Monday, November 22, 2010

Bermula pencarian nasab...



Alhamdulillah...mungkin berkat kekerapan menziarahi maqam Syeikh Abdullah Fahim sepanjang menduduki peperiksaan STAM di Daeratul Maarafi Wataniah.Sabtu bersamaan 20 hb November 2010,al-faqir mengikut abah ke kenduri walimah di Permatang Tinggi,Kepala Batas.Usai menjamah nasi kenduri,abah bersembang dengan saudara yang abah panggil Abg Mud.Tidak disangka sedikit sebanyak maklumat yang al-faqir perolehi yang dirasakan berharga.Baru saja minggu lepas al-faqir membelek kitab Adab-Adab Salikin terjemahan Syeikhna Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki karangan Syeikh Mahmud Muhammad as-Subki,seorang ulama terkemuka al-Azhar suatu ketika dahulu.Pada nota kaki,Syeikhna menaqalkan suatu anjuran ulama yang menuntut kita mencari salasilah nasab keturunan pada jasad diri dan juga nasab bagi roh.Selama ini al-faqir kerap bertanya abah perihal keturunan.Tetapi,Sabtu lalu terjawab suatu persoalan yang terbuku dalam diri,adakah ada pertalian darah antara keluarga di sebelah abah dengan ulama tersohor Pulau Pinang,Syeikh Abdullah bin Ibrahim bin Tahir bin Kamaluddin atau lebih dikenali sebagai Syeikh Abdullah Fahim.Ternyata ada pertalian antara susur galur nasab abah dengan Syeikh Abdullah Fahim melalui emak abah al-faqir iaitu Hajjah Ramlah binti Haji Ahmad binti Mat Saman.Ibunya ialah Hajjah Aminah binti Ibrahim binti Hussein.Hajjah Aminah mempunyai dua saudara iaitu Haji Ahmad dan Fatimah.Hussein merupakan sepupu kepada datuk Syeikh Abdullah Fahim iaitu Tahir.Panggilan keluarga abah kepada Syeikh Abdullah Fahim ialah Tok Ngah Lah.Beliau sering berkunjung ke rumah nenek serta nenek saudara abah,iaitu Haji Ahmad dan Fatimah.Perihal nenek abah,Hajjah Aminah binti Ibrahim ini,cerita abah, beliau merupakan seorang yang kuat berzikir.Mempunyai ruang solat yang khusus buatnya di rumah.Sering meriba abah diwaktu kecil sambil memegang tasbih meratib.Abah bercerita,Hajjah Aminah ini ketika menunaikan haji di Mekah,cucunya,Fatimah,iaitu anak kepada Ramlah (kakak abah) telah meninggal dunia.Beliau dapat tahu yang cucunya meninggal melalui khabaran mimpi ketika berada di Mekah.Abangnya,Haji Ahmad merupakan guru al-Quran dan juga seorang yang mempunyai kebolehan merawat (bomoh) yang terkenal di Permatang Tinggi serta seluruh Kepala Batas.Apa yang menjadi persoalan pada al-faqir ialah mencari nasab penuh Syeikh Abdullah Fahim.Setakat diketahui, ialah Abdullah bin Ibrahim bin Tahir bin Kamaluddin.Bermakna Tahir merupakan sepupu kepada Hussein.Bermakna Kamaluddin dan ayah (atau emak) Hussein merupakan adik beradik.Setakat ini mungkin sedikit sebanyak maklumat dari kajian Tuan Guru Wan Shaghir dapat membantu al-faqir.Apa yang jelas,mereka berasal dari ulama-ulama Pattani yang berhijrah ke Seberang Perai dan membuka perkampungan .Terasa gembira mendengar cerita Pak Cik Mud tentang pengalamannya bersama Tok Ngah Lah.Beberapa karamah Tok Ngah Lah sempat dicerita melalui pengalaman beliau sendiri.Cerita abah,dahulu masa abah kecil,setiap malam Jumaat diadakan bacaan Burdah al-Busiri di Masjid Jamiul Badawi Kepala Batas.Abah sempat solat bersebelahan Syeikh Abdullah Fahim.Diharapkan al-faqir dapat menjejaki setinggi mungkin susur galur nasab keluarga.InsyaAllah.Doakan.al-Fatihah hadiah buat Al-Allamah As-Syeikh Abdullah Fahim.

Thursday, November 11, 2010

Ijazah 'Ammah..

Ijazah 'Ammah dari para masyaikh yang al-faqir sempat ambil :

1. Murobbi Syeikh Yusuf Mahyuddin al-Bakhour al-Hasani
2. Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baith al-Kattani
3. Syeikh Jamal Farouq ad-Daqqaq al-Hasani
4. Syeikh Muhammad Ismail Ibrahim Abul Huda al-Ya'qoubi
5. Syeikh Usamah Said al-Azhari
6. al-Habib Kazim Musa as-Saqqaf
7. Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki
8. Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Nadwi al-Maliki
9. Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati
10. Syeikh Syukri Unos al-Banjari
11. Syeikh Abdul Hamid Abdul Rahman al-Jarumi
12. Syeikh Ahmad (Pak Teh Mat Kuala Nerang)

