Tuesday, December 30, 2008

Doakan...

Mulakan kuliah yang kita hadiri dengan pesanan :

Mohon doakan saudara-saudara kita di Palestin.
Dunia hanya memandang kezaliman ini.
Slogan beserta doa membangkit semangat kita untuk terus berdoa buat mereka.

"Khaibar2 ya yahud jaisyu Muhammad saufa yaa'ud".

Sabarlah....wahai ikhwan di Palestin....

Dunia hanya tipuan,
Syahid kami rindukan,
Doa kami kirimkan,
Syahid @ menang sebagai pilihan.

*Ya Allah fahamkanku akan hal ini.

ma'al Hijrah an-Nabi....


Al-Mar'u ma'a man ahab..Semalam,majlis sambutan ma'al hijrah di Kemensah.Program yang ringkas namun isinya padat dan amat bermakna.Dimulakan dengan adik Muhammad mambaca al-Quran sungguh menusuk kalbu yang kotor ini.Kemudian disusuli maulid Daibaie yang dipimpin oleh ustaz Latif.Seterusnya Syeikhuna al-Ustaz Fuad Kamaluddin al-Maliki menyampaikan ceramah beliau yang difokuskan kepada cinta Nabi.Beliau menghuraikan cinta dan adab sahabat kepada nabi terlalu tinggi sehinggakan terkadang mendahului perintah nabi.Saidina Abu Bakar as-Siddiq mengimami solat,apabila baginda tiba Saidina Abu Bakar mengundurkan ke belakang mempersilakan baginda mengimami solat tersebut.Usai solat,baginda bertanya kenapakah Abu Bakar tak ikut arahan nabi,Abu Bakar menjawab "Tidak akan anak abi Quhafah mendahului Sayyidina Rasulullah".al-Ustaz menceritakan lagi hadith mengenai Tsauban yang mempunyai dua periwayatan yakni dari Saidatina Aisyah serta Ibnu Abbas.Tsauban bimbang akan jika beliau masuk ke dalam syurga nanti tidak dapat tinggal bersama nabi.Mengenangkan hal itu sehinggakan Tsauban kurus kering seolah-olah sakit.Nabi diam.Allah menurunkan ayat yang merungkaikan permasalahan Tsauban serta Tsauban gembira akan berita tersebut.Sesuatu hal yang terkesan di hati al-faqir apabila al-Ustaz membawa persoalan adakah amalan kita yang tak seberapa ini mampu memasukkan kita ke dalam syurga.Amalan dengan tabi'in dan sahabat pun jika hendak dibandingkan jauh ketinggalan.Solat fardhu pun susah untuk mendapatkan khusyuk.Justeru sesuatu yang menjadi kesimpulan yang menggembirakan kita ialah hadith "al-mar'u ma'a man ahab".Tinggal lagi kitalah perlu berusaha ke arah mencintai nabi.Wallau'alam.



*Ya Allah fahamkan aku akan hal ini.tlg doakan.

Monday, December 22, 2008

Salam Hijrah:Dengan namaMu Ku mulakan..

Salam tahun baru Hijrah 1430.....

Ya Allah berilah kekuatan kepada hambaMu....
Menongkah kehidupan dunia penuh tipu daya....
Berjalan atas adab kepadaMu...
Bersuluhkan Quran & Sunnah...
Berjalan sambil membimbing,
al-Azkar bersama sebagai teman.....


*Ya Allah jauhkanku petunjuk syaitani
Anugerahkan petunjukMu ilahi

Monday, December 8, 2008

Dahulu kita...


Dahulu kita tiada apa-apa pada diri kita.Hatta seurat benang pun tiada mampu diri sediakan.Tapi hari ini kita ada lebih dari RM10 didalam dompet.Itupun susah mengeluarkan seringgit untuk memberi pada yang meminta ketika kita menjamu makan di restoran.Berbagai alasan nafsu memberi.Walhal itulah jalan untuk memperolehi rasa tawadhu'.Usah pertikai siapa yang meminta,kembalikan semuanya kepada natijah diri.

Sirrul asrar minAllah....



Zun Nun al-Misri:

"Ada tiga tanda yang menjadi alamat ikhlas iaitu menyamakan puji dan cela daripada orang-orang awam,melupakan melihat amalan ketika beramal,dan menuntut pahala amalan di akhirat"

Hudzaifah al-Mar'asyi rahimahullah :

"Ikhlas itu ialah apabila amalan sang hamba itu sama sahaja pada zahir atau batinnya"

Abu Muhammad Sahl bin Abdullah at-Tustari :

"Orang-orang yang pintar telah meneliti tafsir surah al-Ikhlas dan mereka tiada mendapati selain daripada maksudnya yang berikut saja,iaitu : Hendaklah semua gerak-gerinya dan diamnya baik yang rahsia ataupun yang nyata,semuanya ditujukan kepada Allah ta'ala saja,tiada dicampuri dirinya atau hawa nafsunya atau dunianya"

Abu Ali Al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah :

"Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya',dan membuat amalan kerana manusia pula adalah syirik,maka ikhlas itu sajalah yang dapat diselamatkanmu oleh Allah dari keduanya"
Imam al-Harits al-Muhasibi rahimahullah :
"Orang yang benar ialah orang yang tiada peduli kalau hilang penghargaan orang terhadap
dirinya demi menjaga kebaikan hatinya,kemudian dia tiada ingin orang mengambil tahu tentang banyak sedikit amalan baiknya,tetapi tiada pula membenci kalau orang mengambil tahu keburukan amalannya"

Wahai diri,

Cukuplah kata-kata ini membuatkan kita perlu berfikir panjang menghisab diri.Keperluan kita pada hari ini semakin bertambah dan secara sedar atau tidak sedar amalan berkurang.Amalan yang kurang itupun dicemari riya' dan 'ujub.Maka, apakah yang nak dibawa nanti menghadapNya?

Dirilah yang mengetahui amalan yang kita lakukan itu bagaimana halnya.Kita bercakap membincangkan hal agama pun disertai dengan ujub.Fahamilah bahawa matlamat agama itu akhirnya untuk dekatkan diri dengan Allah. Justeru bila diganggu olehnya,apakah natijahnya amalan itu.Bimbang samada semakin dekat atau semakin terhijab.Wallahu'alam.

"Ya Allah fahamilah diri akan hal ini".

Saturday, December 6, 2008

Bergeraklah sambil merancang...

Saban hari kita merancang masa depan kita.Mengangan dan menginginkan setiap yang menjadi kegemaran semua.Ingin menjadi kaya,inginkan banglow serta keselesaan di dalamnya,inginkan kereta yang cangguh,Jazz model baru,inginkan yang itu dan yang ini.

Di usia bergelar student,pastinya menginginkan habis belajar dengan baik,berkeluarga,mempunyai kerja yang baik.Justeru kita merancang lagi suasana kerja yang bakal kita tempuhi.Terdetik difikiran,adalah amat membosankan kerja seperti orang ramai,setiap hari pergi kerja balik kerja,melakukannya setiap hari.Sehinggakan semua yang dilakukan semata-mata untuk memperolehi gaji,membayar hutang setiap bulan.

Semuanya bakal dilalui.Kita terus merancang,ingin membina kehidupan sendiri.Kerja yang tidak terikat dengan majikan.Mempunyai masa untuk terus mengaji,menjadi penuntut ilmu agama seperti sekarang.

Kesimpulannya..kita terus merancang masa depan.Tetapi perlu disedari kita bergerak atas kehedak Allah bukan kehendak diri.Tugas hamba mematuhi dengan baik akan Tuannya.Justeru tiada perlu kecewa,putus asa,marah dalam berjalan menempuh kehidupan.Kita bergerak atas kehendak Allah bukan kehendak diri.Dan kehendak Dia semuanya yang terbaik untuk diri..Ya Allah...fahamkan diri ini.wallahua'alam.

Thursday, December 4, 2008

"Man tawadha'a rafa'ahullah"

Apa yang Allah ingin lihat pada kita ialah rasa tawadhu' kepadaNya.Perhatikan kepada natijah-natijah ibadat secara keseluruhannya.Meletakkan bahawa hamba itu tetap hamba.

-Solat membuatkan kepala yakni satu komponen jasad yang paling tinggi mengandungi otak berisikan akal untuk berfikir (mencipta komputer,mesin kira-kira,hasilkan buku,hasilkan blog yang cantik dll) akhirnya tunduk sujud meletakkan ia paling bawah lebih rendah dari punggung.

-Tiga kisah ahli Quran,dermawan,dan syuhada' yang menghadap Allah,akhirnya dicampakkan ke neraka lantaran beramal dengan kebanggan (lawan kepada tawadhu').

-Seorang pelacur yang memberi air pada anjing yang haus dimasukkan ke dalam syurga.(tiada lakukan hal itu tanpa rasa tawadhu)

-Seorang ahli 'ibadah yang tidak memberi makan pada haiwan peliharaannya dicampakkan ke dalam neraka.

-Ibadat puasa mendidik diri menyerupai faqir misin yang sentiasa berlapar.

-Ibadat haji

Pesanan buat jemaah haji...




Sampaikan salamku pada yang dirindui...
Jasad indah kekasih di masjid Nabawi...
Bertemankan dua sahabat kibar ditepi..
Menyambut tetamu tiada henti-henti.....

Teringat daku sirahmu wahai nabi...
Tatkala akhir hayatmu menanti...
Engkau melihat ditangan ibn Abi Bakr kayu sugi..
Inginkannya Aisyah memberi....

Wahai kekasih Allah insan berbudi..
Dari liang dahi mengalir keringat kasturi...
Sakitnya engkau menghadapi sakarat tidak terperi...

Berpesan engkau as-solah as-solah berkali-kali...
Kasihnya dirimu terhadap kami...
Kalam akhir ummati....ummati...

Tiada percaya Umar tika menghadapi..
Berita sedih memecah hati...
Masuknya Abu Bakar melihat nabi...
Jasad mulia wajah berseri...
Saidina Bilal menyepikan diri..
Berpindah ke Syam bersama isteri..
Akibat rindu terbawa mimpi,
Kembali ke Madinah menziarahi nabi....
Khabarkan salamku pada dirindui..
Ku cintakan ulama rabbani..
Sebagai penyambung rantaian rohani...
Tarbiyyah ulung pewaris nabi...
Lemahnya diriku Dia ketahui...
Perlukan pimpinan penyuluh diri....
Mulakan dari cintakan Nabi...
Sampaikan salamku buat yang dirindui...
Pesanan untuk jemaah haji...

Kisah Ulama rabbani...



