Friday, May 30, 2008

Jabatan Pengajian Islam pertama di Kanada



Montreal: Masyarakat Islam Kanada gembira apabila sebuah universiti utama negara itu menubuhkan Jabatan Pengajian Islam yang terbuka kepada semua siswa.
Pengerusi Masjid Edmonton,Fuad Ammar,berkata jabatan berkenaan akan beroperasi di Universiti Alberta,Edmonton.Bercakap kepada wakil wartawan majalah al-mujtama',beklia berkata tindakan itu sebagai langkah permulaan,dan pada masa akan datang beberapa jabatan lain yang berkaitan dengan agama Islam akan ditubuhkan.Jabatan ini adalah pertama di kanada selepas pihak berkuasa mengambil kira keperluan pendidikan Islam perlu dihayati umat Islam sebagai agama kedua terbesar di Kanada.Pusat ini akan beroperasi pada september depan.Menurut Fuad,mereka bukan sahaja mahu jabatan seumpama itu ditubuhkan,malah diberi biasiswa pendidikan kepada anak-anak mereka yang juga wargaganegara sah.Sekurang-kurangnya anak-anak mendapat bantuan buku teks atau tidak dikenakan yuran yang agak membebankan ibu bapa mereka,"katanya.-Almujtama'.


Thursday, May 29, 2008

Tsaqafah ilmiah (budaya ilmu) Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadwi




Fatasyabbahu inlam takuunuu mithlahum,innattasyabuh bilkiram falah...Aku kagum dengan tokoh ulama kontemporari ini.Bersifat murabbi sejati.Setakat ini,sekadar merujuk manaqib beliau melalui buku Syeikh Fahmi Zamzam.Selain tu,ada membaca sedikit kitab "maza khasiral alam binhithati almuslimin" serta "rijal al-fikr ".InsyaAllah moga-moga dapat tahu lebih mendalam lagi mengenai tokoh ini.Beliau terdidik oleh suasana budaya ilmu yang dibina oleh keluarganya.Hidup dalam 'raudhah ilmiah' keluarganya.Dididik oleh abangnya setelah meninggalnya ayahnya.Patut dicontohi oleh semua muslim.Kerana semuanya ini bermatlamatkan mencari keredhaan Allah dalam meneruskan perjalanan kehidupan duniawi yang serba singkat masanya.Tidak seronok perjalanan hidup tanpa ilmu.Kaku kehidupan yang kering dengan pengamalan ilmu seumpama syair berbunyi "Seandainya engkau menimbang dua ribu kati arak,maka engkau tidak akan mabuk sehingga bila engkau meminumnya".Dan aku merasakan dapat dicontohi melalui kisah hidup Sayyid Abul Hasan ini.

"Sayyid Abul Hassan sangat berminat untuk membaca dan mentelaah kitab sejak kecil lagi.Oleh itu kitab-kitab yang dikarang oleh ayahnya dan abangnya merupakan bahan bacaanya selain kitab-kitab yang dikarang oleh ulama-ulama lain.Sejak kecil beliau gemar menghimpunkan kitab-kitab.Maka dalam usia belasan tahun beliau telah mempunyai sebuah sudut bacan yang tersendiri yang beliau namakan dengan "Maktabah Abil Hasan Ali".

Ibunya juga seorang pendidik yang dedikasi dan termasuk di antara golongan wanita yang dihormati dan disegani,bahkan seorang hafaz al-Quran dan pengarang syair-syair sejarah Islam dalam bahasa urdu dan bahasa Parsi dan peminat syair2 yang merangsangkan semangat jihad.Hal ini lahir dari satu tradisi yang berlaku dalam keluarga ini.