*Doakan moga peroleh ilmu manfaat

Wednesday, September 29, 2010

3 Hikam buat bekalan....

Hikam merupakan himpunan kata-kata hikmah.Semestinya pemilik kata-kata hikmah yang bersih hati mereka menjadi panduan buat yang ingin mengambil pedoman.Hikam Ibn Athoillah as-Sakandari,Hikam Abi Madyan al-Ghauts dan Hikam Arsalan seolah mempunyai tautan yang begitu erat untuk menerangkan pada salik cara-cara jalan menuju Allah.Sememangnya sukar untuk memahaminya bagi kita yang diperingkat awam ini.Sekadar mendengar pengajian yg disampaikan syeikh dan kembali menyemak dan membaca serta menghayati,moga-moga mendapat pandangan daripada-Nya melalui al-fatihah hadiah buat Rasulullah dan penulis kitab.
Ulama Nusantara seolah berpakat membahagi-bahagikan tugas untuk kitab itu turut sama difahami oleh orang 'ajam seperti kita.Syeikh Abdul Malik Pulau Manis (Tokku Pilau Manis) dari Terengganu menterjemahkan Hikam Ibn Athaillah,Syeikh Daud Al-Fathani menterjemah serta mensyarahkan Hikam Abu Madyan al-Ghauts dengan syarahnya bertajuk Kanz al-Minan.Manakala Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari menterjemahkan syarah Hikam Arsalan yang ditulis oleh Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari.
Tentunya hikam tersebut merupakan pedoman penting buat salik yang ingin berusaha mencicip rasa manis dari kata-kata empunya kitab yang merupakan kekasi-kekasih Allah.
Sekadar khulasah ringkas yang difahami dari ketiga-tiga hikam tersebut mengajak insan itu keluar dari diri hingga menyaksikan bahawa yang wujud hanyalah Allah.Berusaha untuk mengenal Allah dengan tidak menuntut diri itu dikenal.Berusaha untuk sentiasa berzikir walaupun diri itu berzikir dalam keadaan lalai dengan mengharapkan zikir yang lalai akan diangkat oleh Mazkur menjadi zikir yang hudhur hingga peringkat seterusnya zikir dilepaskan dan yang tinggal hanyalah Mazkur yakni Allah.Nafsu itu tidak bisa dihapuskan melainkan dengan sentiasa merintih memohon bantuan dari-Nya.Disyarahkan oleh Syeikhna,Syeikh Muhammad Fuad kamaluddin al-Maliki akan perihal tidak ingin dikenali itu melalui kisah Uwais alQarni yang dianggap gila oleh penduduk negerinya kerna sentisa menjauhkan diri dari orang ramai.Hanya dikenali setelah diperkenal oleh Sayyidina Umar al-Khatab setelah menyampaikan salam Rasulullah buat Uwais al-Qarni.Kalaulah dizaman itu Uwais al-Qarni menjauhkan diri dari orang ramai,kalaulah Sufyan ath-Thauri mengatakan tidak salah beruzlah menjauhkan diri dari orang ramai pada zamannya,kalaulah al-Imam al-Ghazali dalam kitab Minhajul 'Abidin bilamana menaqalkan kata-kata Sufiyan ath-Thauri menyatakan ianya merupakan fardhu pada zamannya,maka apatah lagi pada zaman ini.Wallahu'alam.Didalam kitab-kitab hikam ini juga menekankan betapa perlunya kepada ilmu untuk berjalan menuju-Nya.Pendek kata,berlegar-legar perbincangan didalam hikam ini disekitar ilmu,amal,fikir dan zikir dan lainnya.Wallahu'alam.
"Tidak kami memahami hakikat yang sebenar yang ingin disampaikan oleh empunya Hikam ini ya Allah."
"Hanya berharap di fahamkan oleh-Mu ya Allah"
"Dengan berkat al-Fatihah hadiah buat pemilik Hikam ini serta yang berkhidmat untuk umat memahaminya"
"Maka terimalah"
"Dengan rahmat-Mu,Ya arhamarrahimin"
Ameen.
*Doakan al-faqir

Tuesday, August 10, 2010

Syurga Dar al-Maliki




Terasa indah sekali setiap kali berada di syurga dunia Dar al-Maliki.Alunan Qasidah yg mengasyikkan serta diselangi dengan huraian ilmu guru dikasihi Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki.Rasanya sukar untuk mencari tempat-tempat pengajian sedemikian.Keberkahannya dirasa.Sentuhannya......Allah Allah.Dikelilingi kitab-kitab rujukan.


Huraian ilmu yg mencakupi pelbagai bidang ilmu.Dari suatu huraian,akan menerbitkan cabang-cabang huraian yg didalamnya disebut nama-nama dan kisah ulama' muktabar.Dari satu kitab ke satu kitab disebut rujukannya.Akhirnya kisah yang asal tadi kembali untuk dihuraikan dan berganjak pada bait-bait yang seterusnya dalam sesuatu kitab yg dijadikan teks pengajian.


Agak lama kuliah,diselangi dengan alunan qasidah antaranya, "Allah Allah Allah Allah maa la na mawla siwallah....","Ya Ajmala al-anbiya ya akmal al-asfiya...."..Man mithlu Ahmada fi......" dan lain-lain dengan alunan suara merdu beserta paluan kompang.Dalam sejuk aircond yang segar sambil membelek-belek kehalusan makna qasidah yang tak lain tak bukan menunaikan hak pada nama baginda SAW ,Muhammad ( atas wazan mufa'alun yakni isim maf'ul) bermaksud yang dipuji.Menyambung turath sahabi Hasan Thabit,Abdullah Rawahah dan para sahabat yang tidak jemu memuji baginda SAW.


Curahan berkat dibumi yg dikelilingi bumi yang saban hari dinodai pelbagai titik-titik hitam dunia dihati manusia...Kekontangan pemilik hati terus menadah curahan berkah di Dar al-Maliki. Setiap kuliah-kuliah dimaklumkan dengan baik menjemput insan-insan yg merindui Baginda SAW.


"Allah Allah aghitsna ya Rasulallah......."......."Wulidal huda al-kaainat..." terus bergema pujian.Hati terus merintih mengharap syafaat baginda SAW.Hati yg gersang ini terus merintih merindui senyuman halus indah Baginda SAW.Moga dapat melihat walau seketika di dalam mimpi dunia ini,kerna diharapkan sesaat memandang baginda di alam mimpi lena dunia ini akan memacu kerinduan dan kecintaan untuk terus menggapai redha-Nya yang menjadi maksud kehidupan.


Dar al-Maliki merupakan tempat curahan keberkatan....Kerna pengisiannya,kerna ikhlas guru dan penuntutnya.Tiada pernah jemu untuk hadir biarpun mendapat informasi secara mengejut bahawa kuliah akan diadakan.Tiada apa yg diharapkan oleh penuntut-penuntut yg hadir.Tiada bayaran.Tetapi kecintaan Baginda SAW menjadi harapan.Disana terdapat keterikatan yang erat antar Dar al-Maliki dengan Dar al-Hasani.Syukur,Alhamdulillah.

Mendidik cinta Rasulullah......menggapai cinta Allah.

Dar al-Maliki dan Dar al-Hasani...syurga...maka singgahlah. =)
"Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu rasulAllah"

*Doakan al-faqir

Ramadhan Kareem.

Monday, June 21, 2010

Sunday, May 23, 2010

Indahnya bercinta.....

Al-Imdad (anugerah) -Nya adalah atas kadar persediaan hamba.Persediaan dalam mengeluarkan daki dunia yg bersarang dalam hati,yang tinggal hanyalah DIA.Siapa Dia?DIA adalah Allah.Usaha ini bukanlah mudah melainkan mendapat taufiq dan hidayah dari-Nya.Ya Allah...Anugerahkanlah.....