Kisah Ulama besar Mesir yang disanjungi ramai penduduk Mesir seakan2 sama dengan kisah yang lepas.Ulama tersebut ialah As-Syeikh Ad-Da'i ilallah Mutawali As-Sya'rawi.Diceritakan bahawa selesai kuliah maka ramailah orang berebut2 menyalami ulama kesayangan mereka itu.Maka selepas menaiki kereta,beliau meminta pemandunya berhenti di salah sebuah masjid.Lalu beliau memasuki kawasan masjid tersebut.Oleh kerana lama menunggu as-Syeikh di dalam masjid tersebut,pemandunya pergi mencari beliau,bimbang apa2 yg berlaku kepada beliau.Beliau tiada di dalam masjid.Pemandunya mencari pula di dalam tandas.Terdengar bunyi di dalam salah satu tandas tersebut.Alangkah terkejutnya mendapati as-Syeikh mencuci tandas tersebut menggunakan jubah beliau sambil menangis....Ya Allah,beginilah ulama mengeluarkan rasa ujub dalam diri...

Wednesday, December 3, 2008

Syeikh dan anak murid

Seorang syeikh menceritakan bahawa pernah sekali terlintas dalam hati beliau ketika menghadiri pengajian gurunya di sebuah masjid di Halab yang dihadiri ribuan hadirin, bahawa "Wah,amat ramai sekali murid guru yang hadir,apakah tiada terlintas dalam hatinya sifat ujub?".Akibat terlintas buruk sangkanya itu,maka tiadalah dapat beliau tidur pada malamnya memikirkan buruk sangkanya itu.Maka tekadlah ia untuk melakukan solat di sepanjang malam tersebut dalam masjid tersebut.Ketika beliau masuk ke dalam bilik untuk berwuduk,beliau terdengar bunyi sesuatu di dalam salah sebuah tandas tersebut.Pergilah ia menjenguk,maka ditolaknya pintu tandas tersebut.Alangkah terkejutnya beliau melihat gurunya yang mengajar disiang harinya tadi sedang mencuci mangkuk tandas........Maka seraya gurunya berkata kepadanya "Inilah kerja orang yang 'ujub".Subhanallah...Lantas dipeluknya akan gurunya sambil menangis teresak-esak. Tiadalah jadi beliau solat pada malam itu,sama2 gurunya mencuci tandas pada malam itu..Subhanallah.

Beginilah ulama sufi mendidik diri memecahkan rasa ujub ........Bagaimana kita?,(menulis dalam blog pun bleh kembang sesorang...huhu).

Saturday, November 29, 2008

Qada' dan Qadar

Semalam,pengajian misykat al-Mashabih amat menyentuh hati.Bab iman fasal Qada' dan Qadar berakhir memasuki pula bab azab kubur.Bab Qada' dan Qadar membentangkan beberapa hadith yang menghuraikan persoalan-persoalan yang berlegar-legar di fikiran para sahabat.Subhanallah,ada yang dijanjikan syurga pun masih runsing dengan kedudukan akhirat.Begitu berkesannya tarbiyyah nabi.Sememangnya segalanya telah ditetapkan pada diri.Usah menjadi hamba dunia,mengejar sesuatu yang telah ditetapkan.Orang yang dipilih untuk faham akan hal ini tiada runsing serta gelisah tentang perkara dunia.Yakni wali-wali pilihanNya.Ustaz menyelit pengalaman mufti Deoband yang dikurniakan kelebihan oleh Allah.Beradab pada Tuhan itu jalan terbaik.Rasulullah yang ma'sum memohon ampun lebih dari 70 kali sehari serta solat malam sehingga membengkak kaki merisaukan isteri tersayang.Jawapan makhluk paling beradab dengan Khaliq "Apakah salah aku menjadi hamba yang bersyukur ".

"Ya Allah kurniakan taufiq kepadaku untuk selalu beradab denganMu"
*tlg doakan untuk ana sesiapa yg mengunjung blog ini

Friday, November 28, 2008

4.Hukum Makmum Salam serentak dengan imam.

Jika makmum memberi salam serentak dengan imam maka masalah ini ada dua wajah (pendapat) dalam beberapa buah kitab ulama Khurasan, dan wajah yang terlebih asah daripada kedua-duanya ialah tidak batal sembahyangnya,bersalahan jika serentaknya pada takbirratulihram maka sembhyangnya tidak sah mengikut qaul yang sahih, dan jika sekiranya kita berkata tidak batal tetapi luput fadhilat berjemaah kerana menyalahi imam.

3. Tidak Sah Makmum Bertakbiratulihram Serentak dengan Imam

Apabila serentak makmum dengan imam pada takbirratulihram maka tidak sah sembahyangnya mengikut qaul yang shahih dan jika terdahulunya dengan takbir imamnya tidak sah sembahyangnya dengan tiada khilaf, kerana sabda Nabi S.A.W ertinya :

"Apabila imam bertakbir maka hendaklah kamu turut bertakbir."

2.Tidak Sunat Membaca Bismillah Ketika hendak Takbirratulihram

Berkata Syeikh al-Qamuli di dalam Kitab al-Jawahir : "Apabila seseorang hendak bertakbiratulihram maka tidaklah disunatkan membaca basmalah sepertimana tidak disunatkan bagi seseorang itu membaca ketika ia berihram dengan haji".

1. Janganlah Berdiri Sehingga Selesai Qamat

Para makmum yang sedang duduk jangan bangun berdiri sehingga selesai daripada qamat dan kata qil: Hendaklah berdiri ketika tukang qamat berkata : "Qadqaamati Shalah".

Dan kata qil : Jika seorang makmum orang muda yang kuat bangun sendiri,hendaklah ia berdiri ketika selesai qamat.Dan jika orang tua,lambat bangun,hendaklah ia berdiri ketika : "qadqaamatissahalah" atau pada waktu yang ia mengetahui apabila ia berdiri tegak serentak dengan selesainya qamat,supaya ia sempat bertakbiratulihram mengiringi imam.

Kitab Al-Qaulu Tam Fi Ahkam Al-Makmum Wal Imam a'la mazhab al-Syafie

Merupakan kitab karangan al-Imam al-Muhaqqiq Shihabbuddin Ahmad masyhur dengan Ibnul I'mad bin Yusuf al-Masri Aqfahsi.Kitab ini sudah diterjemahkan oleh Dato Syeikh Zakaria Ahmad Wan Besar,Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Kedah.Dan pengajiannya telah beberapa kali diulang di Radio Kedah.Insya Allah kita mengambil manfaat atas apa yang dibincangkan dalam kitab ini.

Wednesday, November 26, 2008


Malam kelmarin kuliah Syeikh Fuad di Kemensah yang paling menyusuk kalbu,apabila beliau mengupas perihal Cinta Nabi....Allah,Allah.

Kisah batang kurma menangis disebabkan nabi tidak lagi bersandar padanya tika menyampaikan khutbah kerana telah dibuat mimbar untuk nabi.Menangis seakan-akan keanak-anakan kerana kasihnya akn Nabi.Maka berilah nabi kepadanya akan dua pilihan terus hidup atau bersama dengan baginda di Jannah.Lantas,diamlah batang kurma tersebut.

Maka,perlu direnungi bersama,batang kurma pun tahu cinta Nabi...bagaimana kita?

Tuesday, November 25, 2008


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Mulakan pagi dengan zikrullah serta kalam muhasibi..


Membentuk diri untuk menjadi insan yang istiqamah dengan amalan bukan sesuatu yang mudah.Namun ia harus dimulakan.Kita tiada punya masa.Umur seusia 23 tahun adalah umur yang lewat sebenarnya untuk memulakannya.Namun,perlu dilakukan jua dengan kerendahan hati mengharapkan hamba yang lemah ini dapat istiqamah dengan sesuatu amalan hingga ke hari tua.

Kita tidak ditakdirkan menjadi seorang ulama,'abidin,tapi kita suka melihat mereka berjalan menuju Allah.Kita cuba mengekori mereka perlahan-lahan dari belakang.Namun semakin hari semakin jauh ketinggalan.Kita sering rebah,lengoh kaki dalam berjalan mengekori langkah mereka lantaran nafsu.Bersusah payah mereka hadir,dari Yaman,Mesir dan Indonesia semata menghulurkan tangan kembali berjalan.Terkadang kita seolah menepis sambil mengatakan 'Aku punya tugasan lain,aku sibuk'.Serabutnya kita.

Susahnya nak istiqamah...Apa pun,mohon taufiq dari ALLAH..Wamataufiq illa billah...

Kemuliaan Ulama......Jenazah Assyeikh Mutawali Sya'rawi

Monday, November 24, 2008

Aku hanya Umar...

Kata2 Umar al-Khatab yang ringkas tetapi penuh bermakna bagi yang menghayati buat recharge iman dalam berjalan menuju Allah :

"Aku hanyalah Umar....Yang menjadikan aku mulia ialah Islam"

"Semua ke syurga kecuali si fulan,ku bimbang si fulan itu ialah Umar"

"Hari ini ku mendengar bahawa si fulan telah mati,esok orang mengatakan Umar telah meninggal"

"Hisablah dirimu sebelum amalan kamu dihisab"

Taraf Umar merasakan sedemikian.......di manakah kedudukan kita..Renunglah..

Sunday, November 23, 2008

Renungi...

Mengambil pelajaran/'ibrah dari sekeliling,diikuti membalikkannya pada diri,seterusnya diikuti dengan proses islah.Metode untuk yang memulakan perjalanan menuju Maksud.
- Melihat orang berbuat maksiat,kembalikan pada diri membuahkan lidah yang sering beristighfar.
-Melihat burung berterbangan di pagi dan petang,kembalikan kepada diri bahawa tiada tidur ba'da subuh,usaha beserta tawakkal,mengucap syukur Tuhan yang mengurniakan rezeki.
Kiaskan yang lain...
Walhasil...Ingat Allah setiap saat...Wallahu'alam.

Malu.......


"Malu sama Rasulullah s.a.w. Baginda berdakwah ke Taif, hingga berlumuran darah dilempar batu. Saya dijemput menyampaikan dakwah. Bukannya kita cari, orang yang datang jumpa kita dan minta kita berceramah. Adakah kita patut menolak?
"Orang daripada perusahaan batu bara yang terbesar dari Kalimantan Timur itu kebetulan terbaca novel saya dan dia terus berminat mengundang saya ke sana. Saya fikir mereka mahu bicara tentang sastera, rupanya sudah pun diatur jadual saya menyampaikan kuliah ke beberapa buah masjid.
"Mereka lengkap menyediakan kereta. Apakah saya perlu berkata, oh saya cuma ingin bicara sastera Islam saja kerana itu adalah bidang saya. Ceramah agama saya tidak mahu. Tak boleh begitu. Nanti malulah sama Rasulullah,"
kata beliau.-Habiburrahman el-Syirazi

Thursday, November 13, 2008

Kata-kata Hikmah

"Dunia umpama anak perempuan akhirat,apabila telah menikah dengan anaknya maka haram hukumnya menikahi ibunya"
-Syeikh Abu Bakar Salim

Wednesday, November 12, 2008


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Renungan....