Tradisi itu ialah apabila mereka ditimpa suatu kemalangan atau kesedihan,maka seisi keluarga berhimpun di rumah mereka lalu ada salah seorang di antara mereka yang melagukan syair2 jihad dan kisah-kisah perjuangan Nabi SAW.Syair2 itu telah digubah oleh seorang dari keluarga mereka yang dikenali dengan nama Sayyid Abd Razzak Kalami,yang disadur dari kitab "Futuhus Syam" karangan al-Waqidi.Syair2 itu berjumlah 25000 bait.Jadi syair2 yang penuh dengan semangat perjuangan itu dilagukan dalam satu atau dua jam, sehingga jiwa dipenuhi dengan semangat jihad yang meluap-luap dan kesediaan berkorban dengan apa sahaja yang dimiliki,bahkan brusaha untuk gugur syahid.Maka ketika itulah kesedihan dan kesusahan akan hilang".(sumber:Dipetik dari buku Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi Sejarah hidup dan Pemikirannya oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam an-Nadwi al-Maliki)

Wednesday, May 28, 2008

Petikan "Ayyuhal Walad" Imam Ghazali

Wahai anakku yang tercinta,

Sebahagian daripada nasihat Rasulullah S.a.w kepada umatnya,

Ertinya:"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah ) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya ( pada hari kiamat nanti ) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka".

Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

Monday, May 26, 2008

Tausiyah : Selagi insan memerlukan udara......

Insan memerlukan udara untuk terus hidup,demikian ketetapan Allah terhadap mereka.Selagi insan memerlukan udara untuk hidup maka selagi itulah insan memerlukan Islam untuk terus hidup,bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.Itulah hakikatnya.Maka kembalinya manusia kepada Islam setelah berada dalam kesesatan merupakan fitrah yang akan sentiasa berlaku.Ia merupakan arus yang sentiasa mengalir tanpa boleh disekat.Setiap da'i perlu bergerak bersama arus hakiki ini,dalam erti kata kembali bergerak bersama arus kebangkitan Islam yang bukan lagi suatu khayalan.Dalam masa yang sama ,boleh dikatakan para da'i illallah bergerak bersama kehendak hakiki alam ini.Barat telah menampakkan sinar Islam yang telah menyinsing,setelah hidup meraba-raba mencari matlamat.Timur juga menampakkan lorong arus untuk ia mengalir laju dan terus mengalir.Sudah menjadi sunnatullah bahawa kebenaran akan terserlah dan kebatilan akan terhapus.Jadilah insan yang bersama-sama membantu arus ini untuk terus mengalir.Jangan disekat-sekat perjalanannya dengan hasad,pertengkaran,persilisihan faham sesama penggerak arus ini.Bukankah halangan ini juga merupakan kebatilan? Dan setiap kebatilan perlu difikirkan natijahnya.Berlapang dada,bertolak ansur,berjiwa besar,tawadhuk akan membuatkan hati sentiasa tenang dalam bersama-sama membawa arus ini dan keberkatanNya akan menerbitkan suatu kejayaan yang tidak disangka-sangka.Manusia memerlukan ketenangan,dan ketenangan pastinya bersama islam.Wallahu'alam.