Apa pun kehidupan sebagai seorang muslim seharusnya menuju ke arah itu.Meletakkan hanya Allah didalam hati ini.Cinta itu adalah sebelum hamba diciptakan.Cinta adalah wasilah hubungan yang hakiki.Penyuburan rasa cinta ini melalui zikrullah.Firman-Nya :

"Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku (Muhammad),nescaya ALLAH mencintai kamu"
Pendahuluan cinta-Nya sebelum hamba mengungkapkan.Jika di dunia,setiap pemberian kekasih kepada kekasih semuanya dilihat baik.Itu disebut adab bercinta.Maka adab bercinta adalah melihat kebaikan dari setiap yang dikurniakan pada hamba-Nya.Maka musibah disambut dengan ukiran senyuman dengan "usikan manja" Kekasih kepada kekasih.Maka disitu terhasilnya rintihan,bisikan dan rayuan manja pada Kekasih.Penyuburan rasa cinta terus berlaku.Bilamana ni'mat datang,maka disambut dengan kalam syukur.Merasa tiada mampu diri untuk bersyukur kerna lidah ini pun milik-Nya,serta rasa untuk mensyukuri itu pun pemberian-Nya.Maka sekali lagi,rintihan,rayuan dan bisikan terus berlaku guna buat menyuburkan lagi rasa cinta pada-Nya.
Ya Allah,kami tidak sedikitpun faham hakikat bercinta dengan-Mu, anugerahkanlah.....anugerahkanlah....anugerahkanlah...
ameen....birahmatika ya arhamarraahimiin...
*Tolong doakn buat al-faqir..jazakallah.

Saturday, May 22, 2010

Busyralana....




KEGEMBIRAAN BAGI KAMI KERANA TERCAPAI CITA-CITA,
TELAH HILANG SUSAH DAN TELAH DATANG KESENANGAN,
MASA TELAH MENUNAIKAN JANJINYA,
KEGEMBIRAAN TELAH MENJADI NYATA,

Telah tiba kejernihan dan hilangnya kekeruhan,
Hari ini ialah hari kelahiran Baginda,
Yang tinggi darjat kemuliaannya,
Allah telah mengurniakan segala cita-citanya.

Wahai burung berbicaralah sambil menyanyi,
Dan hiburkanlah pendengaran kami,
Katakanlah yang Baginda itu,
Dengan kehadirannya maka berbahagialah hidup kami.

Wahai jiwa bergembiralah dengan pertemuan,
Wahai mata tataplah rindu yang tersimpan,
Inilah dia keindahan Nabi,
cahayanya menyinari kita semua.

Begitu bertuah nasib kami,
Tidak ada tolok bandingannya,
Kami nikmati cahaya Baginda,
Di kala pagi dan petang.

Wahai Makkah apa yang hendak aku katakan,
Sedangkan padamu lahirnya seorang Rasul,
Kami berharap akan sampai kepada,
Nabi Muhammad kekasih kami.

Wahai Madinah apa yang hendak aku katakan,
Sedangkan di kotamu baginda menetap,
Kami mengharapkan penerimaan Ilahi,
Untuk memperolehi syafaat nabi.

Wahai maqam Nabi yang mulia,
Dua sahabatnya dan ahli Baqi',
Wahai Allah permudahkanlah bagi kami sekalian,
Untuk menziarahi Nabi kami.

Selawat dan salam wahai Tuahan yang Maha Mengurniakan kesejahteraan,
ke atas Baginda penghapus kegelapan,
dan keluarga Baginda serta sahabat yang mulia,
Selagi qasidah ini terus dibaca.

Bisikan Cinta....




Cinta itu adalah sebelum makhluk diciptakan,
Telah mendahului cinta-Nya sebelum hamba mengungkapkan,
Apalah sangat cinta si kerdil ini berbanding cinta-Nya yang berpanjangan,
Di manakah cinta hamba tanpa Dia yang beri kemampuan,



Hubungan ibadah hamba dengan Khaliq jika didirikan atas dasar cinta akan membuatkan semuanya rasa mudah.Cinta ini,biar pun menyebabkan diri derita menahan rindu,kerehatan sentiasa dapat dirasa.Itulah cinta hakiki biarpun ini dinuqilkan oleh al-faqir yg belum pun mencicip rasa cinta ini walau sedikit.Ya Allah,anugerahkanlah.......


Kerinduan pada Khaliq menyebabkan hamba sering berbisik keseorangan.Bisikan itu disambut dengan pengetahuan-Nya yang Maha Halus.Mendengar bisikan,rayuan cinta hamba pendosa.


"Ya Allah,dimanakah diriku pada pandangan-Mu?"
"Hamba-Mu ini sedikitpun tak punya pengetahuan tentang penerimaan atau penolakan setiap dari amalan dan taubat diri ini",
"Cumanya,sangkaan baik ini amat percayakan cinta-Mu yang hakiki"


Bisikan terlalu indah menjadi rahsia pencinta hina bersama Kekasih.Maka ayuhlah diri menggandakan bisikan cinta dan ianya ditutup serapat-rapat daripada diketahui oleh yang lain selain diri yang berbisik dan Yang Memberi Kemampuan diri untuk berbisik.


*mohon doa kalian

Tuesday, May 4, 2010

Manhaj kehidupan...


Kehidupan perlu diisi dengan sebaik2nya.Pengisian itu adalah mengikut maksud yang hendak dicapai.Mengenal-Nya.Adalah maksud yg ditetapkan.Maka wasail utuk menuju hal itu perlu dirancang tanpa ta'luq pada apa yg dirancang itu.Antara manhaj kehidupan adalah :

1) Memahami kerangka ilmu,faham,fikir ASWJ.
2) Megeluarkan dan memahami kaedah dalam membentuk pemikiran yg jami' dan mani'.
3) Menjiwai kehidupan sufi
4) Menguasai bahasa arab
5) Mendampingi para ulama/org soleh

Wednesday, April 14, 2010

Katakanlah.......


Al-Quran bila dibaca dan terus di baca mengesankan diri satu perkara.Bahawa Dia memperkenalkan diri-Nya.Tujuan-Nya untuk hamba mengenal-Nya.Seluruh makhluk merupakan hambanya,tetapi yang dipilih adalah manusia.Jadi persekitaran yang terbentang luas ini adalah untuk manusia.Bahkan jika diperhalusi lagi,bahawa persekitaran yang dicipta ini adalah buat mukmin sejati yang ingin berjalan menuju-Nya.