"Ya Ilahi.....Engkau maksudku,RedhaMu ku dambakan...Berikanlah aku kasihMu,dan kedekatanku denganMu"
Memahami hakikat kehidupan insani merupakan suatu jalan yang memerlukan proses latihan.Makanya latihan bagi diri untuk hampir dengan Allah ialah melalui zikir.Zikir yang berterusan membuatkan tabiat diri menuntut ia dilakukan secara terus menerus dan merasa tidak senang apabila ia ditinggalkan.
Salah satu zikir yang dituntut untuk kita melazimkan ia ialah istighfar.Satu kalam hamba kepada Rabb.Objektifnya , sentiasa merasakan diri bersalah kepada Empunya diri iaitu Allah.Merupakan syarat kehambaan.Dapat dilihat pada diri baginda Rasulullah yang walaupun maksum (terlepas dari dosa),tetap mengucapkan kalam istighfar lebih daripada tujuh puluh kali.Tujuannya apa? Tidak lain......merupakan rasa kehambaan pada diri hamba yang bersalah dengan Tuannya.
"Ya Allah.....sesungguhnya aku menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, tiada yang mengampun melainkan Engkau,Maka ampunilah diriku dengan keampunan dariMu,serta rahmatilah daku.Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Pemurah"

Saturday, November 8, 2008


Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar, DIA beri aku kaktus berduri. Ku minta pada Allah hewan mungil nan cantik, DIA beri aku ulat bulu. Ku sempat sedih , kecewa dan protes, betapa tidak adilnya ini... namun kemudian .... kaktus itu berbunga, sangat indah sekali, dan ulatpun tumbuh menjadi kupu-kupu yang teramat cantik... itulah jalan dari Nya INDAH PADA WAKTUNYA... DIA tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi memberi apa yang kita perlukan.. walau kadang sedih,kecewa,terluka.. TAPI JAUH DI ATAS SEGALANYA ADALAH... bahwa DIA merajut yang terbaik untuk kita...

Thursday, October 23, 2008

Masjid cina:Satu lembaran baru dakwah di Malaysia

Ahli parlimen Zulkifli Nordin memberi pandangan beliau dalam parlimen mencadangkan Masjid Cina dibina di ibu negara.Satu lembaran baru dakwah islamiah di Malaysia.Dakwah perlu berjalan seiring dengan kemajuan negara bahkan perlu mendahului.Kita perlu bina masyarakat berteraskan kefahaman yang mendalam tentang Islam.Yang akhirnya kemahuan tersendiri dapat lahir secara majoritas masyarakat yang menginginkan Islam ditegakkan secara total di bumi Malaysia ini.Kombinasi Melayu,India dan Cina berpayung atas satu aqidah yang sama yakni Islam.

Kerja baik pihak kerajaan dalam menimbang cadangan ini amatlah disokong oleh setiap yang bergelar muslim.Memasyarakatkan Islam adalah tanggungjawab setiap Muslim.

Sekolah dan Tarbiyyah


Metro baru-baru ini menyiarkan kebiadaban beberapa orang pelajar perempuan sebuah sekolah menendang guru mereka.Selang beberapa hari Kosmo menyiarkan aksi panas seorang pelajar di dalam bilik darjah.Beratus-ratus atau beribu kes yang acap kali tersiar di dada akhbar membuatkan kita harus berfikir, serta pemimpin wajib berfikir,atas apakah alasan sistem pendidikan yang ada sekarang perlu terus dipertahankan?.Persekolahan tanpa pentarbiyahan roh agama akan melahirkan graduannya yang terkapai-kapai mencari arah tuju kehidupan yang sebenar.Malah kehadiran pelajar ke sekolah saban hari merupakan suatu pembaziran waktu jika guru tidak di'benarkan' bertindak sebagai pendidik.Ini adalah kesan daripada,Menteri Pelajaran yang tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan.Arahan senang2 dikeluarkan dari pihak atasan mengarahkan guru-guru melakukan sekian2 tanpa menjiwai profesion perguruan.Keletihan para guru yang setiap hari berulang alik ke sekolah seolah tidak berbaloi apabila melihat anak didiknya keluar sebagai samseng.
Justeru,sistem pendidikan dapat dikaji dengan mendalam melibatkan para ulama yang murabbi dalam perbincangan mengatur kurikulum sekolah serta memberi pengisian kepada guru dalam kursus serta seminar2.Pihak atasan jangan menghalang kerja2 guru yang lebih berkeahlian dari bapak-bapak menteri yang fokus utamanya kedudukan politik diri,bukannya kepentingan rakyat.

Wallahu'alam.

Monday, October 20, 2008

Manhaj Wasathiyyah...

Manhaj wasathiyyah merupakan manhaj yang Islam bawa untuk kesejahteraan buat seluruh umat manusia.Justeru wasathiyah yang kaamilah itu yang wajar dicari melalui jalan menuntut ilmu yang tidak henti-henti.

Islam memandang silaturrahim itu mendahului perbicangan ilmiah.Maka tidak wajar dirasakan perbezaan dalam perbincangan ilmu agama menyebabkan silaturrahim itu terputus hinggakan tidak bertegur sapa.Perlu diingat matlamat agama itu lebih jauh daripada apa yang diperselisihkan yang terkadang orang awam sukar untuk fahami.Perbahasan ilmiah seharusnya melibatkan ulama2 yang berkeahlian.Jangan dilibatkan orang awam ,kerna pembudayaan ilmu di kalangan masyrakat kita masih rendah.Serta janganlah orang awam itu merasakan dirinya sudah alim untuk masuk ke gelanggang perbahasan.Jika berlaku,orang awam ini mungkin mendahului emosi daripada akhlak.Kita berukhuwwah hampir separuh kehidupan,tapi kita berdebat dengan waktu yang terbatas.Janganlah disebabkan mahir kita dalam ilmu agama menyebabkan silaturrahim kita sesama Islam itu musnah.

Apabila bertemu kita dengan manhaj wasatiyyah yang kaamilah,maka berpeganglah kita atas jalan menuju Allah.Berjiwa besarlah.

Sama2 kita kaji kitab Mafahim Sayyid Muhammad Alawi,nescaya kita ketemu perbahasan yang cukup harmoni dibawakan oleh beliau.

Wallahua'alam.

Wednesday, October 15, 2008

Renungan

"Hikmah adalah barang kehilangan orang Muslim, di mana sahaja (Muslim) menemukannya (hikmah), hendaklah dia mengutipnya"

Krisis ekonomi global tanda gagal sistem kapitalis

(Diambil dari harakahdaily.net)
*menarik untuk dibaca,bahawasanya dunia perlu kembali kepada fitrah iaitu Islam dari segala aspek kehidupan.

Irwan Muhammad Zain Thu Oct 16, 08 8:09:07 am MYT
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan krisis ekonomi global sebagai tanda kegagalan sistem kapitalis yang selama ini didewa-dewakan oleh negara Barat.
Kesan dari krisis ekonomi global ini, kata Ustaz Hadi memaksa negara seperti Amerika Syarikat mengeluarkan dana yang besar untuk membantu syarikat yang hampir muflis.
"Amerika Syarikat begitu angkuh sebelum ini hingga sanggup menyerang negara lain semata-mata untuk kepentingan ekonomi mereka," kata beliau.
Beliau turut menegaskan sistem ekonomi kapitalis yang lebih mementingkan keuntungan kepada satu pihak menyebabkan banyak syarikat kewangan yang muflis.
Mengambil contoh kegagalan Bank Bumiputera yang kini hanya tinggal nama akibat mengamalkan riba untuk mendapatkan keuntungan yang berlebihan.
"Pinjaman yang banyak dikeluarkan kerana mahu mengaut riba yang tinggi, akibatnya ramai peminjam yang gagal membuat pembayaran dan akhirnya bank yang mengalami kerugian," kata Ustaz Hadi.
Berucap di Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan pembentangan belanjawan 2009, Ustaz Hadi turut mengkritik pengagihan ekonomi yang tidak sama rata dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata BN lebih menumpukan pembangunan dari segi ekonomi dan infrastruktur di neger-negeri tertentu berbanding negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.
Dari segi infrastruktur kata beliau, Sabah dan Sarawak jauh lebih ketinggalan berbanding Semenanjung biarpun BN sudah memerintah lebih dari 50 tahun.
"Pemimpin-pemimpin BN hanya tahu untuk mengambil balak di Sabah dan Sarawak tetapi tidak penderitaan yang ditanggung oleh rakyat di sana," tegas beliau.
Ustaz Hadi berkata sepatutnya pengagihan ekonomi sama rata dilakukan tanpa mengira agama dan kaum bersesuaian dengan ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.
"Kita tidak sepatutnya meminggirkan kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain kerana mereka juga rakyat negara ini," tegas Ustaz Hadi.
Beliau juga mengesa agar ekonomi rakyat dimantapkan bagi meringankan beban yang ditanggung akibat krisis ekonomi global.
Dengan mengambil contoh kadar gaji di Singapura yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia,Ustaz Hadi menegaskan sepatutnya rakyat negara ini juga menikmati gaji yang lebih tinggi agar mereka dapat hidup dengan lebih sempurna.
Sehubungan dengan itu, ahli parlimen Marang itu seterusnya mencadangkan agar sistem ekonomi kapitalis yang turut diamalkan di negara ini digantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih menjamin kesejahteraan rakyat mks. _


"Yang tinggal pada kita hanyalah Ikhlas"

Kata Syeikh Muhammad Fuad al-maliki malam tadi,As-Sayyid Abuya berpesan kepadanya,"Setelah kita melakukan keseluruhannya,termasuk menuntut ilmu,menyampaikan,menulis kitab,berdakwah....yang tinggal pada kita hanyalah ikhlas".

Mengulas kata-kata hikam Syeikh Athaillah as-Sakandari dalam hikamnya,"Amalan itu ialah seperti gambar yang tak bernyawa yang ditegakkan,dan yang menjadi ruhnya ialah sirrul ikhlas".

"Kita bertemu di akhirat..."