Islam berkembang pesat di Belgium

Brussels: Sebuah akhbar berpengaruh Belgium,’La Libre Belgigue’ dalam satu analisis rencananya mendapati,Islam akan menjadi agama terulung dan utama negeri itu dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang.
Akhbar berkenaan dalam satu kaji selidik mendapati ramai di kalangan anak-anak orang Islam yang lahir diberi nama Muhammad sejak 2001.Ini bermakna menjelang 2016-2020,ibu Negara,Brussels dibanjiri warga Belgium beagama Islam yang meningkat jumlahnya dari semasa ke semasa.
Kajian sama dilakukan seorang pensyarah Jabatan Antropologi di sebuah universiti di Bandar Leuven,Profesor Olivia Servy.
Menurutnya setakat ini satu pertiga penduduk Brussels adalah orang Islam,malah ia dijangka bertambah memandangkan kadar kelahiran anak-anak orang Islam sejak dua tiga tahun kebelakangan ini amat tinggi.
Ia akan mencecah satu angka besar diluar jangkaan semua pihak pada masa akan dating,kerana Islam sudah mula diterima dikalangan masyarakat di Belgium.
Walaubagaimanapun menurut Olivia,Negara-negara Eropah perlu mengadakan pemantauan dan sekatan terhadap kebanjiran orang-orang Islam khususnya di Brussels.Ini memandangkan ia ibu Negara Kesatuan Eropah yang sedikit sebanyak akan mencemarkan imej Eropah di mata dunia.
Terdahulu akhbar ’La Libre Belgigue’ dalam laporan kajiannya menyebut,kalau generasi pertama orang Islam yang menetap di Belgium pada tahun-tahun 70-an tidak bersungguh-sungguh memperlihatkan keislaman mereka dengan mengamalkan Islam sebagai cara hidup harian,gambaran itu amat berbeza sekali degan generasi orang Islam hari ini,kerana 75 peratus dari golongan remaja bersedia untuk mengamalkan ajaran agama mereka dalam semua keadaan dan di mana mereka berada.
Sementara itu seorang penulis wanita kontroversi,Hend Frehy.mengakui bahawa Brussels akan dibanjiri remaja Muslim yang cukup ramai.Mereka menolak cara hidup serta penampilan ala barat,malah menampilkan diri mereka dengan imej Islam,sama ada dari sudut pakaian,percakapan,cara berfikir dan pergaulan berasaskan kepada nilai-nilai positif.
Walaupun mugkin kehadiran mereka di tengah-tengah ibu kota menarik perhatian umum menurutnya,namun mereka boleh disifatkan sebagai golongan remaja yang memiliki sifat-sifat terpuji yang layak menjadi warganegara Belgium contoh kepada yang lain.-Le Journal du Mardi

Kejernihan wajah da'i


Kejernihan wajah seorang pendakwah.Dakwahnya melalui tulisan membawa manfaat buat para du'at di Malaysia...Dialah Al-Ustaz Fathi Yakan sohibul maza ya'ni fi intimai al-Islam (Apa Erti Saya Menganut Islam).

Ashleh nafsak,wad'u ghoirak


Perbaiki dirimu dan serulah yang lain.......Kata-kata hikmah ini wajar direnungi oleh semua para da'i."Al-Wau" pada tengah kalimah tersebut mengikut kaedah lughoh disebut "al-wau liljam'i" bermakna proses pengislahan diri digerakkan bersama-sama menyeru orang lain.Perlu diingat,ianya perlu diutamakan dengan diri sendiri,sesuai dengan kaedah yang telah kita sebut dibawah " al-ithar bilqurbi makruh,waghoiriha mahbub " .Dan juga telah disebut dalam surah at-Tahrim bermaksud,"Wahai orang-orang beriman jagalah diri kamu dan ahli-ahli kamu dari api neraka.......".Dan juga kita baca selepas solat "robbighfirli waliwalidayya".Hatta dengan ibu bapa pun dalam memohon keampunan perlu diri didahulukan.Jika kemantapan diri dapat dikuatkan dalam menuju jalan akhirat,maka urusan dakwah pasti dimudahkan Allah.Pasti keberkatan bersama dengan usaha tersebut.Syeikh Muhammad Basyir al-Syaqfah dalam kata pengantar dalam sebuah buku yang menceritakan ketokohan Syeikh Abdul Qair al-Jailani menyatakan :"Syeikh Abdul Qadir al-Jailani memiliki kehebatan dalam memberi nasihat yang jarang dimiliki orang sepertinya yang sama-sama mengadakan majlis zikir dan melaksanakan tugas mulia ini.Pada saya,kekuatan luar biasa dalam menyampaikan nasihat ini bersumber dari tiga asas yang merupakan ciri keperibadian agung Syeikh Abdul Qadir al-jailani dan menjadi sandaran rohnya yang suci iaitu; kekuatan iman disertai istiqamah,hafalan dan kekuatan ilham.Seseorang yang tidak memiliki ketiga-tiga sifat ini pasti tidak mampu berkomunikasi dengan orang ramai sebagaimana yang dilakukan oleh beliau".Disebutkan lagi,"Kegelapan maksiat dapat mematikan kewibawaan kata-kata dalam jiwa orang yang memberikan nasihat sekaligus melemahkan kekuatan,memadamkan semangat,menghilangkan kesan dan tidak mampu menguasai jiwa mereka yang mendengar nasihatnya.Dengan kata-kata lain,kata-kata akan kehilangan maknanya jika disertai dengan perbuatan maksiat"...Wallahu'alam.Ya Allah berilah kekuatan diri kami dalam menghadapi zaman fitnah ini.Tanpa kekuatan yang Engkau berikan kami tak mampu,tanpa kekuatan dari-Mu,sedikitpun tiada kekuatan pada diri kami untuk taat kepadaMu...semuanya milikMu dan kami kembalikan segalanya kepada-Mu.