Kenapa tidaknya?Kerana setiap yang mahu berjalan menuju-Nya akan mengambil pengajaran dari sekelilingnya.Hubungan sesama manusia dijadikan modal untuk menggapai cinta Pencipta manusia.Mukmin sejati ini sajalah yang hanya mengambil pengajaran alam meskipun jutaan makhluk bergelar manusia di muka bumi ini.Mengerahkan diri untuk bermujahadah mencapai maksud kehidupan.Setiap perkara ada maksud.Perkara yang tak mempunyai maksud adalah tidak berguna.Jadi,maksud kehidupan ini tiada yang lain,hanyalah untuk mengenal-Nya.Makanya,barangsiapa yang tak menuju ke arah itu adalah mereka yang tak mempunyai maksud dalam kehidupan.Kerna itulah,sebenarnya dunia ini semuanya untuk mukmin sejati.


Perkenalan dengan-Nya di dalam al-Quran sering di ulang-ulang ialah hakikat laailahaillallah.dari surah al-Fatihah,hingga dikunci kemas dengan surak al-ikhlas.Seolah-olah,kesimpulan setelah 30 juzu' dibaca,kita diperintahkan untuk mengisytiharkan dengan penuh keyakinan dengan firman-Nya,"Katakanlah,Dialah Allah yang Esa.yang tidak bergantung terhadap sesuatu,tiada anak dan tidak diperanakkan,tiada sekutu baginya dengan yang lain".Mengajarkan kita akan kalimah tauhid ini bila bertapak dalam kehidupan,maka kehidupan dunia ini dikunci kemas ketika pengakhiran hidup dunia dengan kalimah "laailahaillah".


Al-faqir terkesan dengan ayat2 dalam surah al-Imran yang menampilkan kisah Nabi Zakariya dan Sayyidatina Maryam .Kelahiran Nabi Yahya yang ayahnya ketika itu sudah tua dan ibunya mandul.memang jelas,lojik akal mengatakan si ibu yang mandul sepatutnya tidak dapat melahirkan.Dan begitu juga kisah Sayyidatina Maryam.Lojik akal berbicara bahawa wanita yang tidak disentuh tak akan melahirkan anak.Seterusnya Allah menyatakan kejadian Nabi 'Isa adalah sama kejadiannya dengan Nabi Allah Adam 'alaihissalam.Kejadian nabi Adam,tanpa ayah dan tanpa ibu.Jadinya,ayah dan ibu adalah asbab kejadian manusia.Kita hakikatnya daripada Allah.Sepert,makanan adalah asbab kenyang hakikatnya adalah Dia yang mengenyangkan.Itulah kalimah thoyyibah Laailahaillallah ketika berbicara dalam kehidupan insan.Menolak asbab adalah tiada beradab,manakala ta'luq (bergantung) pada asbab biadab(syirik).Katakanlah...laailaahaillallah.Wallahu'alam.


*Mohon teguran dan doakan al-faqir.

Sunday, April 11, 2010

"Hebatnya aku".


Memikirkan amalan diri dalam berjalan menuju-Nya.Di sebut muhasabah.Bermula dari muhasabah,diri berangkat menuju muraqabah seterusnya menuju musyahadah.Terus lagi menggapai ma'rifah.Kepelbagaian jalan amalan untuk matlamat yang satu,membuatkan insan itu tidak jemu untuk beramal.Namun yang menjadi tonggak bagi agama itu solat.Diri ini amt zalim apabila memikirkan amalan diri.Kezaliman yang amat mengharapkan keampunan-Nya.


Apakah zalim itu dalam ber'amal?Zalim bermaksud meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya.Sepatutnya,kita menjadikan solat itu sebagai medan utama untuk mengerahkan keseluruhan fokus kita pada-Nya.Malangnya,yang berlaku pada diri adalah memikirkan semuanya di dalam solat,kecuali ALLAH.Adakah yang lebih besar zalim daripada kezaliman ini?

Sebenarnya,tiada satu alasan pun untuk kita mengakui diri ini hebat dalam beragama berbanding orang lain...Sedar diri dan bersedia disedarkan melalui tazkirah.Hatta tazkirah itu diberi oleh seorang pengemis yang tiada punya apa pada dirinya.

Wallahu'alam.

*Doakan al-faqir.

Saturday, April 10, 2010

Kenal & Cinta


Memahami kehidupan bukanlah suatu yang mudah.Tetapi memahaminya adalah satu kemestian untuk memperoleh kebahagiaan.Memahami kehidupan adalah dengan memahami maksud kehidupan.Kaedah berbunyi:a"al-umur bimaqasidiha".Bermaksud "Sesuatu urusan itu adalah berdasakan maksudnya".Matlamat yang telah diajarkan oleh Pencipta yang memiliki kehidupan ini adalah untuk mengenal-Nya.

Untuk mengenal-Nya.Itu kata kuncinya.Sesungguhnya,kita selaku insan telah pun mengenal sebelum ini.Tika diciptakan,penyaksian telah diberikan bahawa DIA adalah Rabb.Kemudian,setelah dilahirkan,persekitaran telah melupakan kita akan penyaksiaan tersebut.Persekitaran yang dipenuhi dengan kelalaian akan menyebabkan penyimpangan itu terlalu jauh menjauhkan hati hamba dengan Pencipta.Manakala bi'ah yang solehah akan menyebabkan kenal hamba pada Pencipta masih dipelihara walaupun tak seperti keadaan asal.Sebab itu anak-anak yang dilahirkan perlu dibentuk untuk mengetahui maksud kehidupan ini.

Mengenal-Nya adalah suatu perjalanan kehidupan.Iman dan amal,selalu disebutkan oleh-Nya dalam firman-Nya,guna untuk berjalan dalam kehidupan ini."Sesungguh-Nya,kami ciptakan insan itu sebaik-baik kejadian,Kemudian kami campakkan serendah-rendahnya,melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh".Proses perjalanan insan untuk kembali mengenal-Nya seperti asal itu disebut taraqqi.Mendaki liku-liku kehidupan untuk matlamat yang satu.Iman dan amal.

Keterikatan insan untuk terus mengenal-Nya juga adalah melalui masa.Sejauh mana hamba itu memanfaatkan masa-Nya untuk kenal-Nya."Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh...".


Kaedah kehidupan menyatakan "Tak kenal maka tak cinta".Manakah cinta yang lebih baik daripada mencintai Sang Pemilik Cinta.Dia.......Dialah,ALLAH.