Pengalaman menziarahi ulama bersama ulama harus dikongsi...SubhanaLLah.Tidak terlintas dibenak fikiran akan pulang ke kampus pada pukul 12tgah malam.Kehendak Allah,yang patut syukuri.Keluar dari kampus pada jam 8 pagi bergegas ke program Wacana Pemikiran Sayyid Muhammad Alawi di Masjid Wilayah.Program dihadiri oleh anak beliau Sayyid Ahmad Muhammad al-Maliki.Kehadiran begitu memberangsangkan walaupun program dirancang pada saat2 akhir.Syeikh Fuad al-Maliki bersama Syeikh Sayyid Ahmad.Turut dihadiri oleh guru dari kedah,ulama muda al-Fadhil Ustaz Aminuddin.Alhamdulillah.Setelah majlis perasmian oleh Mufti Wilayah,majlis berhenti rehat.Sedang berehat,Baba Aziz hadir memeriahkan taman Ulama pada hari itu.Subhanallah.Program banyak menjurus pengalaman ulama2tersebut dengan As-Sayyid Muhammad Alawi. Apa yang menjadi ulasan penting pada kesimpulan yang dibuat oleh anak beliau ialah manhaj wasathiyyah yang dibawa oleh as-Sayyid dalam pemikiran beliau.

Selesai majlis,tanpa disangka kaki terus bergerak mengikut rombongan ke Madrasah Darul Hadith al-Fiqhiah di Sg Buloh,yang baru diasaskan oleh Baba Aziz.Subhanallah,sekali lagi himpunan para ulama.Lebih kurang sejam lebih di Sg Buloh,terus bergerak menuju ke Madrasah Darul Islah Ustaz Hassan.Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam ke Sabak Bernam.

Ketibaan rombongan disambut oleh para Ustaz di Madrasah tersebut termasuk ustaz2 dari Itmam.Baba memberi nasihat dalam ucapannya mengenai manhaj yang perlu dilalui oleh para penuntut ilmu serta para abid.Silibus pengajian agama tidak dapat tidak adalah melalui penguasaan bahasa Arab yang mantap selain hafalan yang berterusan.

Baba menyebut,ilmu ini susah didapati,serta susah untuk diamalkan.Hampir sejam lebih ucapan Baba yang penuh dengan pengalaman seorang ulama.

Selepas makan malam,kami menziarahi ayah Ustaz Hassan,Kiyai Ahmad Syuhud yang merupakan senior baba ketika belajar di Mekah.Subhanallah, perbualan mengenai pengalaman di Mekah.

Akhir perbualan Baba dengan Kiyai yang paling menyentuh iaitu kalam perpisahan.....Baba mengatakan kepada Kiyai...."InsyaAllah...,kita bertemu di akhirat".Subhanallah.

Monday, October 6, 2008

Mau'izhah Tn Guru Nik Aziz

Bila kita masuk ke dalam kubur, kita tidak mati seratus peratus, yang mati hanya tubuh. Dalam jisim kita ada roh.
"Dialah Tuhan yang telah meniup masuk ke dalam tubuh manusia rohnya". (maksud as-Sajdah: 9)
Allah Taala tiupkan masuk ke dalam tubuh manusia roh. Walaupun semua benda lain datang daripada Allah belaka, tapi oleh kerana roh ni benda mulia, maka Allah sandarkan roh kepada Dia sendiri.
Jadi, sebagaimana Allah tak mati-mati, kekal abadi, maka roh juga tak mati. Yang mati hanyalah tubuh.
Sebagaimana tubuh atas dunia ni berkehendak kepada makan minum, maka roh juga berkehendak kepada makan minum. Untuk makan minum di dunia ini kita terpaksa guna duit untuk beli beras, petrol, bayar sewa rumah.
Tapi duit tidak laku lagi bila saja kita masuk ke dalam kubur. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Wednesday, October 1, 2008

Pesanan Tn Guru Haji Abdul Hadi

"Pimpinlah masyarakat supaya sama-sama menghayati perjuangan Islam ini,"

" Kurniaan taqwa akan mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.

"Islam perlu mendominasi seluruh suasana supaya manusia kelak dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam sehingga rela berada di bawah naungannya."

Monday, September 29, 2008

Islam yang teliti (2)

Islam begitu teliti dalam menjaga maslahat kehidupan makhluk.Hubungan dengan Khaliq serta sesama makhluk begitu teliti dijaga oleh Islam melalui keterikatan dengan salah satu ayat yang berbunyi "Maka sesiapa yang melakukan kebaikan sebesar zarah dan sesiapa yang melakukan keburukan sebesar zarah".

Memikirkan begitunya teliti hisaban amal insan,membuatkan kita terduduk mengakui kelemahan diri,Maka perlu tunduk kembali beserta kalam istihgfar.

"Laailahaillaanta subhanaka inni kuntuminazzhalimin"

Islam yang teliti

Diantara saranan oleh al-ustaz Fathi Yakan dalam risalah Maza Ya'ni fi intimailislam dalam seruannya bagaimana kita hendak berpegang teguh dengan Islam ialah perlulah seseorang muslim itu mengetahui hakikat Islam itu dengan erti kata mempelajari ilmu2 Islam itu sendiri.Nescaya akan mendapati bahawa Islam begitu teliti ajarannya dalam mengatur kehidupan insan serta menjaga agamanya.Dalam mengatur hidup insan, sekecil2 perkara dibincangkan hingga sebesar2 perkara dibincangkan.Dari hal adab bangun dari tidur,sehingga tidur kembali pada malamnya.Dari hal berkeluarga hingga hal kenegaraan.Dari hal sedekah zakat hingga hal2 yang melibatkan pegurusan wang yakni perbankan Islam.

Dalam menjaga agamanya,perlu dihayati bahawa ajaran Islam dijaga dari generasi ke generasi dengan amat2 teliti.Tiada peradaban ilmu setinggi peradaban ilmu Islam dijaga oleh alim ulama yang merupakan pewaris para nabi.Sebagai contoh,kitab2 karangan ulama zaman berzaman terus dijaga dan dipelihara melalui tahqiq para ulama kemudian.Tidak cukup dengan tahqiq maka syarah-syarah kitab telah diteruskan juga oleh ulama.Sekecil2 kitab yang disyarahkan hingga sebesar2 kitab ulama muktabar.Selepas syarah, ilmu Islam dijaga dan dimanfaatkan lagi dengan syarah kepada syarah yang disebut hasyiah.Tidak cukup dengan itu,kitab-kitab yang besar diikhtisarkan menjadi kitab yang disebut sebagai mukhtasar .Subhanallah.Maka meniliti warisan ilmu Islam melalui kitabnya membuatkan kita terduduk memikirkan kejahilan diri.Disinilah hakikatnya analogi setangkai padi makin berisi tunduk ke bumi.

Natijah dari kita menyelami saranan al-ustaz fathi yakan tadi,ialah keyakinan dan teguhnya pegangan kita tehadap apa yang kita pegang,sekaligus mengimani tiada yang setinggi Islam sehiggakan seseorang sanggup korbankan harta dan nyawa demi mempertahankan ajaranNya.
Wallahu'alimun khabir.Wallah'alam.

Sunday, September 28, 2008

Malam Hari Raya i'edlfitri

Berkata al-imam an-Nawawi dalam kitabnya al-azkar "Ketahuilah bahawasanya saat dituntut menghidupkan malam kedua hari raya (ied adha & ied fitri) dengan zikir-zikir kepada Allah,mendirikan sembahyang dan selainnya dari berbagai-bagai ketaatan,kerana adanya hadith yang warid dalam perkara itu,iaitu;

"Barangsiapa yang menghidpkan kedua malam Hari Raya,nescaya hatinya tidak akan mati pada hari semua hati akan mati"

Ada riwayat lain menyebut ;

"Barangsiapa bangun di malam kedua-dua hari raya kerana Allah ntk mencari pahala,niscaya hatinya tidak akan mati pada hari semua hati akan mati"

demikianlah yang dinukilkan daripada riwayat syafie dan ibn majah,dan ini adalah hadith dhaif yang kami riwayatkan daripada riwayat abu umamah sebagai hadith marfu' dan mauquf dan kedua-duanya memang dhaif,akan tetapi hadith yang menandakan Fadhail 'amal yakni ketamaan amalan sentiasa bertolak ansur padanya sebagaimana telah disebutkan terdahulu pada awal kitab"

Thursday, September 25, 2008

Penghujung Ramadhan....

Sedar tak sedar ramadhan kini tiba di penghujung.Yang dikatakan dibulan Ramadhan ini di dalam hadith,awalnya rahmat pertengahannya maghfirah (keampunan) dan akhirnya dibebaskan dari azab api neraka.Bila diteliti kalam didalam doa2 yang masyhur,maka didapati kalam maghfirah sering disebut beserta dengan kalam rahmat.Doa nabi Adam alahissalam: "Ya tuhan kami,kami telah menzalimi diri kami sendiri,jika Engkau tidak mengampuni kami dan tidak merahmati nescaya menjadi kami dari kalangan orang2 yang sangat2 rugi".Dan doa yang diajarkan baginda kepada Saidina Abu bakar As-siddiq "Ya Allah sesugguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak,tiada yang mengampun dosa kecuali engkau,maka ampunilah daku dengan keampunan dariMu dan rahmatilah daku,Sesungguhnya Engkau maha Pengampun dan Maha Mengasihani (ar-Rahim)".Begitu juga dengan doa tikamana duduk antara dua sujud berdoa dengan penuh kerendahan hati.Hayatilah.Sesungguhnya disini terdapat adab yang mulia taqarrub hamba kepada Tuhannya..Bahawa bukan amalan yang perlu dibanggakan namun kerendahan diri sentiasa melafazkan pohonan ampun kepadaNya yang utama.Bebasnya hamba dari azab adalah melalui rahmatNya bukan amalan yang tak seberapa.Gandakan amalan atas sifat hamba,perbanyakkan istighfar atas adab dengan Tuhan,harapkan rahmat dariNya sentiasa atas sifat raja'.Ramadhan.......mungkinkah kita bersua kembali......Allahumma ballighna ramadhan...=..)

Friday, September 5, 2008

Salam Ramadhan......

Bertemu kembali ramadhan.Banyakkan kalam istighfar.Merendah diri di depan Rabbuljalil,mengaku diri ini byk dosa,banyak lalai.Diri sering merasa angkuh dan ujub dengan amalan,walhal beribu kelemahan pada diri.Lalai dari mensyukuri jutaan ni'mat ilahi.Makanya wajib atas diri basahkan lidah menyebut kalam istighfar.Sudah fitrah bergelar hamba,maka dengan Tuannya perlu serahkan diri merasa hina.Wallahua'alam.Selamat berpuasa!