Kata-kata Rabi'ah al-Adawiyah



"Aku cinta kepada-Mu dua cinta,cinta seorang kekasih dan cinta kerana Engkau berhak dicintai.Adapun cinta seorang kekasih,Maka aku sentiasa mengingati-Mu tiada pada yang lain.Adapun cinta yang Engkau berhak dicintai,Maka bukakanlah hijab-Mu kepadaku sehingga aku melihat-Mu.Bagiku tidak ada pujian pada kedua-duanya tetapi bagi-Mu kepujian pada kedua-duanya."
Siapa Rabiah al-adawiyah?
Ibn Khalikan menjelaskan nama penuhnya, Umu al-Khair Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah al-Basriyah al-Qisiyah.Beliau menyifatkan Rabiah dengan katanya : Rabiah seorang tokoh pada zamannya,ceritanya dalam kebaikan dan ibadah amatlah masyhur (kitab Wafayat al-A'yan).
Al-Sya'rani menyebut dalam Tabaqatnya,Rabiah banyak menangis dan dukacita,apabila dia mendengar perkataan neraka dia tidak sedarkan diri beberapa lama kerana takut,ini menyebabkan tempat sujudnya dibasahi air.
Ibn Hubad al-Randi dalam kitab Hakam 'Atta'i: Walaupun Sufian dikenali dengan zahid dan alim,tetapi dia tetap duduk dihadapan Rabi'ah dan berkata kepadanya : Ajarkan kami apa yang Allah kurniakan kepadamu daripada rahsia hikmah.Dia menjawab:" Sebaik-baik lelaki ,kalau engkau tidak cintakan dunia".Sufian mengakui ketinggian Rabi'ah dan beliau menerima pendapatnya.
Wallahu'alam.....ambil iktibar dan hitung diri.

Wednesday, May 21, 2008

Mau'izhah sejenak bersama Syeikh Abdul Qadir al Jailani.


Berkata Syeikh Abdul Qadir al Jailani:"Aku pernah hidup di Baghdad selama 20 hari namun tidak ada suatu apa pun yang dapat aku makan.Kemudian aku pergi menuju Istana kisra untuk mencari sesuatu yang dapat di makan,tetapi aku dapati 70 orang faqir telah mendahuluiku untuk meminta makanan.Maka aku berkata pada diri aku,:"Sungguh tidak wajar jika aku berasak-asak mencari makanan bersama mereka".Kaedah fiqh menyebut,"al-Ithar bilqurbi makruh wa fi ghoiriha mahbub".Mengutamakan orang lain dalam hal ibadat makruh,dan bagi yang lainnya terpuji.Dan diantara ciri-ciri orang-orang ansar yang telah dididik Baginda disebut dalam al-Quran "...dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin) ke atas diri mereka.Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu)....surah al-Hasyr:ayat 9.