Saturday, March 27, 2010

Hadir Wacana

Hari ini,awal2 pagi bergerak menuju ke Kolej darul Hikmah,Sg Ramal.Menghadiri wacana isu semas yang dihadiri oleh bekas Presiden Abim pertama,Dato' Seri Anwar Ibrahim.Merasa satu kelainan setelah sekian lama menyepi dari bersama gerakan dakwah yang al-faqir pernah aktif bersama rakan-rakan dahulu dalam PKPIM.Majlis dihadiri oleh wakil-wakil Abim dari seluruh negeri.Bertemu dengan Ustaz Zulazri Derang,teman Abim Kedah.Sempat bertanyakan tentang Maahad Tarbiyah Derang,bumi yang al-faqir merasa tenang pabila berada disana.Mungkin barakah dari penghuninya yang ikhlas.
Teruja di majlis berkenaan,huraian Dato' Seri Anwar tentang keunuikan wadah dakwah bersama ABIM dengan mengimbau kenangan beliau ketika dulu.Antaranya bersama Al-Fadhil Ustaz Fadhil Nor yang ketika itu timbalan belia ke Kaherah.Berbincang bersama2 almarhum samada untuk berbaiah atau sebaliknya bersama Ikhwan Muslimin yang ketika itu dipimpin oleh Umar Tilmisani.Keputusan yang dibuat adalah tidak berbaiah sebalik mengambil sebanyak mungkin manfaat bersama Ikhwan Muslimin.Ia kerana memikirkan Malaysia memerlukan satu manhaj yang da'wah yang berbeza.
Teruja juga kerna Dato' Seri menghuraikan isu-isu/kenangan beliau dengan menampilkan rujukan-rujukan bacaan beliau yang pelbagai.Tak kuaran dari 20 buah buku disebutnya dalam majlis tersebut.Ternyata tasawwur dalam menghuraikan sesuatu amat dibantu oleh bacaan buku-buku yang pelbagai.Itu sosok tubuh pemimpin yang diharapkan.

Monday, March 15, 2010

Mengenal-Nya : Disitu cinta terbina...


Sayyidina Ibn Abbas radhiyallahu-anhuma menafsirkan firman Allah Subhanahuwataala bermaksud "Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"..liya'buduun ai liya'rifun.

Untaian kalam hikmah yang indah dari al-'arif billah Ibrahim Ibn Adham ."al-Mahabbah itu adalah dari buahya ma'rifah.Sesiapa mengenal Allah bahawa dia cinta pada-Nya,Sesiapa yang cinta Allah,maka cinta dia akan Nabi.Sesiapa yang mengenal nabi maka dia akan mencintainya.

Dalam usaha diri yang lemah untuk mengenal Allah ini,tidak dapat tidak adalah perlu kepada mengikut baginda.Kerna firman Allah,"Katakanlah jika kamu mencintai Allah maka ikutilah aku (Muhammad) nescaya kamu akan dicintai Allah...".

Dalam mengenal Allah,perlu sedia:

1. mempelajari dari sekeliling yang semuanya diciptakan-Nya.Memandang dengan pandangan yang ada keterikatannya dengan Pencipta.Bukan pandangan kosong semata,jauh sekali dengan pandangan hina.

2.memohon keampunan setiap saat tika diberi taufiq oleh-Nya untuk berbuat demikian.Disini difahami bahawa nisbah mohon ampun itu hanya majazi bagi diri,hakikatnya adalah taufiq yang berharga yang singgah pada diri.Ia merupakan satu anugerah-Nya.Anugerah Kekasih kepada kekasih.Maka amatlah tak beradab jika tidak bersyukur tika menerima anugerah.Disitu hubungan kenal dan cinta itu terjalin.Ampun dan syukur itu seiring bahasa cinta kekasih yang hina pada Kekasih yang Maha Mulia.

3.Muwafaqah dengan kehendak-Nya semampu boleh.Muwafaqah difahami bahawa perlaksanaan hamba-Nya sesuai dengan kehendak-Nya.Sebagai contoh,selawat Allah pada baginda adalah berterusan hingga ke hari kiamat.Maka jika hamba berusaha berada sentiasa dalam keadaan berselawat kepada baginda.maka disitu wujud muwafaqah dengan Pencipta.Maka kita bertemu/berhubung jalinan cinta dengan-Nya disitu.Kiaskan dengan semua kehendak-Nya dan Larangan-Nya.Maka hubungan manis cinta dengan izin-Nya tercipta.Sememangnya kita manusia punya banyak kelemahan.Untuk muwafaqah dalam setiap urusan itu amat sukar.Itulah disabdakan oleh baginda: "Ittaqullaha mastata'tum...".Maka dengan sebab ketidakmampuan kita maka sedar diri akan demikian menyebabkan hamba rasa hina pada-Nya dan sentiasa memohon ampun pada-Nya.


Wallahu'alam.


*Doakan al-faqir berada disamping org soleh sentiasa.mohon sgt dari setiap pengunjung.

Saturday, March 13, 2010

Belajar terus belajar


Datin bercerita tentang sahabat sepengajiannya yang begitu unik kisah hidupnya.Dari seorang yang tak kesah pasal agama kepada seorang yang mampu menghafal surah2 lazim al-Quran.Kuat menuntut ilmu dan beribadah.Dari seorang yang hanya menunggu rakan serumahnya dengan muka yang masam penuh rungutan kerna lambat rakannya habis kelas mengaji di masjid.Sedangkan beliau ketika itu tak langsung teringin malahan benci untuk mengikuti kelas agama.Rakan serumahnya acap kali kejutkannya untuk berjaga malam.Sentiasa berpesan padanya dengan kebaikan.Lansung tak mahu dia dengari.


Segalanya bermula setelah rakan serumahnya tersebut dipanggil allah dalam keadaan mengejut selepas usai membaca al-Quran.Usia masih muda dipanggil Allah.Petunjuk Allah merubah hidup beliau denga begitu mendadak.Daripada tak tahu langsung membaca al-Quran,kini mampu dengan lancar menghafal al-Waqiah.Kuliah dimana saja di KL ni,selalu saja beliau hadiri.


Datin menyambung ceritanya lagi,beliau ada mengajak rakan-rakan serta ustaz2nya menziarahi kubur rakannya tersebut.Katanya,wangi entah datang dari sumber mana kubur rakannya tersebut.Menutup ceritanya sebelum mengaji al-Quran,datin berkata,


"Tuhan,if He want a person to get His Hidayah,within one second happen".

Teringat hadith Baginda Rasulullah :


Addal 'alalkhair kafaailih

seorang yang menunjuk sama ganjarannya seperti pelaku kebaikan tersebut.

Baginda bersabda lagi:


"Seorang yang menjadi asbab rakannya peroleh petunjuk lebih baik daripada memperoleh unta merah".