Thursday, August 14, 2008

Peluang muda sebelum tua

Masa muda perlu dimanfaat sebaiknya.Ilmu perlu digarap semampunya.Amal perlu ditambah sedikit demi sedikit serta diikat kejap dengan ikatan istiqamah.Hafalan zikir dan doa perlu dilatih dan ditambah hari demi hari.Rasa tawadhuk perlu disemai dan disuburkan sedari sekarang.Supaya masa tua dihadapi dengan penuh bersedia meluruskan jalan bertemuNYA.

Tuesday, July 29, 2008

Kalam muhasibi....

days

Muzakarah Pas dan Umno

Muzakarah/muqabalah perlu tidak semata-mata menumpukan kuasa politik melayu Islam,namun fokus dakwah dalam mengislahkan sistem pendidikan islam dan bahan-bahan penyiaran media perlulah ditekankan dalam perbincangan tersebut.Muda-mudi menderita atas pemimpin yang terlampau mengabaikan aspek tersebut.Wallahua'lam.

Pesanan takwa

muslim brother muslim sister

Monday, July 28, 2008

Ya Allah...........


Terkadang diri terasa lemah dalam mengaji.Tapi... perlu diteruskan...semuanya untuk mengisi perjalanan hidup.Bimbang menyesal tak sudah masa hadapan.Setiap hari perlu ada tambahan.Tapi......pada level khauf ni,zaman finah cukup menggugat...Tengok ustaz fahmi semalam,sikit sebanyak semangat bertambah.Syoq tengok beliau.Dua himpunan tarbiyah,an-nadwi dan al-maliki, yang beliau dapat,dapat dibayangkan indahnya perjalanan hidup beliau menuju Allah...Subhanallah.....

Friday, July 4, 2008

Matlamat Ibadah

2 vcd al-Habib Ali al-Jufri yang bertajuk Isra mikraj dan Siapa Aku,cukup memberi kesan terhadap diri.Kedua-duanya dapat diberi kesimpulan bahawa matlamat hidup ialah mendidik rasa ubudiyah di dalam diri.Dalam erti kata yang lain mendidik diri merasa hina.Baginda nabi saw,merupakan makhluk yang tertinggi rasa ubudiahnya kepada Allah.Sebagai contoh bilamana dakwah baginda ditolak oleh penduduk Taif dan baginda mendapat tentangan yang hebat dari penduduk bani tsaqif tersebut.Namun begitu dalam munajat baginda setelah itu tetap mengaku kelemahan diri, mengadu pada ilahi.Kesimpulan yang dapat dibuat ialah setiap perlakuan diri perlu merasa diri hina.Dan jangan sesekali memandang diri mulia dari orang lain.Kurangkan penggunaan 'ana' dalam setiap perbicaraan.Seorang sahabat yang banyak melakukan ibadah telah masuk ke dalam masjid.Para sahabat yang lain yang berada disekeliling baginda melihat akan kehebatan penampilan sahabat tersebut.Baginda bertanya kepada sahabat tersebut adakah kamu berasa kamu terbaik ketika kamu masuk kedalam masjid tadi.Beliau menjawab ya.Baginda mengatakan aku nampak dipipimu kesan tamparan syaitan.Disinilah perlu kita sedar bilamana diri merasa mulia berbanding orang lain bahawa bisikan syaitan dan nafsu beserta dengan diri.Perlu diingat juga,bahawa syaitan diusir disebabkan dirinya merasa mulia daripada Nabi Adam.Mengingkar arahan Allah dengan keangkuhan diri..Moga kita sentiasa mendapat peliharaan Allah dari semua sifat mazmumah....aamin.

Sunday, June 29, 2008

Politik Malaysia yang kotor

Awal pagi tadi,aku dapat msg berkenaan tuduhan terhadap DSAI.Anwar sekali lagi dituduh meliwat.MasyaAllah,dahsyat politik Malaysia ,sanggup melemparkan tuduhan semata2 kerana kuasa.Inilah wajah politik Malaysia.Langkah Anwar untuk mara ke hadapan sekali lagi disekat.Namun adakah ianya berjaya?Sesungguhnya Allah bersama2 dengan kebenaran.

Saturday, June 28, 2008

Jalan Dakwah Islamiah di Malaysia

Sukar untuk membaca dan menganalisis dinamiknya politik Malaysia akhir-akhir ini.Namun apa yang penting perlu dilihat ialah bagaimana corak ataupun uslub dakwah yang yang bersesuaian tika ini.Ternyata pasca pilihanraya 12 menyaksikan ruang demokrasi yang terbuka luas untuk kefahaman Islam disebarkan pada semua mayarakat muslim khususnya serta bukan islam amnya.Kefahaman yang mendasar perlu ditanam disetiap sanubari umat Islam yang sedia ada kini.Ternyata dalam keadaan politik malaysia kini PAS sebagai parti harapan umat islam perlu bijak dalam mengatur strategi dan bekerja bagi meletakkan ajaran islam mengakar dalam setiap sistem masyarakat Malaysia.Dan dalam masa yang sama ujian dakwah akan terus dihadapi oleh penolong-penolong agama Allah.Baru-baru ini ura-ura kedengaran wujudnya pakatan penggabunan antara PAS dan Umno menguji semangat setiakawan antara PAS dengan PR.Berita ini pantas ditangkis oleh pimpinan tertinggi PAS yang mempunyai pengalaman berumahtangga bersama UMNO.Komen Nik Aziz menarik minat penulis untuk sama-sama dihayati dan dianalisis sebagai mencedok pengalaman dari ahli siasah islam yang mungkin paling berpengalaman di malaysia kini.Kenyataan yang berulang-ulang yang disebut oleh beliau ialah tidak perlu penggabungan antara PAS dengan Umno,namun apa yang perlu kembalinya ahli-ahli Umno menghayati Islam dan bersama-sama kembali kepada fitrah perjuangan insani iaitu bersama-sama PAS dalam berjuang.Selain memegang sabdaan Baginda dengan teguh bahawa umat Islam janganlah dua kali terjebak dalam kesalahan yang sama.Namun katanya pertemuan atau perbincangan individu ahli Pas dengan ahli Umno tidak sekali2 dihalang.Disini dilihat sebagai ahli politik Islam perlu memegang kukuh rukun baiah yang diketengahkan oleh asyahid Imam hasan al-banna salah satunya tajarrud ataupun jatidiri.Maka perlulah dikaitkan disini dengan keputusan yang bakal dibuat samada membenarkan bukan Islam menyertai Pas ataupun tidak yang ideanya banyak digerakkan oleh tokoh muda PAS Dr. Mujahid Rawa.Dirasakan disini perlunya syura secara mendasar bagi menghasilkan keputusan terbaik selaras dengan dasar dan matlamat perjuangan Islam dengan memikirkan kesan jangka panjangnya.Jika keputusan 'ya' dibuat maka proses memberi kefahaman Islam terhadap ahli bukan Islam PAS perlu digiatkan dan kesediaan mereka melalui proses ini perlu menjadi syarat kepada mereka.Jika keputusan 'tidak' dibuat, maka jalan lain untuk memesrakan non-muslim perlu difikirkan.Berkemungkinan meramaikan Muslim bukan melayu didalam PAS seperti Dato Anuar Tan salah seorang exco kerajaan Kelantan.Segala yang terbaik untuk hambaNya telah pun diketahui oleh Allah swt maka munajat kepadanya perlu diperbanyakkan bagi memperolehi uslub yang terbaik.Dalam hal yang lain,kerja-kerja Islamisasi yang dijalankan oleh pihak kerajaan perlu dilihat positif oleh setiap rakyat.Tertarik dengan tulisan Subky Latif yang menulis dalam akhbar Siasah,memberi komentar beliau terhadap kerja-kerja Islam yang telah dilaksanakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Islam Dato' Zahid Hamidi.Antaranya wawasan beliau mahukan remaja mengerjakan umrah dengan skim2 yang telah diwujudkan oleh Tabung Haji.Kadar rakyat Malaysia ynag mengerjakan umrah ingin ditingkatkan dari 9000 setahun kepada 50000 setahun.Ianya satu idea yang bagus.Fikrah Islam yang beliau miliki dilihat agak terkedepan jika hendak dibandingkan dengan lulusan timur tengah yang sebelum ini pernah memegang jawatan tersebut.Mungkin banyak lagi idea2 beliau yang bernas perlu disokong dalam matlamat menanam Islam di dalam setiap sanubari masyarakat Malaysia.Selain itu,dalam keadan demokrasi yang semakin meluas di Malaysia,reformasi terhadap sistem pendidikan Islam di Malaysia bersifat mendesak untuk dirombak kembali.Ternyata sistem pendidikan islam yang disediakan pihak kerajaan kini masih kurang sehingga menampakkan kesanya terhadap muda-mudi sekarang.sistem pendidikan Islam tidak perlu dipisahkan maksudya dengan sistem mediamasa.malah matlamat keduanya perlu diselarikan.Ianya terlalu mendesak untuk diubah.Kesan pengasingan antara matlamat dua sistem ini jelas dilihat apabila pelajar sekolah agama swasta yang mempunyai silibusnya tersendiri turut sama2terlibat dalam kancah gejala sosial bersama2 dengan yang beraliran sekolah kebangsaan.Pertentangan antara keduanya tidak patut wujud jika tujuannya sama.Melainkan jika matlamat benar2 berbeza, mengkehendaki pihak sekolah,ipta&ipts serta masjid2 menyediakan 'ubat' dan media masa menyediakan 'racun'.Kalaulah begitulah matlamatnya maka saban masa parlimen terus membincangkan masalah sosial masyarakat.Kesimpulannya disini perlu ditanam dalam fikiran bahawa politik kini perlu digerakkan dengan kemahuan alam.Alam merindukan sistem pentadbirannya mengikut 'buku manual' asalnya yakni al-Quran.Jika tidak demikian manusia akan letih memikirkan masalah demi masalah hingga ke penghujung usia,dengan matlamat hidup yang tidak jelas.Wallahu'alam.