Tuesday, May 20, 2008

Membina peribadi murabbi

Rasulullah membawa misi Tanbih al-hukm,tanfiz al-hukm serta tazkiyyatunnafs.Berdasarkan contoh insan agung ini maka penggabungan antara haraki,sufi dan faqih merupakan elemen mantap perlu ada dalam jiwa murabbi.Dalam meniti kehidupan kini yang makin mencabar,sukar untuk membina dan membentuk peribadi murabbi.Namun jalan yang menuju ke arah itu menjanjikan ganjaran yang cukup besar disisi Allah seperti disebut dalam satu kaedah "Al-ajru 'ala qadri masyaqqah".Ganjaran itu mengikut kadar kepayahan yang ditempuhi.Membina diri menjadi faqih menuntut kepada masa untuk tafaqquh yang secara konsistenIlmu lughoh arab perlu di dalami sehingga dapat membuka kitab-kitab turath yang terkandung seribu satu hikmah.Bersifat haraki,tidak dapat tidak bakal murabbi tersebut mesti dibiasakan bermuamalah atas tujuan da'wah kepada semua golongan.Tetapi faqih dan haraki perlu dihiasi dengan ciri seorang sufi yang menyebabkan seorang murabbi dapat memimpin tangan saudaranya menuju jalan yang lurus.Seperti gambaran guruku,"Tertegaknya Islam di Mesir jika gabungan antara Al-Azhar,Ikhwan Muslimin dan Tariqat itu digabungkan".Dan kata-kata Abul Hasan an-Nadwi ketika memuji Syeikh Abdul Qadir al-Jailani "Dunia Islam sememangnya amat memerlukan seorang da'i yang dekat di hati rakyat,memiliki keperibadian dan semangat yang tinggi,mampu bergaul dengan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menyebarkan dakwah dan nasihat ,menyucikan jiwa,sama ada yang berkaitan dengan rohani,keagamaan dan kehidupan iman.Dakwah tersebut diharapakan dapat menghilangkan sikap cinta dan tamak duniawi,membina iman iman dalam jiwa,membangkitkan aqidah akhirat,menggerakkan hati supaya mencintai Allah dan rindu kepadaNya.Dismping itu mendorong untuk tetap bercita-cita tinggi dan mengerahkan segala daya upaya dalam menuntut ilmu supaya lebih mengenali Allah,mengetahui cara beribadah yang betul,memperolehi redhaNya,berlumba-lumba untuk mengajak kepada tauhid dan agama dengan dakwah yang nyataUsaha ini wujud dalam Syeikh Abdul Qadir al-Jailani."Rijal al-fikr wa al-Dakwah,hlm:252.Wallahua'lam..

Tuesday, May 13, 2008

Kadang-kadang bimbang gak....




Selepas PRU12 ternyata corak politik Malaysia telah berubah.Parti yang dikuasai sepenuhnya oleh orang Islam hanya dua parti sahaja,PAS dan Umno.PKR sebuah parti campuran semua jenis agama dan bangsa.DAP didominasi cina bukan beragama Islam.Baru-baru ni pulak dengar kata Gerakan nak bersama Pakatan Rakyat.Gerakan sebuah parti juga dominasi cina.Baru-baru ni pulak dalam Utusan sebut 11,000 ahli parti Bersatu India Malaysia cawangan Pulau Pinang dah masuk PKR.Parti tu baru tubuh ja Nov tahun lepas tapi sokong BN.Sudah tentu parti tersebut sebuah parti bukan Islam.Jika benar PR didominasi oleh bukan Islam,atau sama banyak diantara Islam dan non-Muslim,maka pada PRU-13 semestinya masing-masing parti komponen PR akan memohon diletakkan calon-calon mereka.Maka semakin bertambahlah wakil-wakil dari kalangan non-Muslim.Ia menuntut kita memikirkan secara mendalam yakni corak dakwah (uslub) yang bakal diketengahkan oleh PAS bagi meletakkan Islam di atas segala yang lain.Sudahlah ekonomi Malaysia dipegang oleh cina (non-Muslim).Lihat saja rumah kedai di sekitar rumah kita,pasti kita dapati kaum non-muslim yang dominasi.Satu ketika dahulu masyarakat melayu mendominasi aktiviti pertanian.Ya,sekarang pun orang melayu yang buat pertanian,tapi syarikat terbesar yang pegang padi di Malaysia,hanya dua syarikat dari kalangan muslim.Pasca PRU12 menuntut kita banyak memikirkan dan bekerja ke arah menggunakan sepenuhnya ruang dakwah yang ada.Memang, selepas banyak kerusi yang PR menang,ruang terbuka semakin luas untuk berdakwah.Corak dakwah pula perlu lebih meluas bagi menambat hati umat Islam yang lalai serta non muslim untuk kita menjadikan Islam sebagai cara hidup dan pegangan masyarakat Malaysia khususnya.Sebenarnya,parti Islam bergerak bersama tuntutan alam dan selari dengan fitrah hidup insani.Wallahua'lam.