Sabda baginda lagi :


"Seseorang atas agama sahabatnya,maka lihatlah dengan siapa dia bersahabat"


Pengajaran penting yang sama2 kita dapat adalah,memandang sesiapa pun dengan penuh rasa baik sangka.Terpandang sesiapa pun,terdetik dalam hati ,


"Orang ini mungkin lebih baik daripada diriku".


Petunjuk Allah telah mezahirkan pengalaman dunia dalam menampilkan orang2 hebat sehebat Umar al-Khatab,Fudhail Iyadh,Yusuf Islam dan sebagainya.Belajar dari persekitaran untuk terus berjalan menuju Allah.Kita bukan pengajar,kerna kita sedikit pun tiada ilmu untuk disampaikan.Tetapi,kita pelajar yang sedia belajar dari apa yang ditunjuki oleh-Nya dari pengalaman persekitaran.



Wallahu'alam.


*Doakan al-faqir

Tuesday, March 9, 2010

Kelembutan dakwah


ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الحَسَنَةِ)
[النحل: 125]

. والحكمة هي التي تخاطب العقول لتفهم، والموعظة هي التي تخاطب القلوب لتتأثر وكل إنسان له عقله الذي يحتاج إلى الحكمة حتى يقتنع، وله قلبه الذي يحتاج إلى الموعظة حتى يتأثر-

Syeikh Yusuf al-Qardhawi.

Pengajaran:

Kita berhajat pada 'aqal untuk memahami.Seterusnya faham itu perlu menatijahkan kesan pada hati.Makanya hikmah itu perlu bersama mau'izah dalam berdakwah.'Aqal diisi dgn ilmu yg mantap,hati yg bersih yg perlukan gilapan zikrullah.

Antara kefahaman yg mantap adalah memahami secara jelas tasawwurat dalil al-Quran dan Sunnah.Kemudian dengan bantuan Qawa'id fiqhiyyah dalam menghuraikan dalil yang dibentangkan.Dan juga yg perlu difahami juga adalah waqi' (realiti) dalam berbicara yang punyai persekitaran dan tahap pemahaman mad'u yang berbeza.Ia perlu disantuni berdasarkan sabdaan nabi :"Kami para nabi diutuskan agar berbicara atas qadar faham umat".aw ka maqal.Inilah kebijaksanaan dalm berdakwah.

Mau'izhah tentunya adalah buah daripada keikhlasan tika berbicara, sehingga menghadirkan kesan yang mendalam pada mad'u. Maka gilapan hati sentiasa diperbaharui.Seperti sabdaan baginda.:"Perbaharuilah iman kamu".Sahabat bertanya bagaimana?.Nabi menjawab:Dengan kalimah laailahaillah." Keikhlasan dengan memandang tujuan dakwah hanya semata kerana Allah,bukan yang lain.Maka hati yang ikhlas tika berbicara dengan penuh rasa kasih sayang pada mad'u akan membuahkan segarnya hati mad'u dalam menerima dakwah kita.Sudah tentu hidayah itu adalah milik-Nya.

Inilah kebijaksanaan yang kaedahnya perlu diaplikasi dalam setiap mad'u.Sang suami pada istri,ayah ibu pada anak-anaknya,pemimpin pada yang mengikutnya,ustaz pada pelajarnya,dan sang muslim pada yg non-muslim.

Wallahu'alam.

*Doakan pada al-faqir

Wednesday, March 3, 2010

Inna kaidakunna 'azhim...

Harini berita depan metro amat memeranjatkan."Ustazah Lemas".Menceritakan seorang ustazah lulusan universiti timur tengah yang bersuamikan ustaz ditangkap khalwat bersama duda tatkala suaminya menunaikan umrah di Mekah.

Wahai wanita!

Kuatkanlah diri....
Jadi solehah....
Nisa' itu perkataanya nasiya,
Juga perkataannya uns,
Bentengkan dengan iffah.

Jadilah solehah,
Bersahabatlah dengan yg solehah,
Rendahkan dirimu biarpun setinggi mana pun ilmu agamamu.


*Doakan al-faqir

Monday, February 22, 2010

Contohi....

Kagum melihat wanita-wanita solehah yang terpahat dalam sejarah wanita solehah.

Antaranya:

1.Sayyidatina Khadijah al-Kubra
2.Sayyidatina Fatimah az-Zahra
3.Sayyidatina Aisyah Humaira'
4.Sayyidatina Asma Abu Bakar
5.Sayyidatina Siti Hajar
6.Sayyidatina Maryam
7.Sayyidatina Asiah
8.Sayyidatina Nafisa
9.Sayyidatina Rabiatul Adawiyyah

Radhiyallahu'anhnna...

Wahai wanita!

Kaedah menyebut jika tak mampu keseluruhan jangan tinggal keseluruhan.Maka,jika dirimu tak mampu contohi kesemuanya,maka seorang pun jadilah kalian cuba contohi...Nescaya gembira dunia seisinya dengan usaha kalian kerna bakal menerima hiasannya..


*Tulisan ini adalah rentetan berbagai fitnah wanita kini byk sekali di dada2 akhbar..maka inilah rayuan bersama2 doa kalian pengunjung blog pd al-faqir jg.

Makna bahasa

Hampir sama perkataan ilmu dan amal,
Bukanlah sengaja ia berlaku melainkan ada keterikatan penting antara keduanya.

Pada al-ardh itu ada perkataan membentuk redha,
Pada sama' itu ada perkataan membentu sumuw,
Ardh itu rendah,
sama' itu tinggi,
Siapa merendahkan diri,dia akan ditinggikan Allah.


Tidaklah insan itu melainkan nasiya asalnya,
Tidaklah nisa' itu melainkan anis sifatnya,
maka ubat nasiya itu adalah tazkirah,
Dan ubat aanis itu adalah 'iffah.

Ad-Din itu agama,
Ad-dayn itu hutang,
Antara tujuan agama adalah tampilkan syukur untuk langsaikan hutang pada-Nya.
Jika tak mampu,tunduklah serendah-rendah pada-Nya.

Saturday, February 20, 2010

Kun solehah...


"Sesungguhnya tipu daya mu (wahai wanita) amat besar sekali".Ayat pada surah Yusuf berbunyi inna kaida kunna 'azhim.Terdapat setelah Tuhan membicarakan kisah godaan Zulaikha pada Nabi Yusuf.

Maka ayat ini bila difahami secara mafhum mukhalafah menafsirkan benar ungkapan Rasulullah "Sebaik hiasan dunia adalah wanita solehah". Sehinggakan ada ulama menafsirkan hasanah fiddunya dalam doa rabbana aatina fiddunya hasanah sebagai wanita solehah.