Habib Ali

Syeikh al-Bouti dan Habib Ali

Wednesday, June 25, 2008

Islam subur di Hong Kong

Islam subur di Hong Kong
Susunan Idris Musa idris@hmetro.com.my

HONG KONG negara paling padat dengan penduduk di dunia dengan kepadatan kira-kira 6,300 orang bagi satu kilometer persegi, sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat pemacu kewangan dunia.
HONG KONG negara paling padat dengan penduduk di dunia dengan kepadatan kira-kira 6,300 orang bagi satu kilometer persegi, sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat pemacu kewangan dunia. Penduduknya yang kira-kira tujuh juta orang menganuti pelbagai agama, namun mereka mengamalkan semangat toleransi, sekali gus memberikan kehidupan yang sejahtera, malah negara semakin berkembang maju.
Di negara itu agama adalah sebahagian daripada ciri kebudayaan. Penduduknya bebas memilih agama kerana jaminan kebebasan beragama sebagai satu hak asasi dilindungi di sisi undang-undang.Justeru, ada penduduknya menganuti Buddha, Tao, Kung fu-Tze, Kristian, Hindu, Sikh, Judai dan tidak ketinggalan Islam walaupun lokasinya jauh dari Timur Tengah.Setiap kumpulan agama berkenaan mempunyai kemudahan ibadat bagi membolehkan pengikutnya mengamalkan ajaran agama masing-masing, malah ada di antara mereka terutama yang berpengaruh turut mengasaskan sekolah dan kemudahan sosial.Di negara itu, agama paling berpengaruh ialah Buddha dan Tao, dengan bilangan pengikut paling besar, malah dikatakan ada kira-kira 600 hingga 700 rumah ibadat bagi kumpulan agama terbabit.Walaupun sudah lama bertapak, Islam masih dianggap agama minoriti dan hari ini dianggarkan 80,000 hingga 90,000 Muslim di negara itu.Generasi pertama penduduk Muslim di negara itu sukar dikesan, tetapi yang ketara masyarakat Islam mula bertapak sejak Hong Kong ditadbir British pada pertengahan kurun ke-19. Tentera British membawa masuk tentera Muslim dari India, malah peniaga beragama Islam turut datang sehingga satu peringkat terbentuk satu masyarakat, membuatkan kerajaan memperuntukkan kawasan bagi pembinaan masjid dan tanah perkuburan.Dari tahun ke tahun, lebih ramai Muslim memasuki Hong Kong dan menetap di sana termasuk dari kalangan masyarakat Muslim dari tanah besar, China.Oleh itu, hari ini majoriti Muslim di Hong Kong adalah dari etnik Cina, manakala selebihnya bangsa dari Pakistan, India, Timur Tengah, negara dari Afrika, Indonesia dan Malaysia yang bekerja di sana.Di celah pembangunan kota dan kemajmukan penduduknya, masyarakat Islam dapat menjalani kehidupan seperti golongan lain, malah melakukan amal ibadat harian di masjid yang dibangunkan.Masyarakat Islam lazimnya tertumpu di kota utama, seperti Kowloon.Pada masa ini terdapat empat masjid utama yang cukup terkenal membabitkan Masjid Shelley Street, iaitu masjid tertua, dipercayai dibina pada 1840-an dan dibina semula pada 1915. Kemudian, Pusat Islam dan Masjid Kowloon di Nathan Road yang dibuka pada 1984, Masjid dan Pusat Islam Oi Kwan Road di Wan Cai, dibuka pada September 1981 yang dapat menampung 700 jemaah dan Makam Muslim Cape Collinson yang juga mempunyai sebuah masjid.Pengurusan masjid dan perkuburan di negara itu diuruskan Badan Pemegang Amanah Dana Masyarakat Islam, yang mentadbir aktiviti keagamaan dan hal ehwal berkaitan masyarakat Islam.Beberapa pertubuhan terbabit dalam jawatankuasa itu seperti Kesatuan Islam Hong Kong, Persekutuan Muslim Pakistan dan India serta Persekutuan Dawoodi Bohra.Di negara itu juga wujud pelbagai pertubuhan Islam yang turut memberi sumbangan kepada masyarakat seperti bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan, bantuan perubatan, bantuan pendidikan, malah kepada kanak-kanak tadika. >INFOMasjid dan Pusat Islam Kowloon
Terletak di selekoh Nathan Road dan Haiphong Road berdekatan Kowloon Park, antara masjid tumpuan utama masyarakat Islam.
Ia dapat memuatkan sehingga 2,000 jemaah dan digunakan dalam pelbagai kegiatan ibadat dan keagamaan.
Dulu, ia dibina untuk kegunaan tentera Muslim dari India oleh tentera British yang berpejabat di Whitfield Barracks, berdekatan Kowloon Park.
Masjid itu rosak pada akhir 1970-an dan sebuah masjid baru dibina pada 1984 menggantikan masjid lama.
Reka bentuk bangunan masjid itu adalah hasil sentuhan arkitek I M Kadri.
Ia mempunyai kubah dan menara setinggi 11 meter, dihiasai batu marmar, tiga dewan solat dan sebuah dewan serba guna, klinik kesihatan dan perpustakaan.
Dewan solat utama di lantai pertama dapat memuatkan sehingga 1,000 jemaah, manakala di tingkat atas dewan solat lebih kecil bagi wanita.

Thursday, June 19, 2008

Ulama muda


Semalam kuliah kitab safinah an-Naja oleh Habib Abdullah Al-masyhur,ulama muda berketurunan Yaman.Penerangannya yang bersahaja tanpa sebuah kitab pun dihadapannya menggambarkan ketinggian ilmu fiqh yang dimilikinya walaupun dalam usia semuda itu.Sedang kuliah berlangsung Baba Aziz,ulama Pattani tiba.Subhanallah,majlis yan diberkati.Lebih kurang sejam lebih kuliah berlangsung ,pada pukil 11 suku kuliah pun tamat.Habib Abdullah menutup kalamnya dengan berpesan supaya sentiasa bersama ulama dan bertanya sebarang masalah dengan ulama kerana ianya penting dalam perjalanan menuju Allah. Hadirin dijamu dengan makan malam sejurus kuliah selesai.Selepas makan,para peserta yang ditaja untuk ke daurah ilmu di Darul Mustafa ,Tarim,mengadakan mesyuarat.Aku hanya tunggu kat luar.Huhu,besnya kalau dapat p.Kulihat penerangan diberi oleh Baba Aziz.Dikhabarkan Darul Mustafa akan dinaiktarafkan menjadi sebuah Jami'ah.Jadi syarat kemasukannya pun ketat.Wajib menghafal sekurang-kurang 15 juzu dan Riydhussalihin.Subhanallah.Alhamdulillah,sempat menyalami dan bergambar dengan Habib Abdullah al-masyur serta minta didoakan peroleh taufiq.Alhamdulillahh.selepas mesyuarat peserta ke Tarim tamat lebih kurang 1230pg.Masing-masing bersalam antara satu sama lain.Sempat juga bersalam ,memeluk serta bersalam dengan Baba Aziz.Ulama yang sudah berusia,tetapi Subhanallah,mulutnya sentiasa berzikir,dan amat mementingkan tarbiyah kepada anak muridnya.Sebelum berpisah Baba Aziz sempat berpesan kepada Ustaz Lah supaya keesokan harinya habib Soleh al-Idrus,ulama Indonesia yang lama berguru dengan Sayyid Muhammad Alawi akan membuka dan mengkhatamkan kitab Mustolah Hadith Sayid Muhammad Alawi di Rumah Ba'Alawi.Huhu,aku dah beli tiket balik Kedah.Macamana ni...

Usul tidak percaya satu-satunya pilihan terbaik - Husam

Lanjusoh
Thu | Jun 19, 08 | 3:47:49 pm MYT

KOTA BHARU, 19 Jun (Hrkh) - Berdasar kepada situasi politik negara yang semakin membahang sekarang kemungkinan besar kerajaan baru dapat dibentuk dalam masa terdekat ini.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, usul tidak percaya merupakan satu-satunya pilihan terbaik yang ada bagi mengelakkan negara daripada terus diterajui pemimpin mementingkan diri sendiri.

"Oleh yang demikian saya mempelawa ahli-ahli parlimen Umno menyertai PAS. Dengan demikian ahli-ahli parlimen Melayu tidak akan berkurang dalam kerajaan baru dengan izin Allah.

"Tindakan ini juga dapat menghapuskan kebimbangan ahli-ahli parlimen Umno sebelum ini yang khuatir terhadap bilangan ahli parlimen Melayu dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Global Media Channel Sdn Bhd di sini.

Presiden Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee semalam mengumumkan parti itu hilang kepercayaan kepada terhadap kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan memberitahu akan menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun.

Berasaskan perkiraan itu kemungkinan besar bilangan ahli parlimen BN akan susut dua kepada 138 kerusi dan Pakatan Rakyat berpeluang bertambah menjadi 84 kerusi.

Husam yang kini berada di Timur Tengah berkata, penyusunan baru kepemimpinan negara adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan sekarang.

"Sikap terbuka ahli-ahli parlimen Umno perlu dengan membuktikan diri mereka sememangnya prihatin kepada kepentingan orang Melayu, rakyat dan negara," katanya.

Menurutnya dalam menghadapi perkembangan terbaru ini PAS perlu bersiap sedia untuk menggantikan tempat Umno supaya kedudukan kepemimpinan Melayu tidak akan terjejas sekiranya usul itu diterima sehingga membawa kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kata beliau juga, PAS mengambil perkiraan terperinci usul hilang kepercayaan sama ada berjaya atau ditolak, parti tersebut perlu menangani arus perubahan seperti dikehendaki rakyat.

Sebab itulah katanya Umno tidak boleh mengharapkan PAS untuk menyelamatkan mereka.

Kata beliau juga, tokoh-tokoh Umno terutamanya Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Abdullah sewajarnya turut bersama Pakatan Rakyat.

Husam juga membidas kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan Teck Lee tamak, namun sebenarnya apa yang berlaku Abdullah berada di kemuncak ketamakan peribadi.

"Selepas prestasi terburuk dalam sejarah BN akibat ditolak rakyat pada pilihan raya umum lalu, Dato' Seri Abdullah enggan menerima kenyataan dan mahu terus berkuasa.