Friday, May 9, 2008

Penghujung dunia semakin hampir


Ini satu analisis aku yang serba jahil......Pernahkah kita mendengar hadith mengenai satu tanda kiamat,iaitu matahari terbitnya di barat.Ana pernah dengar satu pendapat (tidak pasti siapa punya pendapat) yang menafsirkan hadith tersebut dengan menyatakan kebangkitan Islam setelah sekian lama dinantikan,maka ia akan berlaku di barat.Dan kajian sains pun telah menyatakan realiti peredaran sistem suria pada tahun mendatang,akan membuatkan matahari terbitnya di barat.Bahkan tiada yang mustahil bagi Allah Rabbilalamin.Maka bila disebut tahun 2035,yang perlu direnungi adalah berapa usia kita pada ketika itu.Umurku ketika itu insyaAllah...ermm....masyaAllah dah 50 tahun!Itu pun kalau dipanjangkan umur.Apapun kiamat kecil yakni mati pasti dahulu ditemui.Kesimpulan disini,diam tak diam masa semakin hari semakin banyak masa telah dibazirkan dengan selain dari mengingat Allah (ibadah) ,sedangkan matlamat hidup manusia dan jin ialah ibadah.Gerun rasanya bila teringat bahawa hisab Allah amat telita,setiap hembusan ditimbang........subhanallah kerdilnya aku!

Thursday, May 8, 2008

Muslim lebih kuat di Britain pada 2035


LONDON: Penduduk Muslim Britain akan mengatasi bilangan penganut Kristian yang ke gereja dalam tempoh 30 tahun lagi yang turut menyaksikan beribu-ribu gereja terpaksa ditutup, menurut satu kajian terbaru yang dilaporkan semalam. Hasil kajian oleh kumpulan pemikir agama yang diumumkan kelmarin menunjukkan ada seramai 1.96 juta Muslim di Britain menjelang 2035 - jauh melebihi kira-kira 1.63 juta penganut Kristian, lapor akhbar Daily Mail. Bilangan penduduk Kristian itu akan turut diatasi penduduk Hindu selepas 2050, lapor kajian terbaru oleh kumpulan pemikir Christian Research.

Kumpulan itu juga mendakwa, kira-kira 4,000 gereja dijangka tutup menjelang 2020 jika bilangan penganut Katolik yang mengunjungi gereja terus berkurangan secara mendadak berdasarkan trend masa kini. Bagaimanapun, pihak Gereja England segera menyangkal kajian itu lewat kelmarin dan menyifatkannya sebagai ‘salah dan menyebabkan kekeliruan yang membahayakan.’ “Statistik seperti ini yang cuma berdasarkan andaian meragukan, tidak membantu mana-mana pengikut agama sekali pun. Penganut pelbagai agama bukannya saling bersaing dan kajian ini hanya mengundang bahaya,” kata jurucakap Gereja England berkenaan.
Bilangan Muslim itu berdasarkan angka dalam bancian kebangsaan pada 2001. Jika proses itu diambil kira bagi penganut Kristian, ada kira-kira 20 juta penganut agama itu yang kerap ke gereja, kata Church House. Namun kajian itu tidak pula menyatakan bilangan Kristian yang ke gereja setiap minggu kerana ia cuma membabitkan golongan dewasa berdasarkan senarai pengundi rasmi. Mereka yang tersenarai itu dibenarkan mengundi di dalam mesyuarat peringkat gereja berkenaan. Kalangan pakar sudah mengakui berbanding penganut lain, Muslim lebih terbukti mengamalkan agama mereka dengan lebih khusus. Lebih separuh daripada Muslim yang menyertai bancian kebangsaan itu mengakui mereka solat lima waktu sehari berbanding 6.3 peratus penganut Kristian yang hadir di gereja sekali seminggu.
Awal tahun ini, Paderi Besar Canterbury, Dr Rowan Williams yang berpengaruh, menjadi sasaran kecaman apabila mengesyorkan undang-undang Britain perlu turut merangkumi beberapa aspek undang-undang Syariah yang mencetuskan kemarahan penduduk Kristian negara itu. Sementara itu, Universiti Cambridge dan Universiti Edinburgh mengumumkan rancangan mewujudkan dua pusat penyelidikan baru untuk kajian Islam. Ia bakal dilaksanakan dengan kerjasama pengerusi Yayasan Kingdom, Putera Alwaleed bin Abdulaziz AlSaud dari Arab Saudi. Pusat penyelidikan baru itu akan melakukan penyelidikan dan kempen awam bertujuan meningkatkan persefahaman dunia Islam dengan bukan Islam. - Agensi