Wanita mencipta berbagai sejarah di sekitar lelaki soleh.Godaan Hawa menjadi asbab Adam memakan khuldi.Diawal kejadian manusia pertama mengisahkan hal sedemikian.Kisah Qabil menginginkan Iqlima membuatkan permusuhan dengan Habil.

Barsyisya sang 'abid boleh tersungkur dek kerana wanita.Seterusnya angkara Zulaikha,terpenjara nabi Yusuf.

Maka,
Wahai wanita,

Usahakan dirimu menjadi solehah,
Nescaya sujud syukur sang lelaki jika memilikimu,
Ilmu agamamu menjadi wasilah untuk merendah patuh pada sang suami,
Bukan untuk dibangga merendahkan suami,
Usah diganggu lelaki mencari Allah,
Jadi pembantu menuju bersama.

Cinta Allah mengatasi,kerna cintaNya mendahului cinta hamba.
Sambutlah cintaNya sedaya mungkin.


*Doakan al-faqir jd soleh

Wednesday, February 17, 2010

Ukuran


Setiap sesuatu punyai ukuran tertentu.Kehidupan juga punya ukuran.Segalanya telah terprogram dalam legasi lauh mahfuz.Kehalusan ukuran takdir yang diatur oleh-Nya amat halus sekali.Dengannya berlaku kenal hamba pada Pencipta.


Ukuran itu tepat dan kemas.Ukuran itu bisa membuatkan yang menangis kesedihan senyum kegembiraan.Membuatkan yang gembira menangis kesedihan.Bicara cinta Pentadbir kepada makhlukNya melalui ukuran takdir sukar untuk dibaca.Hanya mampu tunduk dan berserah.Itulah adab.


Ukiran senyuman beserta air mata kegembiraan merupakan ni'mat yang tak terungkap hasil dari ungkapan bahasa takdir Pentadbir pada sang makhluk.Pandanglah dalam sekitarmu dengan pandangan cinta hamba kepada Pencipta.

Friday, February 12, 2010

Kehalusan-Nya..

Kehalusan bahasa takdir-Nya apabila berbicara amat menggugah kemantapan iman.Tapi bila menyedari bahawa tiada yang sayang pada diri melainkan kasih sayang-Nya mendahului.bahasa takdir apabila berbicara perlu dibaca dengan merasai kasih sayang-Nya beserta rahmah-Nya.Sayang-Nya pada diri melebihi seoramg ibu kehilangan anak kecil di medan perang,kemudian dalam kekalutan menemui semula anaknya dan dipeluknya dengan penuh rasa kasih yang tak terucap.Maka fahamilah,kasih sayang-Nya melebihi daripada ibu tadi kepada anaknya.Apa yang kita faham maksud daripada melebihi tersebut.Adakah penghujungnya?Maha suci Allah dari mempunyai had.Lalu bahasa takdir apabila berbicara perlu dihayati dengan mengetahui manakah lebih baik perancangan kita atau perancangan-Nya terhadap diri kita?Maka sudah tentu,kita punya jawapan yang tak diragui lagi,iaitu perancangan-Nya terhadap diri kita merupakan sebaik2 perancangan.Lalu bahasa takdir dibaca dengan kuntuman senyuman.
Berpagi-pagi dengan terlintasnya di benak fikiran,"apakah yang aku nak lakukan hari ini?"..Ah!..Amat meletihkan.Jika dibaca dengan "apakah yang Allah akan lakukan pada hari ini buat diriku.Lalu senyuman sekali lagi terukir.Kehalusan takdir-Nya membuatkan penyesalan sering berlaku.Itulah yang ingin sekali dilihat-Nya.Maha suci Allah dari berhajat pada makhluk.Yakni taaba yatuubu taubah.Taubat.kembali dalam "dakapan" kasihNya dengan istighfar.Kerna manusia itu diciptakan tergesa-gesa sifatnya.Ingin cepat sehinggakan gagal memahami kehalusan bahasa takdir.
Senyumlah.....kerna bahasa takdirNya atas diri adalah bahasa cinta sang Kekasih...Allah..Allah.
Wallahu'alam
*Doakan al-faqir jd soleh

Wednesday, January 13, 2010

Sayu hati....

Tiba-tiba teringat malam itu di masjid al-Falah ketika al-Habib Umar bin Hafizh ingin beredar dari majlis.Orang ramai berebut berpusu-pusu ingin menyalami,memeluk al-habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafizh.Dari mula habis majlis, sehinggalah al-Habib selesai makan tak henti-henti orang ramai berebut2.Terpaksa al-habib di hadang oleh jawatankuasa majlis.Sempat juga al-faqir berbual ringkas dengan ustaz Aminuddin Abd Rahim (Din Tok Guru) yang dari Kedah datang malam itu untuk bertemu al-Habib untuk mentahnikkan anaknya.'Ala kulli hal,apa yang membuatkan diri ini sayu hati ialah ketika orang ramai berpusu-pusu menghantar al-Habib ke kereta,al-faqir terlintas depan seorang pemuda (lingkungan usia hampir 30),tak berkaki dan kudung sebelah tangan yang sedang menanti al-habib keluar dari masjid untuk ke kereta.Malangnya,orang ramai berpusu2 mengikut al-habib sehinggakan beliau tak mampu memandang muka syeikh al-Habib.Seraya beliau melontarkan hasratnya yang sempat al-faqir dengar, "Tepilah sikit,saya pun nak tengok jugak (Habib Umar)".Sayu hati kerna akhirnya beliau tak termampu memandang al-Habib walau seketika kerna dirinya yang cacat separas pinggang..Allah Allah.Ingin sekali al-faqir berdoa untuknya,agar diketemukan kepadanya dengan al-Habib bersama-sama di syurga.Bila melihat perkara sedemikian berlaku,bersyukur sekali dipilih olehNya hadir pada majlis yang diberkati tersebut.Al-faqir hampir-hampir tidak menghadiri majlis tersebut kerna keletihan (malas) selepas paginya mengikut program al-habib di Madras Nur,Pantai Dalam dan Kompleks Tabung Haji.Maklumlah,hanya berbekalkan spedar biru yang tua usianya.hehe.Apa pun,alhamdulillah...

"Ya Allah,himpunkanlah sepanjang hidup ini bersama para solehin hinggalah di akhirat kelak"

*Doakan saya

Dengan berkat nabi-Mu....



