bermakna untuk Allah).Kalau dibuang lagi dua huruf hadapan yakni "alif" serta "lam awal" jadinya "lahu"(bermakna untukNya) .Dibuang "lam thani" jadinya "hu" dhomir bagi huwa (bermakna Dia).Jadi,dapat difahami kesempurnaan lafzul jalaalah.Tidak sempurna ibadat jika zhohir tidak menyebutNya.Tidak sempurna juga ibadat hamba jika tidak menqasad lafaz tersebut didalam hati.Tidak sempurna bahkan "syirik" jika lafaz tersebut berkongsi dengan yang lain di dalam hati.Gamaknya (atas faham alfaqir),itulah maksud hikam arsalan "wujudmu merupakan syirik"(rujuk syarah hamratul khan fi syarh arsalan) .ya Allah,kami tak mampu melainkan dengan kalimah laahaulawalquwwataillabillah.

*Doakan al-faqir

Thursday, November 19, 2009

Malam tadi....

Malam tadi hadir ke rakaman al-Kulliyyah TV3 yang menampilkan tiga panelis dua sisi.Dr Uthman el-Muhammady,Asri Zainal Abidin dan Fauzi Deraman.Alhamdulillah,Ustaz Uthman berjaya berhujjah dengan baik membela arus perdana yang telah dipasak kukuh oleh ulama terdahulu di Malaysia khususnya.Asri kelihatan menggunakan hujjah2 recycle 100% dari tulisan2 belia dahulu kala yang al-faqir sering amati.Manakal di pihak Fauzi Deraman lebih menampakkan hujjah untuk me"jaga hati" Asri walaupun dari segi usia beliau nampaknya lebih berumur.Maaf atas tulisan sebegini.Al-Faqir menulis sebegini rupa kerna tidak dapat menahan emosi apabila pendapat2 ulama muktabar ditertawakan oleh pengikut2 hj asri malam tadi.Sebagai contoh ketika Fauzi Deraman membawakan satu pendapat al-Imam Syafie (boleh lihat sendiri melalui youtube,kalu jumpa) ,usai beliau melontarkan pendapat tersebut disambut gelak tawa pengikut2 Hj Asri.Ketika Ustaz Uthman meluahkan dukacita beliau atas perbuatan Fauzi Deraman tersebut,terdengar suara2 pengikut Hj Asri mengatakan hal tersebut bukanlah menghina ulama.Ok.Cuba fikirkan secara teliti untuk mendapat maksud meng"hina" itu, bayangkan jika al-Imam asy-Syafie berada pada majlis itu mendengar pendapatnya ditertawakan?.Jangankan imam Syafie,kita sendiri bila memberi pendapat dan ditertawakan akan rasa terhina.Begitulah maksud peng"hinaan" antara yang berlaku pada malam tadi.Bila diri tertipu dengan sokongan pengikut,maka adab diketepikan,intelek menjadi mati untuk sekadar mendapat gelak tawa pengikut.Wallahu'alam.

Wednesday, November 11, 2009

Rehat waktu lapang

Alhamdulillah,dalam senggang waktu sedikit,di celah2 waktu lapang sempat mengkhatamkan kitab nukhbah al-fikr ibn Hajar asqalani,Waraqat Imam Haramain disamping membaca sardan matn al-izzi tasrif & separuh matn alfiah ibn Malik.Jazakallah asy-Syeikh Langkati yang singgah sebentar ke Gombak dari Indonesia menuju Mesir.Indah sekali ni'mat yang dianugerahi Allah tatkala dapat merasa sekelumit thuruq pengajian ulama zaman-berzaman.Hanya merasa biarpun sedar sekali diri tak mampu untuk kuasainya.Kini dalam proses mengkhatamkan kitab miah 'amil bersama Syeikhuna Maulana Abu Ziyad Zaharuddin Nawi.

*Mohon sgt doa kalian

Kaji dan istikharahlah

Apa yang akan berlaku jika perkahwinan tanpa melalui proses Majlis agama?Adakah terfikir persoalan kahwin kenapakah dipayahkan melalui kursus,borang dan sebagainya?Ternyata ianya mempunyai manfaat dari segi mengawal keburukan daripada berlaku.Begitu juga isu yang berlaku baru2 ini.Al-faqir terasa malas sekali untuk bercakap isu ini,tapi cukuplah untuk kita sama2 melakukan istikharah sentiasa memohon diberi petunjuk dalam memilih jalan kehidupan kita dalam mengamalkan agama.Wajar ditegaskan disini bahawa perlu ada kesatuan dalam melaksana rukun beragana seperti yang diajar Jibril 'alaihissalam melalui Iman,Islam dan Ihsan.Ulama terdahulu di nusantara ini telah menanam kemas pasak dasar beragama iaitu melalui kesatuan bermazhab dalam amalan(mazhab imam Syafie pegangan disamping mesra mazhab maliki,hanafi hanbali),kesatuan beraqidah (mazhab 'asyairah & maturidi yang dipegang oleh ratusan ribuan ulama zaman berzaman (sawad al-'azdam) antaranya ibn hajar asqalani,imam nawawi,sultan salahuddin al-ayyubi,muhammad al-fateh dan lainnya) ,serta kesatuan kerohanian (melalui tarbiyyah melalui tariqat2 shahih naqsyabandi,syazuli,qadiri dan sebagainya yang semuanya sanad akan bertemu pada baginda Rasulillah) .Kajilah sejarah,nescaya akan tawadhu' kita terhadap ulama'.Mereka (ulama nusantara terdahulu) telah memberi masa sepenuhnya kehidupan mereka untuk ilmu.Tasawwur Islam mereka jelas dengan kekuatan bebagai sudut ilmu.Suka al-faqir sebutkan disini bahawa as-Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari tempoh menuntut ilmu beliau memakan masa 30 tahun lamanya.Tasawwur Islam mereka amat jelas dalam mendidik masyarakat.Kajilah kejayaan generasi al-Ayyubi.Mungkin boleh merujuk buku karangan Dr. Majid Irsan Kailani.Bagaimana method Asyairah wa maturidi digunakan dalam pengajaran 'aqidah.Di belakang beliau guru mursyid anak didik dari Madrasah asy-Syeikh Abdul Qadir al-Jilani.Pengamalan fiqh secara bermazhab.Menarik untuk dihadham buku tersebut.Kajilah kejayaan umat terdahulu,aqidahnya Sultan Muhammad al-Fateh.Kajilah siapakah yang berjaya mengalahkan Soviet Union di Afghanistan (kalau bukan tenteranya dari pengamal thoriqat Naqsyabandi).Kajilah sosok tubuh Umar Mukhtar dari madrasah thoriqah Sanusiyyah.Kajilah dan terus mengkaji.Nescaya akan kita temui solusi kesatuan yang disusun kemas oleh ulama terdahulu.Bagaimanakah anda menjadikan Fathul Baari sebagai rujukan utama Sharah Sohih Bukhari dalam masa yang sama anda mempertikaikan 'aqidahnya Imam Ibn Hajar asqalani?Inikah antara intipati aliran "arus tajdid" yang dibawa dihidangkan pada masyarakat yang masih cetek ilmunya?.Kalau pun dikatakan lambat untuk masyarakat berubah,apalah salahnya kita "langkah setapak kebelakang" untuk kita maju beribu langkah ke hadapan.Maksudnya,tanamkan 3 kesatuan yang disebutkan tadi dalam masyarakat yang dimaklumi telah disusun kemas.Malanglah apabila kita menggantikan ia dengan "tajdid segera" yang tak tersusun idea spontan bekas mufti tersebut.Al-faqir malas untuk menyibukkan diri dalam hal ini.Apa pun istikharahlah buat panduan memilih guru yang bakal mendidik kita cara hidup beragama.Ilmu yang cetek dalam agama,membuatkan kita syoq sendiri memberi komen pada isu yang berlaku kini.Istikhrahlah, jika ikhlas dirimu mencari Allah,akan dilorongnya pada jalan para solehin .Wallahu'alam.

