Tuesday, February 24, 2009

Nak hidup berapa lama?

Kalaula nanti dah dapat degree,
Kalaula nanti boleh kerja hebat,
Kalaula nanti duit dah banyak,
Kalaula nanti boleh pakai kereta besar,
Kalaula nanti boleh melancong merata,
Kalaula nanti boleh jadi jutawan,
Kalaula nanti dah berkeluarga,
Kalaula nanti jadi pemimpin politik,

Kalaula nanti dah kuat ilmu2 alat,
Kalaula nanti boleh balajar di syria,
Kalaula nanti dapat talaqqi dengan syeikh2 besar,
Kalaula nanti dapat jadi ulama,

Em,kalaula esok ditakdirkan malakulmaut datang menjemput......?
Maka kalaula yang banyak tadi sekelip mata ditarik.

k,cenila.....

katala minggu depan malaikat maut jemput,
katala bulan depan....
katala tahun depan....
katala 2 tahun lagi.....
katala 3 tahun lagi......
katala 10 tahun lagi....
katala apa nak kata....

Em,
Rasa-rasanya dah ready kot,
Rasa-rasanya sempat kot,
Rasa-rasanya tak dak hutang ngan sapa2 kot,
Rasa-rasanya dah minta maaf kat semua kot,
Rasa-rasanya mak ayah dah redha kot,
Rasa-rasanya husnul khatimah kot,
kot?

K,cenila...
Katala jap lagi ja sakarat tiba?
Mustahil or tak mustahil?
Berapa ramai saudara,kawan,sahabat yang dikenali dah lalui?

Berkerjalah seolah2 kamu nak hidup seribu tahun...
Beramallah seolah2 esok kamu akan mati......

Em,
Yang hidup seribu tahun tu memang mustahil,
Tapi,,,,Yang esok kamu akan mati,tak mustahil,
Bahkan awal dari itu pun boleh berlaku.

Nabi berpesan,
Hiduplah seperti mana yang kamu mahu,
Tapi kena ingat,kamu pasti mati.

al-Kayyisu man daana nafsahu wa 'amila lima ba'dal maut.....

Berhati-hati tika berjalan


Wahai al-faqir,
Ulama berkata ada 3 perkara yang Allah sembunyikan dalam 3 perkara,

Maka wahai al-faqir,berhati2lah,

KeredhaanNya dalam ketaatan,
KemurkaanNya dalam kemaksiatan,
Kewalian dalam individu2 yang tidak kita ketahui,


Justeru,
Jangan dipandang rendah pada sekecil2 amal,
Hatta kamu berikan makan seekor anjing kurap yang kelaparan,
Jangan dipandang rendah sekecil2 kemaksiatan,
Hatta kamu memandang bukan hak matamu,
Jangan mencerca sekalian manusia,
Hatta peminta sedekah yang lusuh bajunya.


Renungilah sedalam2,
Mengapa sang pelacur dipilih ke syurga lantaran beri minum pada anjing?
Mengapa pendakwa ahli ilmu,syuhada', dan dermawan diheret kepalanya ke neraka?
Mengapa cercaan,mengumpat,buruk sangka dilarang syara'?


Jahilnya kita akan dimana letaknya semua perkara tersebut,menyebabkan perlu berhati2 dalam berjalan menujuNya.Teruskan kalam istighfar bila berjalan.
Perlu diingat,
La haula wa la quwwata illa billah.

Wallahu'alam

*Ya Allah,bantulah kami untuk faham hal ini.
Doakan al-faqir.

Monday, February 23, 2009

Man ana?

Doa bangun tidur selalu lupa baca,
Bangun pun lewat,
Solat jemaah malas,
Al-Quran diwaktu fajar tak di baca,
Wirid ‘am tinggal,
Solat dhuha tinggal,
Mathurat tinggal,
Solat Zuhur tak berjemaah,
Kuliah/majlis ilmu/selawat malas hadiri,
Doa naik kenderaan yang pendek pun tak baca,
Doa makan pun kadang2 ingat2 lupa,
Doa selepas makan lagila,
Doa masuk keluar tandas pun tak baca juga,
Kiri kanan tak di utama,
Azan tak jawab,
Doa lepas azan pun bila teringat saja baca,
Baca Quran tak faham makna,
Solat qabliyah ba’diyah malas jugak,
Solat witir sekurang 1 rakaat pun tak buat,
Yang paling teruk sekali,
Doa nak tidur pun lupa baca,


Jadi yang tinggal hanya secebis amalan,

Namun,
Setiap amalanku sentiasa disertai riya’,
Setiap ibadahku diiringi ‘ujub,
Setiap solatku bersama lalai,
Setiap kebaikanku diceritakan pada orang,
Setiap nasihat yang ku berikan pada teman aku ingkari,
Setiap waktu berlalu teralih ingatanku dari zikir,

Apa nak dibawa mengadapNya ?
Sedang ni’mat Dia bagi tak dapat dihitung,
Untuk harini saja,pecah kalkulator kalu dihitung,
Dapat tidur satu ni’mat,
Bangun tidur satu ni’mat,
Buang air satu ni’mat,
Air ada pun satu ni’mat,
Nafas keluar masuk berpuluh ribu,
Mata berkedip tak terkira,
Sarapan,makan tengahari,petang,malam,supper lagi,
Dan lain2 lagila,

Jadi......,
Kenapa di lubuk hati mengaku baik,
kenapa rasa diri hebat sangat,
kenapa tak rasa bersalah,
kenapa aku sering tinggalkan kalam istighfar......