"Sikap Perdana Menteri itu tidak mahu menerima kelemahan kepemimpinannya yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

"Oleh yang demikian usul tidak percaya terhadap kepimpinannya di kalangan ahli-ahli parlimen tidak dapat dielak lagi," katanya.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, sudah menjadi perkara biasa parti yang terlalu lama berkuasa mengalami sindrom kehilangan daya kepemimpinan dan kekosongan itu perlu diisi. - mns_

Tuesday, June 17, 2008

Hikam Syeikh Mahmud al-Kurdi

- Seorang murid adalah orang yang menyembelih nafsunya (dengan pedang mujahadah).
- Syeikh Mahmoud Al Kurdy ra berkata: Syekh adalah orang meningkatkanmu (dekat kepadaNYA) dengan sirnya, membimbing (menuju jalan hak), menyiapkan (untuk menerima rahasiaNYA) dan mebersihkan (dari mencintai selainNYA) hatimu, serta menjernihkannya dari selainNYA.
- Ilmu itu ada dua macam: Ilmu (yang diperoleh dari) tulisan dan ilmu (yang diperoleh dari) dzauq (kesehatan&kebersihan ruh).
-Keutamaan itu untuk orang Alim (berilmu) meskipun sedikit amalnya daripada seorang Abid (ahli ibadah) meskipun banyak amalnya dan panjang umurnya.
- Syeikh Mahmoud Al Kurdy ra berkata: Ilmu itu lebih utama daripada amal.
- Ridha (menyerah) kepada nafsu adalah ciri kebodohan
- Syeikh Mahmoud Al Kurdy ra berkata: Janganlah engkau terpedaya dengan pujian orang kepadamu, karena engkaulah yang lebih tahu kepada dirimu sendiri
- Perjalan (tarbiyah ruhiyah) tanpa petunjuk (murobbi) akan lama dan panjang.
- Syeikh Mahmoud Al Kurdy ra berkata: Upaya membersihkan diri dari kotoran moral (penyakit nafsu) itu dengan menyerahkan diri (tarbiyah) kepada para syekh (murobbi), dan kegembiraan yang diperoleh ruh (ketentraman) karena dapat membersihkan jasad (mampu beramal dampak dari kebersihan ruh).
- Dermawan adalah merupakan kondisi jiwa orang-orang yang maqbul (disukai Allah), sedang pelit/kedekut merupakan perbuatan orang-orang yang dibenci Allah.
-Syeikh Mahmoud Al Kurdy ra berkata: Setia atau memenuhi janji adalah amanah

Friday, June 13, 2008

Protaz...

Diciptakan Allah langit dan bumi ini dalam 7 hari.Dan diciptakan manusia itu dalam beberapa bahagian selama 9 bulan 9 hari sebelum lahir kedunia.Dan di israkan Rasulullah melalui peringkat-peringkat bertemu Allah.Dan diajar kepada suami kepada isteri yang nusyuz peringkat-peringkat solusi masalah tersebut.Dan diajar kepada kita dalam sirah nabawiah peringkat-peringkat dakwah nabi.

Menunjukkan disini bahawa keperluan melalui peringkat-peringkat sebelum mencapai matlamat.
Sabda nabi saw:

العجالة من الشيطان و التاءني من الله
"Tergesa-gesa itu dari syaitan dan bersikap tenang itu dari Allah"

Oleh hal yang demikian,proses untuk bergelar sebagai ustaz perlu melalui tahapan yang 'adil.Tidak cukup dengan terus terjun dalam ulum hadith tanpa terlebih dahulu mempertajamkan ilmu nahwu dan saraf,balaghah.Begitu juga dengan usul fiqh serta qaidah2nya,usul hadith dan sebagainya.Inilah proses sebenar bergelar ustaz.Teruskan hasrat murni mendalami ilmu ad-din dengan memahami matlamatnya.Kurangkan berjidal banyakkan beramal.Botol yang penuh berisi air tidak berbunyi bila digoncang.Jujur dalam bertafaqquh serta tawadhu' dalam menuntut itulah jalan sebenar yang dituntut oleh agama.Wallahu'alam.

Thursday, June 12, 2008

Ikan mendoakan....





Ikan-ikan di lautan mendoakan para penuntut ilmu yang ikhlas.Jadilah penuntut ilmu untuk menuntut keredhaanNya bukan keredhaan manusia.Kerana yang paling takut kepada Allah ialah ulama dan yang paling mulia disisi Allah ialah yang bertakwa (takut Allah).

Matlamat ad-Din yang lebih jauh

Matlamat ilmu ad-Din dituntut untuk apa?Untuk menjawab persoalan agama yang dikemukakan/perdebatkan?Untuk menampilkan imej agamawi dalam diri?untuk....untuk....untuk.Maka bila dihisab dengan teliti,ternyata bahawa matlamat utama ilmu ad-din itu dituntut ialah kerana memenuhi kehendak proses pengislahan diri menuju Allah.Kaedah menyebut

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب
( Sesuatu yang tidak sempurna melainkan dengan sesuatu perkara maka perkara tersebut merupakan wajib)

Maka di sini jelas perlu difikirkan bersama bahawa yang menjadi prioriti (keutamaan) dan matlamat ialah pengislahan diri untuk mendapat redha Allah.Setiap urusan itu berdasarkan maksudnya:

الامور بمقاصدها
(Sesuatu urusan itu berdasarkan maksudnya)

Betapa pentingnya disini memeriksa diri dalam setiap perjalanan menuntut ilmu.Wallahu'alam.
ٍ

Wednesday, June 11, 2008




ما من نفس تبديه الا وله فيك قدر يمضيه

"Tidak ada nafas yang keluar melainkan ianya kehendak Allah yang telah Dia laksanakan"

Tuesday, June 10, 2008

Belilah Al-Azkar....alaaa murah ja



Belilah Al-Azkar An-Nawawi dan letakkanlah pada sisi bantal.Moga-moga jalan begini dapat memudahkan kita membeleknya setiap hari di hujung hari hingga penghujung usia.Sedikit demi sedikit dibaca,dihafal dan diamal lama kelamaan bertambahlah modal lidah untuk digerakkan untuk ingat padaNya.Dari lidah turun ke hati.InsyaAllah.Hadith nabi berbunyi:

اكثروا ذكرالله حتي يقولوا مجنون

"Perbanyakkanlah menyebut Allah sehingga orang-orang berkata (bahawa kamu itu) orang gila"

Dan pesan ibnu Athaillah dalam Hikamnya:

.فرغ قلبك من الاغياريملاءه بالمعارف والاسرار ٌ.

(Kosongkanlah hatimu dari selain Allah nescaya diisi olehNya dengan ma'rifah dan rahsi-rahsiaNya)

Wallahualam.

Membetulkan tasawwur perjalanan hidup




Subhanallah....kita perlu selalu hadir dalam majlis ilmu.
Majlis ilmu penuh keberkatan.
Majlis ilmu membantu diri membetulkan tasawwur perjalanan hidup bilamana tersasar.
Majlis ilmu mengingatkan diri hamba yang begitu sombong terhadap Penciptanya.
Majlis ilmu sentiasa mendatangkan manfaat dalam hidup hambanya yang ikhlas mencari-Nya.
Majlis ilmu menyedarkan banyaknya dosa terhadap Allah.

Hadirkanlah dirimu sentiasa dalam raudhah jannah dunia sebelum kamu diizinkan olehNya melangkah masuk kedalam raudhah jannah yang abadi.
Hadirkanlah dengan keadaan merendah diri dengan niat untuk menadah sesuatu buat manfaat diri,kerana air tidak dapat ditakung pada tanah yang tinggi.
Hadirkanlah dirimu sebagai hamba yang jahil,kerana air tak dapat diisi dalam bekas yang penuh.

Hadirkanlah tawadhu'mu, renunglah hikam Athaillah

ادفن وجودك في ارض الخمول فما نبت مما لم يدفن لم يتم نتاجه
(Benamkan wujudmu di dalam bumi yang dalam,kerana benih yang tidak dibenamkan tidak sempurna hasilnya)

Fahamilah,Telah diceritakan oleh guruku,bahawa ada seorang tua di Mekah sempat berguru dengan beberapa generasi pengajar,walaupun dirinya layak menjadi guru.Tidak puas ia memegang gelaran penuntut.
Fahamilah,bahawa gelaran seorang penuntut menjadi asbab seluruh ikan dilaut dan makhluk mendoakan keampunan buatnya.
Fahamilah hal yang demikian tidak dapat dicapai jika tiada ikhlas ketika menuntut.
Fahamilah jika dirimu merasa dirimu ikhlas bahawa sebenarnya dirimu bukanlah ikhlas.
Fahamilah bahawa ikhlas itu anugerah Allah,bukanlah ia sebenarnya lahir darimu seperti selama ini kamu sangkakan.
Fahamilah akan matlamat hidup yang hakiki dan teruskan perjalanan hidup dengan tasawwur yang selalu digilap.

Semoga perjalananmu indah bersamaNya,
Semoga ilmu yang diperolehi dituruti dengan amal.
Semoga dapat kamu beristiqamah dengan amalmu.
Semoga kamu faham bahawa itulah sebenarnya keberkatan dalam menuntut ilmu.

Monday, June 9, 2008

موعظة dari Syeikh Yusuf Mahyuddin Bakhur



-Letakkan dunia dalam poketmu,dan letakkan Allah dalam hatimu.
-Biarpun seseorang mendakwa membaca beratus kitab tasawuf,bukanlah bermakna dia sufi selagi tidak mengamalkannya.
-"الامور بمقاصدها" Bukanlah lafaz/istilah yang yang dipentingkan tapi maksudnya dan objektifnya yang menjadi keutamaan.
-Allah sediakan dunia untuk kita,bukan kita untuk untuk dunia.
-Sibukkan fikiranmu untuk mengingati Allah nescaya fikiranmu tenang.
-Matlamat beribadah ialah Allah,bukan syurga,kerana syurga disediakan sebagah rahmat dari Allah.
-Syeikh Abdul Qadir Isa pentingkan menghasilkan "buku bergerak" (yakni mementingkan mentarbiyah murid).Hanya menulis satu buku sahaja.
-Dasar tasawuf ialah Hubb (kasih sayang).
-Tasawuf berjalan bersama syariat
-Solat tanpa hadir hati samalah seperti senaman.
-Adab para sahabat r.a menuntut ilmu perlu dicontohi berdasarkan hadith Jibril.
-Ad-Din itu mesti diambil kaffah (Iman,Islam,Ihsan).
-Allah lebih dahulu kasih hambanya sebelum hambanya mengasihi Allah dan kasih Allah melebihi kasih ibu bapa terhadap anak
-Manusia selalu sombong dengan Allah,selfish dan selalu lupa Allah.
-Kami ahli tasawuf menjatuhkan talak tiga kepada dunia.







Tausiyah


Teringat almarhum Syeikh Niamat Yusof,pengasas Ma'had Tarbiyah Islamiyah mengakhiri kalam hidupnya, yang jelas didengari orang yang berada bersamanya ketika itu,kalimat:
رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمدنبياورسولا
Subhanallah..Indahnya rohnya pergi bertemu Allah.Mungkin,salah satu sebab yang menyebabkan kalimat tersebut dapat diucapkan ketika itu adalah kerana beliau melazimkan semasa hidupnya menyebut kalimah tersebut.Hanya bermodalkan lidah yang tak bertulang tapi susah untuk kita istiqamah.Astaghfirullah...