*doakan al-faqir

Thursday, October 29, 2009

Syauqi ila Suria


Malam tadi,kuliah pengajian Fiqh Asy-Syafie oleh As-Syeikh Abdul Razzaq As-Saadi mengupas tajuk syarat-syarat qasr dan jama'.Alhamdulillah banyak dapat mengisi kejahilan diri terhadap certain2 masalah jama' dan qasr.Antaranya,bagaimanakah jika seseorang berniat jama' taakhir kemudian dia sampai pada tempat yang dituju/kampung halamannya yang telah meluputkan kebolehan menjama' solat tersebut.Sebagai contoh,perjalanan al-faqir dari KL ke Sungai Petani jam 123tgah tgahari.Dalam perjalanan,al-faqir berniat jama' ta'khir.Bas tak berhenti terus sampai Sungai Petani masuk kariah al-faqir.Maka kebolehan jama' dan qasr disini telah terluput.Maka disini,hendaklah al-faqir solat asar tamam,kemudian menunaikan solat zohor secara qadho.Tiada dosa dalam masalah ini.Kupasan secara bersahaja oleh asy-Syeikh menunjukkan dalamnya ilmu fiqh beliau.Usai solat Isya',al-faqir berhajat bertanyakan sesuatu pada asy-Syeikh,namun tak kesampaian.Tapi,lain pula yang dapat.Selesai solat Isya',Ustaz Hafiz disebelah al-faqir selang beberapa makmum.Beliau senyum dan mengangkat tangan pada al-faqir.Terasa bersalah pula pada beliau.Masalah source magnesium stearat yang beliau tanya belum al-faqir rujuk kembali pada Dr. Irwandi.Al-faqir kemudian menyalami beliau dan berbual panjang.beliau memberi nasihat bermanfaat mengenai manhaj tholib ilm.
"Jangan mudah ta'sub dengan para masyaikh walaupun akan terdapat masyaikh yang kita sayangi".nasihat ustaz Hafiz.
Beliau memuji manhaj yang dibawa oleh asy-syeikh Abdul Razaq.Beliau sufi,namun kefaqihannya dalam pelbagai ilmu Islam membuatnya dihormati.
"Jangan keras melulu terhadap wahabi".tegas beliau.
"Layani mereka seperti cara baginda melayani 'arab badwi,kerna wahabi ini asalnya arab dari kalangan badwi,kerasnnya memang diketahui.Perhatikan bagaimana baginda melayani mereka (merujuk kepada cerita badwi buang air dalam masjid ) ?".Ulas ustaz Hafiz,guru al-faqir pada separuh kitab al-Luma' & matan rahabiyyah.Beliau juga menceritakan guru2 beliau di mesir dan Syria.Antaranya Asy-Syeikh Saad jawish dan Syeikh Muhammad abul Huda al-Ya'qubi.Bertambah rindu al-Faqir pada gamitan Suria & Mesr.
"Ana cadangkan nta ke Suria kerna ia pesan Baginda.'Ala kulli hal nta istikharahlah"nasihat ustaz Hafiz.
"Nanti,sebelum ke Syria,jumpa ana,ana akan senaraikan nta nama2 & tempat-tempat masyaikh serta no telefon mereka untuk nta talaqqi dengan mereka dan sampaikan salam ana pada mereka"kata ustaz sambil tersenyum.
Subhanallah...ni'mat rasanya.Tapi,tanggungjawab kat sini perlu selesai dahulu.Allahu Allah.


*Doakan al-faqir

Wednesday, October 28, 2009

Natijah atas pertolonganNya

Dar'ul mafaasid tuqaddam 'ala jalbil masaalih..
Adakah kaedah ini menjadi sebahagian daripada rumus Parti Islam seMalaysia (PAS) untuk menentukan halatuju politik seterusnya?Antara kaedah furu' dalam persoalan ini juga ialah "mengambil mudharat yang lebih ringan dari yang lebih berat".Persoalan di sini,sejauh mana mudharat penggabungan PAS dengan komponen parti dalam Pakatan Rakyat?Bagaimanakah mudhorat penggabungan PAS bersama Barisan Nasional.Kerna bergabung dengan UMNO itu bermakna bergabungnya bersama komponen parti barisan Nasional.Ok.PAS dalam Pakatan Rakyat kini bergabung atas dasar "aqidah" parti yang berlainan.Tetapi mungkin samanya disini atas dasar "keadilan" menguruskan negara.Manakah yang lebih ringan mudhoratnya?Disuatu sudut utamakan dari mencegah keburukan2 yang dapat diandaikan bakal berlaku daripada mengharapkan kebaikan2.Disuatu sudut yang lain,melihat tahap ringan beratnya keburukan tersebut......huhu,tahla..al-faqir pun tak faham pa yang al-faqir merepek ni..complex btul politik Malaysia ni... 'ala kulli hal,harapkan pertolongan Allah...wallahu'alam.

*Doakan al-faqir

Tuesday, October 27, 2009

Belek-belek kitab


Berehat2 dibilik sambil duduk atas tikar plastik,sempat membelek al-Iqna fi hal alfaz abi syuja' antara karya utama rujukan dalm fiqh mazhab imam Asy-syafie karangan syeikh Khatib Syarbini.Sempat membelek hujah mazhab syafie mengenai basmalah itu masuk dalam al-fatihah dengan membawa dalil dari hadith shohih riwayat al-Bukhori.Kemudian terdetik untuk menyelak helaian hadapan kitab tersebut pd halaman turjumah as-Syeikh Khatib Syarbini.Membaca turjumah menatijahkan kita mengenal pngarang dengan lebih dekat dan menjadi motivasi buat diri.Sebelum ini,al-faqir ditunjuk oleh guru al-faqir,Maulana Ustaz Zaharuddin Nawi mengenai turjumah Asy-Syeikh Sakkaki pengarang kitab balaghah miftahul 'ulum.Pengarang kitab talqish miftah banyak merujuk pendapat Sakkaki dalam ilmu balaghah.Siapa Sakkaki?Pada turjumahnya menceritakan bahawa beliau pada asalnya adalah seorang tukang besi tidak mendalami ilmu agama.Pengajiannya bermula pada usianya 30 tahun lantaran peristiwa ulama dihormati oleh pemerintah dari dirinya ketika itu yang telah mencipta sebatang pen besi.Titik mula pengajian agama di usia 30 tahun membuahkan hasil yang cukup menakjubkan sehingga menjadi ulama yang dikenalinya dibidang balaghah.Subhanallah,ketika membaca manaqib Syeikh Khatib Syarbini pun begitu,ada keunikan tersendiri.Beliau merupakan seorang yang mempunyai kecintaan yang mendalam terhadap imamuna asy-Syafie.Sering menziarahi maqam Imam Syafie.Dan terdetik pada hatinya mengarang al-Iqna setelah beliau solat Istikharah beberapa kali di maqam imam as-syafie sehinggalah dilapangkan dadanya untuk mengarang kitab al-iqna tersebut.Subhanallah...apakah lagi dalil yang ingin dibawakan pada yang mengingkari tawasul pada wali Allah meskipun mereka telah pun wafat?.'Ala kulli hal,kita meraikan khilaf ulama mengenainya kerna meyakini,tidak sedikit pun tercarik 'aqidah seorang muslim jika melakukan sedemikian kerna 'itiqad kita adalah pada kekuasaan musabbib al-asbab,yakni Allah jalla wa'ala.Seperti ubat itu adalah asbab penyembuh, musabbibul asbab adalah Allah Jalla wa 'ala.Wallahu'alam.Semoga terus dapat manfaat dari kitab ini melalui talaqqi bersama guru yang amat al-faqir sayangi asy-Syeikh 'abdul Razaq as-Sa'adi.Minggu ini akan masuk pada perbincangan syarat solat jama' & qasar.Dengan memandang wajahnya,ketenangan hadhir tanpa dipinta.=)

*Doakan al-faqir

Wednesday, October 21, 2009

Powernya kuda ni!

Kunci dah dapat.....


*Gambaq tak dak kaitan ngan tajuk,tapi sebab "cute" sgt,pakai boh ja =)

Alhamdulillah,semalam dapat potostat kitab Hasyiah abi Naja 'ala syarh syeikh khalid.Juga kitab Jawahir al-maknun ilmu balaghah.Dalam masa yang sama ke library untuk cari kitab ke tiga hasyiah annafahat ala syarh mahalli lil waraqat fi usul fiqh.Alhamdulillah ketemu 2 naskhah cetakan lama serta cetakan darul kutub ilmiah.Subhanallah,hebat sungguh ulama melayu suatu ketika dahulu.Hasyiah tersebut karangan Syeikh Ahmad al-Khatib alMinagkabawi al-Jawi.Kemudian,ke bahagian ulum hadith cari kitab Nuzha nazhor ibn Hajar yang Ust Lah pesan,tapi tak jumpa disebabkan rushing kerna azan maghrib dah nak berkumandang.Tapi,jumpa kitab as-Syeikh Dr. Salman Qudhoh,al-ustaz lughoh fi jami'ah Yarmouk,Jordan, bertajuk,"Qadhaya an-Nahwu filMakhtutat wa lkutub I'rab hadith nabawi".Alhamdulillah manfaat sekali.Untuk tiga kitab,dah punya guru untuk belajar......jazaakallah khaira jaza' buat Ustaz Lah al-Fanshuri.


Cumanya......
Masa & tahap kerajinan yang maksimum diperlukan....Setakat semangat photostat kitab,sapa pun boleh.Dengan final year project,mini2 project & exam lagi...Allahu Allah.Kunci dah dapat,cuma nak buka pintunya perlukan sangat pertolonganNya.