Dia tak pernah lupa beri ni'mat pada diri ini,
Tapi diri selalu sangat lupa padaNya,
Mengaku kasihkanNya sekasih-kasihnya,
Kenapa menipu?
Siapa "yang ditipu"?
Apakah gelaran yang nak diberi pada diri melainkan ZALIM,
Tiada gelaran yang layak pada diri melainkan hamba yang zalim.
Rabbana zhalamna anfusana wa inlam taghfirlana wa tarhamna lanakunanna minalkhaasirin,
La haula wa la quwwata illa billah.....


*Ya Allah fahamkan kami hal ini

Friday, February 13, 2009

Pesanan buatmu al-faqir....


Dunia asal dari adna (rendah),
Insan asal dari nasiya (lupa),
Manusia bermula dari tanah,
Kemudian dari air yang hina,
Keluar dari perut ibu tanpa seurat benang,

Adakah manusia mengejar sesuatu yang rendah,
Adakah manusia tak merasakan lupa itu sifat dhaif pada diri,
Tidakkah manusia tahu yang tanah itu letaknya hanya di bawah telapak kaki,
Tidakkah manusia tahu air itu keluar dari tempat yang hina,
Adakah mulia orang tak mempunyai walau seurat benang,

Syahadah itu kamu menafikan selain Dia,
Solat itu kemuncaknya bila dahi diletakkan pada lantai,
Kepala direndahkan dari dubur,
Puasa itu kamu berkeadaan seperti faqir tiada punya makanan,
Sewaktu haji kamu menyaluti tubuhmu hanya dengan kain putih,
Doa itu kamu merayu meminta kerana kamu tak punya,

Tuhan murka pada sifat marah,
Kerna terselit disitu protesmu terhadap taqdirNya,
Tuhan murka pada pelaku dosa itu kerna kamu nak bersifat seperti tuan,
Tuhan murka akan sombong itu kerna itu selendangNya,
Tuhan murka 'ujub itu kerna rasa semua darimu sedangkan yang hakiki dariNya segala,


Jadi apakah natijah setiap ibadahmu yang Dia ingin lihat,
darimu wahai al-faqir....
dari kehidupanmu,
Tiada lain tiada bukan ialah hanya rasa tawadhu' menyedari bahawa kamu adalah hanya seorang hamba...
Tapi malang,
tawadhumu itu pun dinodai,
Merasakan tawadhumu itu darimu,
Merasakan tawadhumu telah kamu letakkannya sesuai dengan tempatnya,
Adakah kau tahu tempatnya?
Kenapa mengaku dalam diam dirimu tahu?
Nak balas ni'mat sehelai bulu hidung pun tak mampu,
Hmm.....Tak malu harapkan balasan dari setiap 'ibadahmu kepadaNya,
Hutang belum berbayar,nak minta lagi?
Dia terima amalan pun sudah mencukupi,
Tiadakah kamu sedar yang hakikatnya kamu itu zalim setiap masa?
Kenapa malas basahkan lidahmu dengan mengaku kezalimanmu melalui istighfar sentiasa?
Kerna kamu alpa selalu bahawa lahaula wala quwwata illa billah.....
Sedarilah wahai diri....

*Ya Allah fahamkan kami akan hal ini,
Doakan untuk al-faqir......

Monday, February 9, 2009

Wajah-wajah syuhada' Ghazza !

Subhanallah.....tiada apa komen yang dapat diberikan.......melainkan cemburu dengan ni'mat mereka dapat....
Mereka 'tidur rehat' selamanya selepas kepenatan bekerja.........


Mereka menemui apa yang dijanjikan........


Jangan kau katakan mereka mati.......bahkan mereka hidup dan diberikan rezeki....


Tunjukkan kami jalan yang lurus.....
Yakni jalan orang2 yang Engkau kurniakan ni'mat2 pada mereka......
Dari kalangan nabiyyin,siddiqin,syuhada wasshalihin........

Copy from : Ustaz Din Tantawi blog


*Ya Allah fahamkan kami jalan2 menemuiMu

Saturday, February 7, 2009

Tausiyah guru....: 4 Musuh

Ada 4 hal (menjadi hijab penghalang dekat kepada Allah) yang harus kita kalahkan dengan 4 hal:

1. Dunia, mengalahkannya dengan uzlah (menjauhi banyak orang yang buruk),
2. Hawa, mengalahkannya dengan banyak diam (kecuali kebaikan)
3. Nafsu, mengalahkannya dengan banyak bangun malam (qiyam dan istigfar)
4. Syaitan, mengalahkannya dengan sedikit makan (spt puasa dan tidak banyak berpikir makanan).

Orang terkuat yang dapat mengalahkan semuanya.

*Ya Allah fahamkan kami akan hal ini.