Tuesday, May 13, 2008

Kadang-kadang bimbang gak....




Selepas PRU12 ternyata corak politik Malaysia telah berubah.Parti yang dikuasai sepenuhnya oleh orang Islam hanya dua parti sahaja,PAS dan Umno.PKR sebuah parti campuran semua jenis agama dan bangsa.DAP didominasi cina bukan beragama Islam.Baru-baru ni pulak dengar kata Gerakan nak bersama Pakatan Rakyat.Gerakan sebuah parti juga dominasi cina.Baru-baru ni pulak dalam Utusan sebut 11,000 ahli parti Bersatu India Malaysia cawangan Pulau Pinang dah masuk PKR.Parti tu baru tubuh ja Nov tahun lepas tapi sokong BN.Sudah tentu parti tersebut sebuah parti bukan Islam.Jika benar PR didominasi oleh bukan Islam,atau sama banyak diantara Islam dan non-Muslim,maka pada PRU-13 semestinya masing-masing parti komponen PR akan memohon diletakkan calon-calon mereka.Maka semakin bertambahlah wakil-wakil dari kalangan non-Muslim.Ia menuntut kita memikirkan secara mendalam yakni corak dakwah (uslub) yang bakal diketengahkan oleh PAS bagi meletakkan Islam di atas segala yang lain.Sudahlah ekonomi Malaysia dipegang oleh cina (non-Muslim).Lihat saja rumah kedai di sekitar rumah kita,pasti kita dapati kaum non-muslim yang dominasi.Satu ketika dahulu masyarakat melayu mendominasi aktiviti pertanian.Ya,sekarang pun orang melayu yang buat pertanian,tapi syarikat terbesar yang pegang padi di Malaysia,hanya dua syarikat dari kalangan muslim.Pasca PRU12 menuntut kita banyak memikirkan dan bekerja ke arah menggunakan sepenuhnya ruang dakwah yang ada.Memang, selepas banyak kerusi yang PR menang,ruang terbuka semakin luas untuk berdakwah.Corak dakwah pula perlu lebih meluas bagi menambat hati umat Islam yang lalai serta non muslim untuk kita menjadikan Islam sebagai cara hidup dan pegangan masyarakat Malaysia khususnya.Sebenarnya,parti Islam bergerak bersama tuntutan alam dan selari dengan fitrah hidup insani.Wallahua'lam.


1 comment:

ruhul jadid said...

sudah tiba masanya utk ummat islam bersatu.bukankah ini suma 1 peringatan buat mereka yang merenung...hatiku kian gentar melihat senario ini..apa akan terjadi pd 10 tahun akan datang?jika islam dan ummatnya kian tidak terbela..