"La haula wala quwwata illa billah"

*Sangat berhajat doa kalian.Doakan al-Faqir

Tuesday, October 20, 2009

Lazimkanlah....





Lazimkan

1.Bersama al-Quran

Kerna pada al-Quran itu pengajaran yang diperlukan setiap kali kita bernafas.Ketika menziarahi Pak Su Mid Bukit Tembaga,beliau menasihatkan "Hampa kena pulun dengan al-Quran".Diakhir pertemuan pun,bila minta beliau mendoakan al-faqir,beliau membalas "Pak Su,bila oghang mai ghumah,Pak Su doa dengan ayat akhir surah Hud (sila rujuk) ja".Menunjukkan,bilamana sering mulazamah dengan al-Quran,kehidupan akan dihiasi dengan panduan kalam Allah."al-ibrah bi umumillafz la bikhususissabab"


2.Ucapkan Istighfar

Dalam sehari,takkan tak buat dosa?Kalau tak buat dosa pun,ingat nasihat baginda,"Perkara yang aku bimbangi pada seseorang yang tak melakukan dosa ialah dosa 'ujub"(riwayat al-Baihaqi).Tengoklah adab kekasihNya yang maksum,selesai solat pun baginda istighfar.Lazimkanlah istighfar,faedahnya banyak.Faedah terbesar ialah bila dianugerah olehnya untuk mengingatiNya.

3.Selawat pada rasulullah

Selawat atas nabi adalah ibrah yang terkandung dalam al-Quran.lafaz yang diguna adalah shigah fiil mudharri' tuffidulhal wal istiqbal wa mudawam.Jadi,muwaffaqah dengan Allah,jalan peroleh taufiq.

4.Tahqiq kalimah laailahaillallah

Khulasah al-Quran kearah tahqiq kalimah laailahaillallah.

5.Mudahkan & gembirakan mukmin

"Sesiapa menyakiti mukmin,seolah menyakitiku"-al-hadith

6.Sangka baik dengan makhluk

Setiap yang berlaku,ada pengajaran berharga buat diri.

7.Dalami Bahasa Arab

Tujuan untuk faham hadith dan al-Quran.Biarlah pengulangan khatam al-Quran dari masa ke masa mendapat keseronokan yang bertambah.
*Doakan alfaqir

Monday, October 19, 2009

Santai hujung minggu...





Dihujung minggu keluar,mencari kitab rujukan,an-nafahat syarh waraqat serta hasyiah abinnaja alasyarh syeikh khalid al-azhari.Tapi tak bertemu kitab tersebut.Tersalalah beli kitab,terbeli hasyiah al-attar ala syarh syeikh khalid.Tak mengapa,moga berguna.Cuma satu buku yang membuat al-faqir ketawa sorang2,buku "Belajar bahasa Arab sambil ketawa" karangan Ustaz Wan Rusli,pensyarah UIAM.Mungkin ianya lawak bagi al-faqir sorang.Antara lawak selamba yang berjaya dicipta dalam buku tersebut:

Petua Tidur


Abu mengalami kesukaran tidur diwaktu malam,lalu beliau bertanya caranya kepada Ali.Ali memberi nasihat kepada Ahmad supaya beliau mengira 1- 500 ketika diatas katil.
Pada malamnya,ketika di atas pembaringan,Abu mempraktikkan petua tidur tersebut.Ketika masuk pada kiraan 199 ,Abu terasa mengantuk.Dia pun bangun ke bilik air membasuh muka dan menyambung kiraan hingga ke 500. =)

Moral : istighfar 3 kali setiap kali hendak tidur cara terbaik mohon diampunkan dosa.Wallahu'alam.

*Doakan Al-Faqir

Tuesday, October 13, 2009

Belajar dari kehidupan

Alam serta makhluk didalamnya merupakan sumber pengajaran yang cukup berguna buat insan meneruskan perjalanan menunaikan maksud kehambaan bagi yang mahu mengambil iktibar.Seperti kata guru kami "Alam merupakan cerminan pada diri,dan diri merupakan cerminan pada Pencipta".Setiap yang berlaku perlu dilihat pada sejauh mana diri dapat mengambil istifadah daripadanya.Segalanya telah tertulis dan insan hanya berjalan atas apa yang ditulis.Berjalan perlu beradab kerana hamba itu kemana pun ia pergi,apa pun ia lakukan adalah sentiasa diatas pemerhatian Tuan yang memilikinya.Belajar dari kehidupan bererti setiap dari keburukan yang berlaku terus ditempelkan pada kelemahan diri,manakala segala kebaikan dilihat atas rahmat yang Esa.Belajar dan terus belajar dengan perasan rendah hati,itulah khulasah daripada ajaran al-Quran serta Sunnah Baginda sollallahualaihiwasallam.

Al-Quran sering menegaskan bahawa jangan takbur dibumi Allah.Sunnah pengajaran dari hadith qudsi mengingatkan bahawa "Sombong itu ialah selendangKu".Makna, jangan diusik kepunyaan Tuan.Bimbang kemurkaanNya.Maha Suci Allah dari segala kelemahan.Orang yang mahu belajar dari kehidupan tidak berlaku sombong serta terus tawadhu' meskipun dihadapan haiwan tak ber'aqal.

Khulasah pengajaran hadith Baginda yang dikasihi,dapat dipegang atas asas berkasih sayang sesama makhluk tanpa ada yang dizalimi biarpun diri dizalimi.Maka memaafkan amat dituntut dari agama."Sesiapa menzalimi mukmin seolah menzalimi diriku".Peganglah ia dengan baik melalui sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara.Dari semudah, sebarkan senyuman sehingga sebesar infaqmu pada yang memerluka.Semuanya membuatkan diri makhluk lain berasa dikasihi.Itulah ajaran Islam.Penuh dengan kelembutan seolah kamu merasa "dakapan" sang Pencipta.Maha Suci Tuhan dari bersifat dengan sifat makhluk.


"Sebaik2 ilmu ialah yang melahirkan rasa gerunmu pada Pencipta".Itu pesan Sidi as-Syeikh ibn Athaillah as-Sakandari.Maka yang paling faham dan sentiasa belajar dari kehidupan ialah para ulama.

Maka di sini,inginku mengajak diri yang hina ini menjadi insan soleh yang rindukan bahagia dunia dan akhirat.Sayangilah seluruh umat atas pelajaran pada sifat ar-rahim Allah.

Wallahu'alam.


*Doakan al-faqir

Monday, September 28, 2009

Kalam murabbi

"Banyak yang kita inginkan atau kehendaki tapi tidak terlaksana, banyak yang kita lakukan atau laksanakan tapi tidak dikehendaki....itulah sifat makhluk dan hamba. Hanya Allah lah Yang dapat melaksanakan semua keinginan dan kehendakNYA, dan itulah sifat Khaliq/pencipta."

Thursday, September 24, 2009

Tausiyah guru

  1. Orang yang paling bodoh adalah orang yang pengetahuannya terhadap luasnya rahmat Allah membuat dia semakin berani melakukan maksiat.
  2. Barangsiapa yang nafsunya membisikinya untuk bertaubat dari dosa sebelum ia melakukannya, maka ia sebenarnya telah diajak untuk melakukan dosa (bukan taubat).
  3. Perumpamaan orang yang berdosa untuk bertaubat seperti orang yang mengotori diri dan pakaiannya untuk berbersih-bersih. Seharusnya tidak demikian, akan tetapi seyogyanya ia berhati-hati dari kotoran semaksimal mungkin, kemudian jika ia jatuh ke dalam kotoran disebabkan lalai atau lupa, maka di saat itulah wajib segera membersihkannya.

Sunday, September 20, 2009

Salam 'eidul fitri




Kata-kata ulama:



"Bukanlah hari raya itu pada seseorang berpakaian baru,

Sesungguhnya hari raya itu bagi siapa yang bertambah ketaatannya,

Bukanlah hari raya itu bagi sesiapa yang bercantik2 dengan pakaian dan kenderaan,

Sesungguhnya hari raya itu bagi siapa yang diampunkan dosanya".



Taqabbalallahu minna wa minkum,kullu 'amin wa antum bikhair.

Salam eidul fitri 1430H.



Daripada,



al-faqir

Wednesday, September 9, 2009

Tausiyah murabbi


Seharusnya pembicaraan seorang ulama yang mengenal Allah kepada semua orang beriman itu berkisar kepada 3 perkara:

1. Mengingatkan nikmat-nikmat Allah,
2. Komitmen kepada ketaatan,
3. Menjauhi maksiat.


Jika pembicaraannya di luar 3 perkara ini maka tidak lebih hanya seorang pembuat fitnah.

Tuesday, September 8, 2009

Madah rindu....