Ya,




Dengan berkat nabi-Mu,


Dengan berkat para sahabatnya,


Dengan berkat tabi'in,


Dengan berkat tabi' tabi'in,


Dengan berkat para awliya',


Dengan berkat para syuhada',


Dengan berkat seluruh ulama Ahlissunnah wal Jamaah,




Maka,




Ampunkanlah dosa-dosa kami,




yang,




lalai terhadap perintah-Mu,


melanggari larangan-Mu,


tidak mensyukuri pada setiap ni'mat-Mu,


alpa dari mengingati-Mu,


seringkali terjerumus pada perkara melalaikan,


tidak mengamal keseluruhan sunnah nabi-Mu,


tidak mengamalkan setiap ilmu yang kami peroleh,






Serta,fahamkanlah kami hakikat kalimah mulia dari-Mu,
"Laahaula wala quwwata illa billah"






*harapkan doa dari setiap pengunjung blog pada al-faqir

Tuesday, January 12, 2010

Cinta Sahabat

Daripada Ummul Mukminin Aisyah berkata :

Sesungguhnya Abu Bakar (Allah redha padanya) masuk mendapatkan Nabi (Allah berselawat atas baginda) setelah Baginda wafat.Maka dia meletakkan mulutnya (mengucup) di antara kedua mata Baginda,dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua lengan Nabi serta berkata :
" Wahai Nabi!Wahai kawan yang tulus! Wahai kekasih!".

Berselawatlah pada baginda sebanyak-banyaknya.Berqasidahlah memuji nabi.Jika mereka mengatakan jangan berlebihan memuji nabi maka katakan pada mereka pujian yang kami lakukan adalah merupakan hak pada nama nabi itu sendiri yang menuntut kita tunaikan.Hammada apa maksudnya? yuhammidu apa maksudnya? Muhammadan apa maksudnya?.Adakah hammada yuhammidu itu isyaratnya hanya sekali pujian?.


Jawab lagi bahawa pujian kami mengikut pentunjuk Pencipta kami dan Pencipta kamu,pada ayat "Sesungguhnya pada dirimu akhlak yang terpuji".Lafaz 'azhim itu hanya sighah biasa atau sighah mubalaghah?


Nah!Sekarang pergilah kamu,biarkan kami dengan kekasih Allah.


Wallahu'alam.


*Doakan al-faqir

Ijazah musalsal ta'mim bil 'imamah (pemakaian serban)


Min zikraayat baini wa al-habib. Tahadduth binni'mah. Alhamdulillah,bifadhlillah,al-faqir telah dipakaikan serban sambil membaca ayatul kursi oleh al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz pada 10 Januari 2010 di UIA (lebih kurang 8.15pg) atas permintaan al-faqir pada al-Habib setelah beliau menyampaikan kuliah Subuh beliau.Al-habib berpesan setelah pemakaian tersebut "Sebaik2 pakaian adalah pakaian ketakwaan". Pada tahun lepas al-faqir juga telah dipakaikan oleh Syeikh Muhammad Husni al-Langkati al-azhari.

Semoga menjadi saksi kelak di akhirat.


*Doakan al-faqir

Monday, January 4, 2010

Kalam Hikmah Cinta Allah.....



Sama-sama kita hadiri majlis bersama Habib Umar bin Hafiz ke Malaysia.Merenung,menghayati,mengamal kalam hikmah yang ditaburkan pada jalan mencintai Allah Dan Rasul-Nya......

Saturday, January 2, 2010

"Aku dah nak balik ni"...


"Cukuplah kematian itu menjadi pengajaran bagimu",

kata-kata saidina Umar radhiyallahuanhu.



Sabtu malam ahad mendapat berita seorang anak murid Syeikh Fuad telah meninggal dunia akibat kemalangan yang berlaku beberapa minit sebelum watu maghrib.Katanya meninggal pada pukul 7.10 ptg bermakna masih didalam hari Jumaat.Suatu kemuliaan jika meninggal pada peghulu hari tersebut. Malam tadi,bertemu dengan Fahmi (Kawan di Kulliyyah Engineering).Beliau menceritakan perihal neneknya yang meninggal di Madinah.Dikuburkan di perkuburan Baqi'.Meninggal pada subuh hari Jumaat.Perginya untuk menunaikan umrah adalah perancangan yang segera dibuat olehnya.Tanpa berfikir panjang,menggunakan duit bendang untuk menjadi tetamu Allah.Begitulah yang dikatan ajal.Tak dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat.Begitu juga tempat kematian berlaku atas ketetapan yag tertulis di Lauh Mahfuz.


Sepertimana kisah yang disebut oleh al-Imam all-Qurthubi dalam kitabnya At-Tazkirah,menceritakan satu kisah seorang lelaki meminta kepada nabi Sulaiman untuk mengarahkan angin supaya membawanya ke tanah Hindi.Nabi Sulaiman menyetujui permintaan tersebut.Kemudian terlihat akan malaikat maut tersenyum.Nabi Sulaiman bertanya kenapakah beliau tersenyum.Malaikat menjawab,"aku diperintahkan oleh Allah untuk mencabut nyawa lelaki tersebut di tanah Hindi,maka digerakkan keinginan lelaki tersebut untuk kesana".



Demikian juga yang berlaku pada nenek Fahmi.Keinginan untuk bertandang ke Mekah/Madinah merupakan anugerah kasih Allah pada hambanya untuk menghembuskan nafas terakhir di Madinah Disolatkan ramai orang di Masjid Nabi serta dikebumikan di perkuburan Baqi' bersama tempat persemadian sahabat-sahabat nabi ridhwanullah alaihim ajma'in.Siapa sangka seorang wanita tua dari kampung di cerok Kedah dapat layanan kasih allah sedemikian rupa.Tambahan pula hari yang mulia hari Jumaat.Allah Allah.Diceritakan oleh cucunya,neneknya seorang yang kuat amalan kerohaniaannya.Belajar agama di Pondok Tualang,Kedah.Sungguh taat pada suami.Tidak membalas walau sedikit pun jika dimarahi suami.Taatnya pada suami berkemungkinan asbab kasih allah padanya.Ditambah amalan yang dilakukan secara istiqamah.Kemudian Fami menambah lagi menceritakan datuknya yakni suami kepada neneknya tersebut,beberapa ketika sebelum menghembuskan nafas terakhir,memberitahu padanya," Aku dah nak balik ni".Fahmi hairan kerna datuknya memang berada dirumahnya ketika itu.Barulah faham,maksud balik itu ialah balik bertemu Allah.Wallahu'alam.


"Kafa bilmauti wa'izhan"..


*Doakan kita kembali padaNya seperti kembalinya kekasih bertemu Kekasih..aamin