Wednesday, June 4, 2008

Antara minyak naik dan naik minyak


WangsaMaju:Semalam kuar dari kedai buku terus terkejut tengok kereta berbaris dengan teratur di sebuah kedai minyak.What happen!.Bila tanya brader kat kedai minyak tu,pasai pa ni.Baru terjawab,"Minyak nak naik esok".Sudah!Sekali lagi terkejut.Pak Lah kata kemungkinan bulan 8 ni naik.Tup tup,esok.Dahsyat juga kata-kata pemimpin Islam sekarang ya.On da way balik dari Wangsa maju ke UIA,dapat tengok suma stesen minyak diserbu pengguna.Rakyat mesti naik minyak ni.Mau tak bengang,minta naik gaji minimim tak bagi.Kola pun tak bagi.dahla tak bagi tambah lagi beban.Macam orang mai minta sedekah kat kita la.Tak mau bagi tolak dengan baik.Ni tak,tolak dahla kasar,pastu boh penyepak pulak tu kat kawan tu.MasyaAllah.Kesimpulannya kat sini,teringat kisah Rasulullah tak bagi Abu Zar pegang jawatan Gabenor.Sebab nabi tau kemampuan beliau.Berat tanggungjawab pemimpin.Ingatlah,kalu pikiaq diri tak mampu jangan cuba2 nak amik jawatan Perdana Menteri.Sok hisab berat.Pasal ISA nak kena jawab,pasai gejala sosial rakyat nak jawab,pasal rasuah lagi,ni harga minyak lagi (sepa buat rakyat naik minyak).Subhanallah!

بع الدار واشتر الاذكار


بع الدار واشتر الاذكار "Juallah rumah dan belilah al-Azkar".Demikanlah penghargan ulama terhadap al-Azkar an-Nawawi serta penghayatan mereka terhadap kepentingan memiliki kitab himpunan doa ini yang amat bermanfaat buat hidup seorang muslim.Alangkah indahnya lidah diberi kekuatan oleh Allah untuk sentiasa basah berzikir mengingati Allah.Maka perlulah bagi setiap rumah mempunyai kitab ini dan berusaha menghafal dan mengamalkan isi kandungannya sedikit demi sedikit sehingga di waktu penghujung usia nanti diri sentiasa dan lancar menyebut zikir-zikir yang ma'thur dari Rasulullah.Buku ini merupakan bekalan perjalanan menuju Allah.Ianya sudah diterjemahkan dan boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai buku.InsyaAllah benar-benar banyak manfaat!.

Monday, June 2, 2008

Harga Barang

Harga minyak bakal naik.Bermakna harga barang secara umumnya akan naik.Kos hidup dan perbelanjaan sesebuah keluarga akan meningkat.Permintaan minimum gaji RM900 dan kola RM300 oleh MTUC pun kena tolak.Cuepacs mintak lanjut umur bekerja diluluskan sampai umur 58.Hidup masyarakat Malaysia bakal dilihat masyarakat materialistik di masa depan jika hal ini berlarutan.Cukupkah gaji RM700 sebulan hidup di KL,anak 5 orang?Mahu tak mahu ibu bapa kena berniaga,pastu anak siapa peduli?.Nak dihantar belajar fardhu ain,ustaz2 pulak charge mahal.BApak menteri x terasa suma ni kerana mereka suma free of charge.Tol x payah bayar.Makan di suap....Ya Allah,di mana letaknya kemuliaan manusia........Allah sebut Walaqadkarramna bani aadam...

Sepa buang baby tu! La...ish.


Hari ni terbaca berita pasal pelajar perempuan sekolah agama kat Terengganu beranak bawah tangga kemudian letak baby tu dalam baldi merah.Pastu letak bawah ampaian.Sebelum ni,terbaca pasai nelayan jumpa mayat baby dalam sungai.Pendek cerita banyak la orang buang baby.....La...Ish...Sepa buang baby tu...sian.Salah siapa?...Syeikh Abu Hasan tertarik dengan syair Iqbal...."Sistem pendidikan hari ini tidak mampu membuatkan tertitisnya airmata kerana Allah".Mungkin yang bertanya,tu budak sekolah agama swasta.Di sini perlu di jelaskan skop sistem pendidikan tu luas.Sistem pendidikan dirumah,sekolah,media dan masjid.

Tausiyah

Aku gembira membaca berita-berita berkenaan dengan kebangkitan Islam di serata pelusuk dunia.Telahku kumpulkan berita-berita mengenai kemenangan Islam.Semua insan memerlukan hidayah untuk meneruskan perjalanan ke akhirat.Ayuh!Hilangkan kekusutan hati selepas terjun ke dalam masalah khilafiah.Teruskan amal yang engkau yakini.نتعاونوا فيمااتفقنا فيه ويعذربعضنا بعض فيما اختلفناعليه. Begitulah bunyinya kaedah yang perlu dipegang bila mana masih ramai yang memerlukan petunjuk Islam.Yang dahulu didahulukan yang kemudian dikemudiankan.Yang ahli,berbincangbersama,yang bukan ahli terima apa yang diyakini dan terus beramal.Yang ku maksudkan ahli,ialah yang betul-betul alim.Jangan berasa diri alim jika hakikat diri benar-benar bukan alim.Hanya merujuk terjemahan kitab tanpa melalui maratib ilmu yang sempurna,ingin membuka pertengkaran masalah perbezaan pendapat.Ini kesalahannya.Hadirkan ketenangan hati sentiasa.Jangan diri menjadi salah satu asbab terbantutnya proses kebangkitan Islam.

The European Muslim Union: Beyond Borders

EMU Chairman Abu Bakr Rieger and Honorary President Professor Nevzat Yalcintas (centre).Over the past decade, with the theory of a "Clash of Civilizations," Europe has deemed itself in opposition to Islam. There are currently 53 million Muslims living in Europe, and 14 million of them live in EU countries. Last year four thousand people became Muslim in Germany alone. The European Muslim Union, or EMU, is an umbrella organization for Muslim groups working for the benefit of these Muslims all over Europe.
Its aims include correcting Muslims' "terrorist" image by integrating and promoting a dialogue that benefits both Muslims and non- Muslims. The EMU operates under European law. It has set itself tasks that will serve the Muslims such as in the establishment of Mosques and markets, and providing halal slaughter-houses It is dedicated to the improvement of education for all Muslims, be it traditional Islamic education and thought, or university scholarships to ensure a bright future for the Muslims, steering them away and freeing them from any tendencies or behavior that may be negative.
The EMU's educational program includes trips to Istanbul and other places. In the course of this year the EMU will hold a gathering in Sarajevo, the capital of Islam in Europe, to help the Muslim youth there to understand their role in Europe today.
It aims to bridge differences of cultural and ethnic affiliation by bringing the youth together from all over Europe. The EMU has launched a youth exchange program in the summer of 2007 in Istanbul, with the participation of young Turkish, Albanian and Spanish Muslims.
The EMU aims to provide aid for those Muslims who may be in material, medical or other social difficulties. It has set up a Muslim lawyers' guild which helps Muslims in Europe who are experiencing difficulties relating to national or international law.
In a time where media dominates and technology is the means of this domination, the EMU has sided with media houses such as ;Islamische Zeitung in Germany. That newspaper voices many of the EMU’s concerns, and has played an important role for those people who are curious as to the relevance of Islam in this age. It helps to shed light on the social, economic and political situation of the Muslims in Europe and throughout the world.
The Russian Federation is also an important place for the Muslim world. Over twenty million Muslims now live within the Russian Federation. The Islamic Cultural Centre of Russia (ICCR) and the EMU now stand shoulder-to-shoulder in defining Islam in Russia and are concerned with coming to a better understanding and with assessing the various aspects and possibilities of Islam there.
The new Mosque of Granada in Spain, which is one of the founding institutions of the EMU, is just one of the places where the EMU has been instrumental. Its social contribution to Granada has been noted by the national authorities.
The people of Granada are now under the shade of the Muslims. It is an exceptional place where indigenous Muslims have created a niche in society and an ambience of Islamic revival with their communal activities, events and souks which contribute to the city's economy and tourism. Every day many tourists, individuals and groups, visit this mosque and obtain an insight into Islam and Muslim life.
The EMU is now working to establish that the Muslims do have an important role to play in modern life. The vitality of Islam is reemerging from the depths of Europe, and it is for this reason that the EMU has made it its task to create a vibrant and flourishing future for all European Muslims.
* This article was first published onGlobalia Magazine. It is republished here with kind permission
Mohammed Dockratis a writer of Globalia Magazine, the magazine is dedicated towards the English speaking Muslim and Non-Muslims elites, alike – specially the Muslims in Europe, North America, the Gulf and South-East Asia. sumber: Islamonline.net

"Balanced" UK Muslim Women




The majority of British Muslim women live a contemporary lifestyle while sticking to Islamic values and tents. (Photo through Google)CAIRO — The majority of British Muslim women live a contemporary lifestyle, want to marry their soul mate and tap into consumer trends while sticking to Islamic values and tenets, the Guardian reported on Sunday, June 1, citing a new poll.
"We're British and we love it here," said Talat Ahmed, a mother of three.
"I become so English when the Rugby World Cup is on," added Ahmed, who works in human resources for a charity.
The poll, by the Muslim women's magazine Sisters and Ummah Foods, a halal food business, found that 58 percent of Muslim women don't consider the racial background when making a marriage decision.
Two-thirds of respondents said it is important for their future husbands to be knowledgeable about Islam.
"But Asian culture confuses things too much and sometimes people get too involved with caste and background, which just isn't right and isn't anything to do with religion at all," said Farah Mulla, 27, who lives in west London and works in marketing.
The poll also showed that 37 percent of Muslim women see success as being a good Muslim while 32 see it as a combination of work and family life.
Fifty-two percent of respondents said they want to run their own businesses.
Seventy percent said issues affecting the Muslim minority in Britain, estimated at more than two million, are a priority for them while 21 percent said the Middle East is the most important.
Proud Muslims
Some Muslim women complain that society is growing intolerant towards Muslims.
"It's complex because living in the West we feel alienation," said Ahmed.
"The media and the government categorize Muslims."
A recent British study accused the media and film industry of perpetuating Islamophobia and prejudice by demonizing Muslims and Arabs as violent, dangerous and threatening people.
"We choose to be Muslim and we want to be respected and we want people to understand," she said.
"A lot of things get misconstrued because Islam is a private thing. I totally respect people of all religions. Sure we are British. We choose to live here."
The survey also showed that half of British Muslims see hijab as about dressing modestly.
"I'm proud of my religion, and being British as well as Muslim is important for my identity," said Mulla.
"I don't hide my religion though - I'll do things like pray at work, even if there are people around - that makes no different to me," she added.
"The Qur'an gives me guidance and praying puts me at peace. It gives me a sense of belonging.
"My faith is so important to me and I wouldn't want any misunderstandings or conflicts arising from that." sumber:Islamonline.net