Bila dirimu merasakan dapat bermanja dengan Pencipta..........
Dirimu tidak akan memandang yang lain walau sedetik...
Itulah hakikat laailahaillallah...
Fahamilah dan renungi sedalam-dalamnya wahai al-faqir...
Dia amat mengasihi dirimu kenapakah dikau sering berpaling ?

Monday, September 7, 2009

Tazkirah ramadhan


Tazkirah ramadhan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din malam tadi cukup berisi.Malameh wajah seorang ulama terpancar beserta untaian ayat-ayat al-Quran tak lekang dari mulutnya tika berbicara.Memulakan tazkirah dengan menghuraikan maksud ramadhan sebagai tetamu yang dinantikan bagi mukmin yang jernih hatinya.Tetamu terkadang mendatangkan sedikit sebanyak kepayahan pada tuan rumah.Itulah hakikat kepayahan yang mempunyai ganjaran yang telah dijanjikan.Ramadhan diungkap juga sebagai bulan rahmah,bulan maghfirah serta bulan at-tahrir minannar.Didalamnya terdapat nuzul al-Quran.Dr Haron Din mengupas kemu'jizatan al-Quran yang diturunkan pada seorang nabi yang tiada tahu membaca serta tidak pernah memegang qalam.Setiap ayat yang diturunkan berjaya diulang2 oleh baginda tanpa tertinggal satu huruf pun.Adakah masuk dek 'aqal seseorang yang berceramah mengulang kembali dari permulaan ceramahnya yang telah berlalu hingga kalam akhir tanpa tertinggal sepatah pun perkataan.Sama seratus peratus perkataanny.?Tidak mungkin berlaku sedemikian pada insan biasa melainkan kalam yang diucapkan itu merupakan wahyu yang dijamin penjagaan.Itulah al-Quran.Demikian juga al-Fadhil Dr. meceritakan kisah yang berlaku dizaman Khalifah al-Ma'mun yang dipetik dari Tafsir al-Qurthubi jilid 15 riwayat dari Yahya bin Akhur.Diceritakan bahawa pada zaman Khlifah Ma'mun,beliau gemar mengadakan majlis ilmu serta majlis dialog yang akan dihadiri oleh para ulama dan rahib2 yahudi,paderi2 dan golongan mulhid.Para ulama Islam akan menyampaikan pidato mereka.Dalam majlis tersebut terdapat seorang rahib yahudi yang sering melontarkan soalan dan berdebat dengan para ulama.Namun,hujjah rahib tersebut kesemuanya berjaya dipatahkan oleh ulama2 Islam.Begitulah keadaan berlaku setiap kali majlis.Khalifah akhirnya memanggil rahib tersebut bertanyakan "Wahai rahib,kamu seringkali berhujah dengan para ulama Islam,tetapi kamu tetap juga kalah dalam berhujah,maka sekarang peluklah Islam wahai rahib".Jawab si rahib tersebut "Aku tak sekali2 akan meninggalkan agama nenek moyangku".Beliau beredar dan tidak hadir majlis tersebut dalam suatu tempoh yang lama.Selang beberapa masa,sang rahib tersebut hadhir kembali pada majlis tersebut,namun kali ini beliau hanya mendiamkan diri ketika majlis.Pakaiannya juga sudah berubah memakai seperti pakaian seorang muslim.Khalifah Ma'mun memanggilnya dan bertanya kenapa dia menghilangkan diri dan diam sahaja ketika dimajlis.Beliau menyatakan bahawa beliau telah pun memeluk Islam.Khalifah menanyakan bagaimana berlaku perubahan tersebut.Maka Khalifah mengizinkan beliau menjadi pemidato pada majlis seterusnya.Beliau menceritakan,selama ini,beliau seringkali mengubah kitab taurat dan menjualkannya pada rahib2 yahudi yang lain dan mereka membeli serta menyebarkan kitab yang diolah tersebut.Beliau akhirnya mengubah pula kandungan al-Quran serta pergi menjual kitab olahan tersebut pada kedai buku.Malangnya,kesemua kedai yang hendak dijualkannya kitab tersebut tidak menerima kitab tersebut dengan hanya membelek beberapa helai sahaja setiap pekedai dapat mengetahui bahawa kitab yang diolah tersebut bukannya al-Quran sebenar.Rahib tersebut merasa begitu takjub dengan kemu'jizatan al-Quran yang dijaga oleh Allah sehingga menyebabkannya memeluk Islam.
Menunjukkan disini bahawa kitab al-Quran merupakan ayat-ayat Allah yang terus akan dijaga.Serta isi kandungannya merupakan panduan hidup zaman-berzaman.Begitulah kupasan menarik al-Fadhil Dr pada malam tadi.Banyak lagi pengajaran yang disampaikan yang tak dapat dimuakan dalam blog ini.Al-faqir merasakan setiap yang keluar dari tazkirah al-fadhil Dr. semuanya hikmah yang amat bernilai sekali...Wallahu'alam.
*Doakan al-faqir.

Tuesday, August 25, 2009

Ketika dalam syurga dunia...

"As-Syeikh 'Ali Jumu'ah ketika berada diluar Mesir,beliau pulang ke Mesir awal tiga hari ketika mendapat panggilan dari as-Syeikh Fadhil al-Jailani mengkhabarkan padanya bahawa tafsir quran karya Syeikh Abdul Qadir al-Jailani telah pun dicetak.Lantas syeikh 'Ali Jumuah bergegas pulang ke Mesir untuk bertemu dengan Syeikh Fadhil al-Jailani.Setelah dihadiahkan kitab tafsir tersebut,beliau membelek dan membaca beberapa muka surat.Maka berguguranlah air mata beliau sambil mengucup karya agung tafsir as-Syeikh Abdul Qadir Jailani seolah2 telah lama merindui kehadiran kitab tersebut".



Demikian cerita guru kami usai mendiskusi kitab sirrul asrar liSyeikh Abdul Qadir al-Jailani. Karya Syeikh Abdul Qadir al-Jailani memang banyak.Cuma usaha mencari serta mengeluarkan,mentahqiq makhtuthat karya beliau sedang diusahakan secara serius oleh as-Syeikh Fadhil al-Jailani yang kini menetap di Turki.Ternyata beliau merupakan seorang yang 'aalim serta daqiq ilmunya.Seseorang abid itu mungkin tidak 'alim dan mungkin sebaliknya.Begitu juga 'alim itu mungkin saja tidak 'abid dan mungkin juga sebaliknya.Tetapi 'arif itu adalah mencakupi keduanya,'alim serta 'abid.Begitu huraian guru kami,Syeikh Rohimuddin an-Nawawi al-Bantani ketika menghuraikan lafaz zikr dalam al-Quran boleh membawa beberapa maksud dilihat kepada qarinah ayat.

Wallahu'alam....

*Harap sgt doa kalian.

Wednesday, August 19, 2009

Ya Rabbi.....Nawwir quluubana...


Allah........

Allah.......

Allah........




Allah.........

Allah........


Alhamdulillah atas ni'mat melangkah ke Madrasah ruhaniyyah Ramadhaniyyah.

Wahai si faqir!

Allah berfirman didalam al-Quran :



"Wahai orang-orang beriman kamu sekalian merupakan orang faqir pada Allah,dan Allah lah yang Maha Kaya serta tempat pujian".




Dia mengiktiraf kita manusia sebagai faqir yankni orang yang sangat2 memerlukan.Dan dia memperkenalkan diriNya sebagai Maha Kaya.Perkataan "Wallahu huwal ghani" ditelititi sebagai ta'kid (penegasan) dengan mendahulukan lafzul jalalah dengan dhamiir "huwa".Boleh saja Dia berfirman "Huwal Ghani" atau " allahulGhani".Tetapi penyebutan lafaz dhamir setelah namaNya disebut dalam qaedah balaghah sebagai ta'kid.Bahawa sesungguhnya kamu perlu merasai pada diri kamu sebagai orang yang faqir dan sentiasa memerlukan Allah yang Maha Kaya.



"Sesungguhnya sedeqah itu hanya pada yang faqir".



Dapat difahami juga dari ayat tersebut pandangan rahmat kasih sayang Allah hanya pada yang merasai dirinya faqir serta memerlukan Allah sentiasa.

Hadhirlah pada hatimu rasa faqir lebih2 lagi tika kamu melangkah memasuki madrasah ramadhan.Kenangkan Qahhar Nya kerna kamu merupakan pelaku dosa setiap masa.Kenangkan GhaffarNya kerna Dia sentiasa mengampun tika hambaNya merasa diri berdosa.Kenangkan rahmatNya atasmu kerna hanya dengan Ar-rahim itu kamu dapat melangkah ceria memasuki jannah.Setelah memikirkan semua hal ini,maka kamu patut bersyukur atas kasih dan sayangNya pada dirimu.Kalam baginda habibullah "Apakah salah aku menjadi hamba yang bersyukur".

Fahamilah.....



"antumulfuqaraau ilallah! wallahu huwal ghaniyul hamiid".





Wallahu'alam.

*Doakan al-faqir dikalangan orang2 soleh.

Tuesday, August 18, 2009

Syurga Dunia

Majlis selawat yang diadakan seminggu sekali di rumah Haji Mat Nor sangat membahagiakan.Sukar untuk dilepaskan.Mulanya tidak memahami akan kepentingannya.Lama kelamaan makin menyelami akan kepentingannya yang menjadi hubungan langsung ruhaniah.Ternyata rumah Haji Mat Nor dipilih oleh Allah untuk kami berhimpun seminggu sekali dan tika as-Syeikh turun ke Malaysia.Satu anugerah yang datang begitu cepat sekali,disaat tercari2 tarbiyyah ruhaniyah untuk dipegang,tika itu juga tempat pengajian di Bangi berpindah ke Gombak.'Ajib.....dekat sekali dengan kampus.Suasana di penuhi dengan pengajian kitab.Beberapa kitab telah dihabiskan disini.Dengan menjadikan Haqaiq 'an Tasawwuf li Syeikh Abdul Qadir Isa sebagai kitab utama.Meriah sekali hubungan bersama dengan para ahbab yang hadhir.Segala perbincangan ilmiah banyak diadakan di sini.Terasa bahagia sekali disaat Syeikh dapat turun ke sini.Ianya merupakan syurga dunia buat al-faqir........


*Doakan dikalangan orang soleh...aamin.

Monday, August 17, 2009

Ingat Allah sokmo2!

Ahlan Ya Ramadhan......Ramadhan kembali lagi.Peluang yang ke berapa kali diberiNya untuk kita memasukinya.Namun.....amalan tiada bertambah.Lalai masih bermaharajalela.3,5,7,9,11,15,munfashal.Apakah itu?Itulah teori latihan disiplin diri mengkhatam al-Quran dalam masa seminggu sekali yang diajar oleh Ustaz Fahmi al-Maliki..huhu..Macam tak mampu ja diri....Apa pun,InsyaAllah....billah!

Lagi berapa hari nak masuk ramadhan?.Sama2 Istighfar dan banyak bertaubat.Biar masuk ke dalamnya dalam tenang dengan maghfirahNya....Ingat Allah sokmo2 deh!

*Doakan al-faqir di kalangan org soleh.Hrp sgt2.

Friday, August 7, 2009

Adab cinta hamba

Al-imam min aimmah pada zaman mutaakhir ini,Fadhilatus Syeikh Sya’rawi ketika ditanya oleh al-Ustaz Ibrahim ‘Abdul ‘Aziz,(pengarang kitab kecil,Asy-Sya’rawi fi rihab al-ka’bah) tentang apa pandangannya terhadap musuh-musuhnya,beliau menjawab ,”Orang-orang yang aku sukai dan musuhi,kedua-duanya memberi faedah pada diriku.Orang-orang yang aku sukai,faedah bagi diriku ialah aku mendapat petunjuk dari Allah.Manakala musuh-musuhku,maka faedah bagiku adalah pahala dari mereka kerna memusuhiku.Tika mana bertambahnya penentangan terhadapku,bertambahlah aku memperoleh warisan kenabian.Bukankah ulama itu pewaris para nabi dalam menyampaikan risalah mereka serta meghadapi kesakitan dan musuh-musuh?(lihat muqaddimah Asy-Sya’rawi fi rihab al-ka’bah terbitan ,Markaz al-kitab linasyr,Kaherah.).


Begitulah al-Hub yang dikurniakanAllah kepada hamba yang dikasihiNya.Memandang semuanya dari Allah.Bila melihat keburukan yang datang,terpandang sifat Jalal,muntaqim dan Qahhar Allah.Bila kebaikan datang pada diri terpandang Ar-rahim,Asy-Syakir Allah.Maka kedua perkara berlawanan dipandang menjadi satu.Itulah hakikat laailahaillallah yang merupakan terjemahan hakikat kehidupan pada hambaNya.Alam ini merupakan cerminan pada diri,dan diri merupakan cerminan pada Pencipta.Cermin itulah hati,tika mana banyak titik hitam,sukarlah cahaya dipantulkan,bilamana bersih dari titik hitam,maka tersingkaplah pantulan cahaya dari Allah.Penggilapnya ialah kalam zikrullah serta istighfar.Kerna itulah para kekasih Allah tiada pernah merasa resah,takut dan dukacita dalam menjalani hidup.Cumanya adab pada Pencipta membuatkan segala keburukan yang datang dinisbahkan pada dhaif diri dan kebaikan terus dikembalikan kepada Empunya kebaikan,Allah Jalla wa’ala.Sesiapa yang banyak adabnya,maka bertambahlah dekatnya pada Pencipta (man kaana aktharu adaban,kaana aktharu qurban).Fahamilah sirah junjungan pada munajat baginda ketika mendapat tentangan penduduk Thoif,antaranya “Ya Allah,aku lemah…”.Kesimpulannya,terasa payahnya jalani kehidupan ini adalah kotornya hati dalam diri ini.Maka,berangkatlah pada Allah segera.Wallahu’alam.

*Doakan al-faqir

Thursday, August 6, 2009

Baju Putih



Hari ini hari Jumaat,penghulu hari dalam seminggu.Terdapat didalamnya waktu mustajab do'a.Ulama berpendapat waktunya antara imam naik ke mimbar khutbah hingga solat Jumaat didirikan.Ada yang berpendapat,ba'da asar ke atas.A'la kulli hal,'persembunyian' waktu mustajab adalah hadiah Allah buat hamba yang saban saat ingat padaNya.Maka carilah.Hari Jumaat dikenali sebagai "yaumul'arubah" (rujuk rawa'iul bayan asshobuni) ketika zaman jahiliah.Menjadi kebanggaan 'arab berhimpun pada hari tersebut.Islam datang mengi'tiraf hari tersebut sebagai sayyidul ayyam,tika yahudi membanggakan hari Sabtu,Nasrani membanggakan hari Ahad. Tersebut dalam sebuah hadith,mereka (yahudi & nasrani) dengki dengan umat Islam tiga perkara,pertama solat Jumaat,kedua ta'min ketika selesai fatihah dan menghadapnya kita pada arah yang satu,baitul ka'bah al-mukarramah.Kenapa kita sebagai muslim seolah menyamakan seperti hari lain.Tidak kisah hari tersebut sebagai "pesta ibadah",hari temujanji bersama "Yang Dicintai".Tiada membanyakkan selawat.Tidak kisah pakaian pada hari tersebut.Pakaian pada hari tersebut sunnatlah memakai pakaian putih.Seperti tersebut dalam kitab-kitab fiqh,antaranya munyatul musolli dan fathul mu'in.Niat mandi sunat jumaat turut sama diabaikan.'Ala kullihal,lakukan perubahan,setiap Jumaat,cuba mengamal satu sunnahnya sekurangnya.Mungkin boleh mulakan dengan berbaju putih pada hari ini.Simpan baju lain pada hari jumaat dan sediakan hanya baju putih pada hari ini.Simpan yang lain dalam genggaman tangan,biarkan hanya ALLAH di hati pada setiap hari.=)..Wallahu'alam.

*Doakan al-faqir tergolong dikalangan orang soleh.

Tuesday, August 4, 2009

Nisfu Sy'aban




Peluang menghidupkan malam nisfu Sya'aban jangan disia2kan.Perbahasan tentang hadith kelebihan nisfu sya'ban perlu di ambil ibrah jalan persamaan bukan jalan perpecahan.Hadithnya dhaif,tapi bila berhimpun banyak sandaran hadith dhaif maka darjatnya naik ke hasan lighairih.Jika tak bersetuju dengan hadith dhaif boleh dijadikan fadhail 'amal,beramallah atas hujjah ianya hadith hasan lighairih.Hadith dhaif lebih kuat dari pendapat insan biasa.Imam Nawawi dalam Al-Azkar membahaskan berkenaan hadith dhaif yang dapat dijadikan sebagai fadhail 'amal.


Keduanya,bulan sya'ban dilihat berada ditengah2 antara ramadhan dan rejab.Rejab banyak kelebihannya.Ramadhan usah dibicara lagi kelebihannya.Cukup banyak.Madrasah ruhiah.Maka bulan Sya'aban merupkan waktu ghaflah.Maka beramal pada waktu yang lain ghaflah amat tinggi ganjarannya.Seperti kaedah berbunyi "al-ajru 'ala qadr masyaqqah",ganjaran itu sesuai dengan qadar kepayahan.Maka masyaqqah insan untuk beramal disini ialah ketika yang lain ghaflah.


Maka,ber'amallah dengan penuh kecintaan pada Pencipta.Wallahu'alam.


*Harap doa para pengunjung blog ini pada al-faqir.Doakan di kalangan org soleh.Jazakallah.

Saturday, August 1, 2009

Generasi Al-Ayyubi



Kembali memugar rahsia kejayaan dan kegemilangan di zaman Sultan Salahuddin Ayyubi.Ia merupakan satu resepi kejayaan yang wajib diteladani.Perjuangan yang "meletihkan" dapat dipulihkan dengan memahami tahapan Islam,Iman dan Ihsan.Pemantapan aqidah dilihat sebagai elemen utama dengan menjadikan aqidah ahlussunnah waljamaah sebagai pegangan.Berpegang pada fiqh secara bermazhab demi kesatuan amalan.Serta thoriqah sufiah sebagai elemen penguat ruh masyarakat.Az-Zanki serta Al-Ayyubi di belakangnya ulama sufi bergurukan Asy-Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani.Selain itu,kenalilah dengan lebih mendalam sosok tubuh Muhammad al-fateh,Muhammad as-Sanusi,Umar Mukhtar dan Hasan al-Banna,bagaimana keterikatan mereka dengan tarbiyyah ruhiyyah bermursyidkan ulama dari thoriqah sufi.Itulah kemuncak ihsan yang diajarkan Allah melalui Jibril pada kekasihNya.

Ketahuilah,disana ada yang terus menjalinkan hubungan dengan Pencipta dengan begitu intim sekali,jika anda memikirkan hubungan anda dengan Sang Pencipta adalah yang terbaik.Anda sebenarnya ghaflah dengan dunya!

Bagaimana ingin berlaku kebangkitan Islam disebabkan anda?

Tidakkah kamu baca firmanNya,"amat sedikit dikalangan manusia yang bersyukur".Kita amat jahil hakikat syukur untuk diterjemahkan.Para auliyaullah memahaminya dengan baik.Kenapakah seram sejuk kita bila mendengar kalimah thoriqah?.Kerna kita sering menghukum dengan kejahilan disebabkan ada yang mengambil kesempatan dunyawi melalui jalan thoriqah.Satu jalan untuk menjalinkan hubungan yang suci telah dikotori.Thoriqah adalah semuanya minallah, billah dan lillah...Fahamilah.

Wallahu'alam.

Wednesday, July 29, 2009

Tafsir Isyari

Agama itu didirikan atas 3 tahapan yang diajarkan Jibril kepada baginda.Islam sebagai tahapan pertama,Iman tahapan kedua dan Ihsan tahapan yang ketiga.Maka ruang linkup pengajian Islam merangkumi aspek fiqh,aqidah serta tasawwuf.Ketiga2nya perlu berjalan seiring tanpa meninggalkan salah satu daripadanya.Kagum dengan pengajian ilmu-ilmu Islam yang begitu dalam perbahasannya.

Tafsir Isyari merupakan tafsir al-Quran berdasarkan ilham dari Allah kepada hambanya yang mempunyai hati yang suci dan bersih.Mereka merupakan auliyaullah yang memahami al-quran dengan mendalam sekali.Tafsir Isyari berlaku bersandarkan beberapa dalil dari al-Quran dan Hadith.Allah berfirman di dalam al-Quran "Bertakwalah dan Allah akan mengajarkanmu".Dari hadith pula,ia bersandarkan kepada kisah Saidina Umar yang menghimpunkan para sahabat dan bertanyakan tentang penafsiran surah an-Nasr.Ketika semua memberikan pendapat,Saidina Umar bertanyakan kepada Ibnu Abbas.Maka beliau menafsirkan bahawa surah itu mengkhabarkan tentang hampirnya ajal baginda Habibullah Sollallahualaihiwasallam.Ianya merupakn ilham dari Allah kepada Ibnu Abbas.

Sandaran hadith yang kedua,ketika nabi berkhutbah menyatakan Allah memberi dua pilihan kepada hambanya,maka hambanya memilih "Rafiqul 'ala".Saidina Abu Bakar As-Siddiq menangis serta bersumpa "aku tebus ibu dan ayahku ya Rasulullah demimu".Sahabat yang lain kehairanan mendengar keadaan saidina Abu Bakar itu.Ianya merupakan ilham dari Allah membolehkan Saidina Abu Bakar menafsirkan khutbah berkenaan dengan hampirnya ajal Baginda.

Antara tafsir isyari yang masyhur yang dikarang ulama2 dahulu ialah tafsir al-aalusi,tafsir an-Nablusi.

Syeikhuna menyebut bahawa bukan al-Quran sahaja mempunyai penafsiran secara isyari,terdapat juga ulama2 yang bersih dan suci hati mereka mensyarahkan kitab nahu dalam sudut pandangan isyari.Antaranya matan al-Jurumiyyah yang disyarahkan secara isyari kitab bernama Nahwu al-Qulub.Diakhir pengajian,syeikh menyatakan insyaAllah kita akan baca kitab ini dipertemuan akan datang..... =).Doakan,insyaAllah.

Qaala Saidina Umar al-Khattab,"Tafaqqahu qabla an tusawwidu" ai fil kitab al-ulama al-'Uzzab,naqala shohibul kitab,Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah min al-Qamus lil As-Syeikh Fairuz al-aabadi yaqul,"tusawwidu bima'na "tuzawwiju"...=).wallahua'alam...

Wednesday, July 8, 2009

I'jaz al-Quran


Kitab Mu'jizat al-Quran (I'jaz al-Quran) karangan al-Allamah as-Syeikh Mutawalli asy-Sya'rawi cukup berbaloi jika dapat dimiliki.Lihat pada muqaddimahnya saja dapat membaca sedikit sebanyak uslub as-Syeikh memperkenalkan gaya pemikirannya yang unik.Didalam muqaddimah,as-Syeikh menghuraikan makna disebalik kalimah "alhamdulillah".Kalimah hadiah dari Allah buat makhluk tahu akan cara berterima kasih (bersyukur) pada segala bentuk ni'mat kurniaanNya.

Kata-kata pujian seringkali diucapkan oleh makhluk kepada makhluk yang lain di mukabumi ini dikeranakan cantiknya sesuatu,kebaikan orang pada yang lain, tanda penghargaan, untuk membodek (supaya dikasihi).Malangnya ,manusia tidak menyedari akan semua itu hakikatnya layak bagi Allah.Allah Maha Cantik,Allah mengurniakan kurniannya yang tak terkira dan Allah kekasih yang sebenar untuk di dambakan kecintaanNya.

Alhamdulillah,kitab tersebut telah lama diterjemahkan (1985) oleh Syed Ahmad Semait dan diterbitkan serta diulang cetak oleh pustaka Nasional.Kemalasan dalam membaca membuatkan diri tak menyedari akan nilai sebuah kitab.


"Kitab tidak lebih hanya untuk menguat dan menyegarkan kalimah laailaahaaillallah dalam diri".

Monday, July 6, 2009

Kenangan di HALAGEL



Last day....buat kerja packing barang.....meletihkan tapi happening bersama operators...!


Sampel ubat gigi terbaru.....





Jgn terkejut.....ni dia ubat gigi asam jawa!



Bekerja di store Halagel




Lab toothpaste.......tengah handle small mixer




Pengalaman yang tak dapat di lupakan di Halagel.Seawal 8 pagi,operasi kilang bermula dengan kuliah pengajian yang disampaikan oleh ustaz Saiful.Biarpun hanya setengah jam,banyak manfaat diperolehi degan berganti2 kitab yang di ajar.Munyatul musolli,Aqidatunnajin dan tajwid.Setiap selasa pilak baca mathurat.Kemudian diikuti dengan solat dhuha.
Pengalaman mengendalikan Mixer tank yang boleh memuatkan 500 kg ubat gigi.Selain mengikuti operasi menghasilkan softgel virgin coconut oil,habbatussauda,dan cod liver oil.Busuk habis baju bila operasi cod liver oil...hanyir.
Dua minggu berada dalam toothpaste lab membantu biochemist Halagel menyiapkan sample2 terbaru ubat gigi halagel untuk dihantar kepada pelanggan.
Tak dapat dilupakan juga pengalaman mengendalikan machine mengiodinkan garam bukit Halagel.Berguni2 kena angkat...huhu....tapi...seronok!
Tergiang2 di telinga alunan zikir munajat "Keagungan Zikrullah" yang dipasang ketika kerja2 beroperasi..
Hehe!...ingat Halal Ingat Halagel!








Saturday, June 20, 2009

Ke Arah Kematangan Berpolitik


Isu kerajaan perpaduan yang dibangkitkan dan menjadi perbincangan hangat di lapangan politik kepartian tanahair menjadi suatu perbincangan menarik untuk dikomen.Disuatu sudut ada yang bersetuju dan ada yang tidak.Secara asasnya,semua manusia beraqal menyatakan perpaduan kearah suatu yang lebih baik itu,merupakan suatu yang benar tanpa dapat dinafikan.Maka kejujuran serta keikhlasan disini dilihat perlu.Itu yang pertama.

Keduanya,perlu dilihat perbezaan yang terdapat dalam manusia ini suatu perkara yang tidak mungkin dihapuskan.Ini suatu fakta yang tak dapat dinafikan.Disini,perlu difikirkan,PAS merupakn parti yang semakin kuat mendominasi masyarakat Islam kini serta non-Muslim.Adakah bermakna disini UMNO yang telah bergerak lebih separuh abad itu mungkin dihapuskan terus tanpa mengambil sedikit pun kebaikan di dalamnya?Atau dibersihkan dengan kefahaman Islam dengan uslub da'wah yang lembut walaupun memakan masa?

PAS sebagai parti yang lebih baik kefahaman Islam pada ahli2nya perlu bergerak sebagai 'guru' yang penuh dengan kelembutan membimbing yang jahil.Kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan perlu di'itiraf kebaikannya tanpa menghakimi soal keikhlasan yang bersifat dalaman.Mudah-mudahan dapat merapatkan hubungan yang memberi faedahnya pada rakyat.Seperti dilihat pada cadangan penubuhan saluran televisyen Islam yang bakal dikendalikan oleh JAKIM.Apa perlunya mempertikaikan suatu yang dianggap baik dalam menyalurkan kefahaman Islam pada masyarakat.Media tidak dapat kita nafikan membawa pengaruh besar pada masyarakat.Secara sedar atau tidak,pengisian yang kini terdapat dalam saluran radio IKIM.fm telah banyak menyalurkan kefahaman Islam pada masyarakat selain menjadi alternatif hiburan berteraskan Islam.Secara diam,kita dapati aktivis2 PAS pun dapat ke udara menyampaikan pandangan melalui radio.Dari segi pengisian saluran televisyen Islam,yang mempunyai idea perlu tampil disebalik tabir menyatakan pandangan tanpa mewar2kan dalam media.Jangan kita cepat prejudis terhadap sesuatu golongan dengan menghakimi niat dalaman seseorang. Strategi /uslub perlu.Kurangkan komen diakhbar yang menjadikan kita syoq sendiri.

Sama-samalah mendoakan hikmah dalam berpolitik dengan menjadikan dakwah sebagai tujuan utama.Berkenaan kerajaan perpaduan,al-faqir tertarik dengan komen Presiden Abim,Yusri Mohamad,yang dipetik dari wawancara Mingguan Malaysia :


Bagaimanapun, Yusri berharap, kalaupun cadangan tersebut tidak sampai ke peringkat penggabungan, "tetapi jika ia mampu merapatkan hubungan, itu sudah cukup baik"."Jika tidak, kita akan terus hanyut dengan suasana politik yang memabukkan.

Wallahu'alam.

Monday, June 15, 2009

Syukur

"Jika kita menuntut balasan atas amal kita,tidak malukah padaNya jika ia menuntut dari kita keikhlasan.Cukuplah dengan bersyukur atas taufiqNya"

Friday, June 12, 2009

Adab Cinta


Allah telah mengajar bagaimana beradab denganNya melalui kisah Saidatina maryam.Saat beliau kelemahan dan kelaparan selepas melahirkan,diilhamkan padanya agar digoncang pohon kurma untuk menjatuhkan buahnya buat dimakan.Realitinya,kudrat wanita lemah itu,bila difikirkan dapatkah pohon kurma itu terkesan dengan goncangannya dan gugur buahnya?Pastinya tidak.Tapi adab saidatina Maryam dengan suruhan Allah beliau turuti.Goncangannya yang tak seberapa merupakan ikhtiyar/usaha.Hakikat Pemberi rezeki ialah Allah ar-Razzaq.Ikhtiyar/usaha merupakan adab.Fahamilah...di sebalik kisah ini terdapat pengajaran buat pengukuhan kalimah mulia....Laa ilahaillallah.Fahamila..wallahu'alam.

*Mohon doa kalian

Monday, June 8, 2009

Rasa Berdosa Kunci Cinta Ilahi





Tersebut di dalam kitab Ma’rifah al-Khisal al-mukaffirah Lizzunub al-muqaddamah wa al-Muakharah karangan al-imam Ibn Hajar al-‘asqalani, akan hadith2 yang berupa amalan yang menghapus dosa yang lalu dan akan datang.Permulaan kitab membawakan kisah Hatib bin abi Balta’ah yang berhajat membocorkan rahsia nabi.Nabi melarang sahabat dari mengapa-apakan beliau dikeranakan beliau termasuk dalam ahl al-badr.Ada suautu jaminan buat ahl-badr.Begitu juga doa baginda kepada isteri baginda diampunkan dosa lalu dan akan datang.

Seterusnya dibawakan hadith2 berkenaan dengan kelebihan-kelebihan sunat dhuha,sunat tasbih,wudhu’,kalimah-kalimah zikir dan sebagainya yang berupa amalan penghapus dosa-dosa yang lepas dan akan datang.Disyarahkan setiap hadith dengan membawa riwayat dari berbagai jalan.Setelah membawakan hadith2 tersebut,pada akhir kitab,Ibn Hajar membwakan sebuah hadith berkenaan “layanan” Allah terhadap insan yang berbeza di peringkat umur.

Bila deteliti satu persatu,nescaya kita dapati cukup banyak amalan-amalan yang menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.Sesuai dengan hadith nabi: “Bertakwalah pada Allah di mana saja kamu berada,turutilah kejahatan dengan kebaikan,moga-moga ianya terhapus,dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik”.(arba’in an-nawawi).

Cuma ikhtiyar manusia yang dho’if ini yang seringkali alpa dan malas serta tak menghargai waktu yang singkat untuk diisi dengan amalan-amalan tersebut.
Tiada cara lain untuk membiasakan seseorang mu’min itu dengan amalan-amalan tersebut untuk dekatkan diri dengan Pencipta melainkan caranya ialah al-Hubb serta adab.

Jika manusia itu tidak melakukan dosa,nescaya aku akan hapuskan mereka serta gantikan dengan umat yang baru.Setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik pesalah ialah yang bertaubat pada Allah.Kuncinya disini ialah kembali padaNya.Dalam erti kata yang lain jalinan cinta yang tulus dan suci,itulah kuncinya.Kembali itu menunjukkan sedar manusia akan hakikat diri.Sedar itu memerlukan peringatan untuk ianya berlaku.

Seseorang yang bercinta ia hanyut dalam hubungannya dengan kekasih sehinggakan boleh mencapai tahap tiada langsung menghiraukan orang lain.Siapa yang memiliki gelaran ar-Rahim melainkan itulah punca dan tempat kembalinya cinta hakiki.

Maka jalinkanlah ia dengan adab.Ingatlah,rasa berdosa itu kunci cinta Ilahi.Tiada rasa berdosa,itulah jalan syaitan.Lalai kita dari ingat Pemberi Rezeki merupakn kezaliman berpanjangan.Kerna rezekiNya tiada putus2 banyaknya,bayarannya pada Pemiliknya ialah dengan lalainya kita ditambah dengan ma’siat.Bukankah zalim namanya?.

Saturday, June 6, 2009

Tahniah Pimpinan Pas Sesi 2009-2011



Tahniah pada pimpinan baru PAS bagi sesi 2009-2011.Sesungguhnya pemilihan ini merupakan satu amanah besar oleh umat Islam di Malasia khususnya serta di peringkat antarabangsa umumnya sebagi sebuah parti utama dalam sistem demokrasi yang berpaksikan Islam sebagai dasar perjuangan.Politik wajib bergerak atas dasar da'wah.Pas hanyalah sebagai wadah perjuangan sebaliknya Islam itu yang sebenarnya matlamat perjuangan.Keterbukaan dalam menerima kritikan membina,muzakarah serta islah menyebabkan parti ini dierima hari demi hari,tahun demi tahun.

Bergeraklah atas dasar da'wah.Ahli-ahli UMNO perlu diberikan kefahaman Islam sebaiknya dengan penuh kelembutan seperti ditunjukkan pleh Rasulullah. Pelbagai uslub/strategi haruslah difikirkan bersama.Atas dasar da'wah dan kefahaman,Kelab Penyokong Pas perlu diisi program yang saban hari memberi faham sebenar tentang Islam pada mereka.

Sama2 kita doakan.Allahumma aamiin.

Thursday, June 4, 2009

Al-Hubb

Tiada malukah kamu.....Jika kamu menuntut dari Allah balasan terhadap amal baikmu,bagaimana jika Allah menuntut daripadamu hanya khusyukmu dalam solat?

Ketahuilah...perhubungan ini hanya menuntut kamu memahami hubungan yang raqiq antara dirimu dengan Pencipta.Al-Hubb lah nama perhubungan itu.wallahu'alam

la haula wa la quwwata illa billah

*mohon doa semua

Mau'izah dari guru

Tanah ini ada 3 macam.

1. tanah yang jika disirami menumbuhkan rumput dan ilalang, ini seumpama orang yang belajar dan memahami ilmu, sebagaimana bahwa tumbuhan itu bukan air, air hanyalah sebagai sebab tumbuhnya, demikian halnya dengan faham bukanlah ilmu, namun faham itu lahir dari ilmu.

2. tanah yang memegang air tapi tidak menumbuhkan rerumputan, ini seumpama orang yang menjaga/memiliki ilmu tapi tidak memahaminya, jika engkau melihat orang alim hanya bisa bicara saja itulah dia, akan tetapi jika ada amal di samping ilmunya itulah golongan yang pertama.

3. tanah yang tidak menahan air dan tidak menumbuhkan rerumputan, perumpamaannya seperti orang tidak menjaga ilmu dan tidak faham, maka memberikan ilmu kepada orang seperti ini hanya menyia-nyiakan ilmu saja, sebagaimana pemiliki tanah yang karakter tanahnya seperti ini tidak disiraminya, karena menyiraminya hanya perbuatan yang sia-sia. terlebih lagi halnya dengan memberi ilmu kepada orang yang akan menyia-nyiakannya

Sunday, May 31, 2009

Tausiyah

Ketahuilah,

Bahawa bahasa itu merupakan penghubung cinta antara dua kekasih.Mana mungkin surat kekasih berlainan bahasa boleh menimbulkan kemesraan diantara satu sama lain.Maka,bahasa pilihan Sang Kekasih Agung adalah bahasa arab.Warkah di utus dalam kalimat mulia berbahasa arab.Meskipun,Dia Maha Memahami dan Maaha Mencipta akan bahasa-bahasa makhluk,alangkah mesranya jika bahasa pilihanNya dapat dikuasai oleh perayu cinta agungNya?Letakkan syarat dalam hidup,untuk benar2 menguasainya dalam tempoh ditetapkan,meskipun memakan masa 5 tahun,10 tahun atau pun hingga ke 30 tahun.Tidakkah hidup akan lebih indah?Fahamilah.....

Ketahuilah,

Ilmu itu di tuntut untuk diamalkan.Amal itu dilakukan untuk penerimaanNya.Amal itu diterima bersama kerendahan hati (tawadhu').Maka matlamat menuntut ilmu Allah itu untuk kerendahan hati pada Al-'aaliim.Jika merasa diri itu 'alim,maka itu bukanlah matlamatnya.Bak kata pepatah,semakin berisi tunduk kebumi.Dalam hal ini,bukankah padi itu lebih memahami dari diri manusia yang saban hari menuntut ilmu tanpa sedar matlamatnya sebenar?.

Ketahuilah,

Riya' itu banyak jalannya.Sehinggakan seorang ulama sufi berkata,"Aku berusaha lari dari riya',tapi tatkala aku menutup pintunya yang satu,maka terbuka pintunya dari jalan yang lain."Teringat al-faqir akan pesan Pak Su Mid Bukit Tembaga bila ditanya soal macam mana nak jauhkan riya'?.Jawab beliau,"Mana boleh nak lari dari riya',kalau tak, "pencenlah" al-Ghafur itu,ubatnya,Istighfar selalu la".Maka,kagum sekali manusia2 melihat blogger2 termasuk diri ini, mempamerkan aktiviti harian pada seluruh dunia.Seolah,tiada lagi rahsia dengan Maha Pencipta yang dicintai.Apalah nak dibentang lagi diakhirat kelak,sedangkan semua sudah dipamerkan di dunia?Maqam itu berbeza...wallahu'alam.

*Jika bermanfaat,mohon doa kalian.

Thursday, May 28, 2009

Fahami cinta.....


Pengukuhan kalimah thoyyibah perlu berlaku hari demi hari .Ini bererti pengajian agama perlu diikuti setiap hari.Dalam ayat al-Quran acap kali kita temui asmaaullah yang padanya terkandung sighah mubalaghah.Yang bererti bersangatan.Maka sebagai contoh dibawakan ayat yang berbunyi wallahu ‘aliim kabiir.’Aliim disini bermaksud Maha Mengetahui.Maka persoalan disini,adakah Maha mengetahui Allah bersifat terbatas?Sebagai seorang muslim,bukan persoalan ini sebenarnya yang perlu dijawab,kerana pengetahuan Allah telah kita imani tiada batasnya.Yang menjadi renungan disini ialah,jika Allah itu Maha Mengetahui maka lawan pada kalam tahu itulah yang menjadi gelaran bagi kita.Seperti,jika orang itu bukan laki,mestilah ia perempuan,jika tidak putih maka hitamlah jawabnya.Maka disini aliim lawannya jahiil.Itulah gelaran atau hakikat diri sebenar.Maka adakah jahil kita tak terbatas?Maka di sini terang dan jelas hakikat pengetahuan diri berbanding Pencipta.Maka terserlahlah kalimah laailahaillallah.Adakah kita punyai pengetahuan hakiki?Atau hanya majazi semata?

Terdapat juga ayat al-Quran yang berbunyi,wa maa shobruka illa billah.Dan juga ayat wa maa tasyauna illa an yasyaa Allah.Dan juga ayat Wa laa taquulanna lisyain inni fa’ilun zaalika ghoda.Dan juga ayat,wa maa romaita iz romaita walaakinnallaha ramaa.Kullu man ‘alaiha faan,wayabqawajhu rabbika zil jalaaliwalikram.Dan juga wamaa khalaqtul jinna wal ins illa liya’budun.Dan juga pada ayat, iyyaaka na’budu waiyyaakanasta’iin (taqdiim al-jaar tufiidul al-hasr).Bahkan banyak lagi ayat-ayat yang membawa mesej ketauhidan Allah.Jika kita hayati sejenak sedalam2nya,akan kita dapati disinilah maksud laa hau la wala quwwata illa billah.Dan disitulah ma’na laailaahaillallah.Dalam ilmu mathematics,system binary telah digunakan pada system operasi computer.System binary menampilkan hanya dua nombor. 1 dan 0.Oleh sebab itu,sebagai contoh jika no pin akaun kita, tersalah hanya satu angka,maka kita tidak dapat mengeluarkan wang pada mesin atm.Kerana system binary yang beroperasi hanya mengenali angka 1 dan 0 sahaja yang telah diprogramkan.Sama ada, “ada” atau “ tiada”.Maka fahamilah maksud di sebalik hal ini.

Begitu juga ingin dikhabarkan pada pembaca,jika duduk pada tahiyyat ,jari telunjuk tanda ketauhidan ,sunnat di angkat tika kalimat laailaahaillallah.Didalam jari telunjuk ada dua urat yang bersambung urat itu hingga ke hati.Tidak dipunyai pada jari yang lain.Mengangkat jari telunjuk saja menghubungkan kalimah laailaahaillallah,muhammadurrasulullah terus ke dalam lubuk hati.Satu jari diangkat,dua urat di dalamnya.Warafa’na laka zikrak….

Ketahuilah,sifat tercela seperti,marah,mengeji,riya’,sum’ah,’ujub,putus asa dan lainnya…Semuanya sedikit sebanyak menggugat kalimah tauhid.Tercelanya disitu.Fikirkan….

Pengukuhan terhadap kalimah thoyyibah,memahamkan diri bahawa kehidupan ini hanya merupakan suatu adab hamba dengan Khaaliq.Hubb membawa kepada adab serta rindu beramal untuk redha Yang Dicintai.Manusia tidak perlu dipaksa jika di pandu rasa cinta HAKIKI…fafham haazalkalam wa bas..…wallahu’alam.

Sekadar hiburan....jangan titiskan air mata

Alkisah...
Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur . Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru. Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya. Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya. Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...
*** ********* ********* ********* ********* **
Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she. You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land. My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times. Safe walk..

Tijah =..(

Friday, May 22, 2009

Letihnya.....

Terasa letih,sejak akhir2 ni......

Tausiyah :


Bumi mengadu pada Tuhan......izinkan aku ya Allah aku tenggelamkan makhlukmu yang zalim...
Langit mengadu.....izinkan aku turunkan hujan berbentuk api hancurkan makhlukmu yang zalim....
Lautan mengadu...izinkan aku datangkan mereka dengan tsunami yang dahsyat......
Maka...Allah berfirman..."Jika kamu yang ciptakan mereka,kamu akan faham kasih kamu terhadap mereka". (athar fi ihya ulum addin)

Allah lebih sayangkan kita dari kasih seorang ibu yang kehilangan anak kecilnya di dalam kekalutan medan perang,kemudian memeluk anaknya bila bertemu....


Maka sambutlah cintaNya yang hakiki...