Wednesday, May 7, 2008

Fajar Islam di bumi Malaysia




Kita berlapang dada dan bersyukur menerima kebangkitan Islam yang mula menampakkan sinarnya di bumi Malaysia ini,InsyaAllah.Tetapi,persoalan yang timbul, apakah PAS yang berjaya menawan beberapa buah negeri dalam PRU 12, pengundi-pengundi Melayu khususnya memilih atas dasar kefahaman?Memahami dan menghayati dengan baik akan dasar-dasar Islam?Inilah yang kita perlu fikirkan bersama.Apapun,kemenangan ini merupakan suatu penyediaan ruang untuk kefahaman Islam disebarluaskan,menanam benih takwa dalam kehidupan masyarakat.Hasilnya,masyarakat dengan sendiri meminta pemerintah melaksanakan Islam sepenuhnya.Takwa menjadi polis bagi setiap individu muslim.Yang bersalah, atas dasar takwa mengaku akan kesalahannya...InsyaAllah.

Tuesday, May 6, 2008

"Sunggoh ! sunggoh ! sunggoh ! aku kata ni! "


Tersentuh bilamana membaca surah al-asr,surah yang mendatangkan kegerunan dalam diri.Berkata al-imam asy-syafie:لوتدبر الناس هذه السورة لوسعتهم "Sudah cukup kalau surah al-asr sahaja yang diturunkan jika manusia mentadabbur akan ia".Dari uslub qawaid lughawi,Allah menggunakan "waw al-qasam" bermakna Allah bersumpah dengan masa.Perkataan yang digunakan bermakna terkandung rahsia yang perlu direnung sedalam-dalamnya.Tidak cukup dengan sumpah ditambah lagi dengan adat taukid "Inna" yang beerti sesungguhnya,menasabkan al-ism merafa'kan khabar.'الانسان' disini terkandung لام الجنس bermakna semua jenis yang bernama insan.Kemudian ditambah lagi dengan hurf "lam ta'kid" bermakna lam yang lagi menunjukkan penegasan.Dan barulah dinyatakan perkataan rugi tersebut.Analoginya dalam bahasa orang utara,"Sungguh! sungguh!sungguh aku kata ni!". Perkataan khusr pula tidak diikat dengan "alif lam ma'rifah" bermakna "tufiidul umum",bermakna sumber yang menyebabkan manusia dalam kerugian cukup banyak.Dan dalam tafsir munir pulak sebut التنكير للتعظيم اي في خسر عظيم ( rugi sangat-sangat ).Melainkan amalan yang soleh yang diikatkan dengan perasaan 'ubudiah (kehambaan) kepada khaliq.Disinilah kepentingan meluruskan niat yang tidak dapat samasekali dipisahkan dengan ikhlas.........wallahu'alam.


Setiap perbuatan bermula dengan niat......


Salam pertemuan pada yang baru masuk blog ni....innamal'amal binniyat...hadith pertama dalam matan arba'in imam nawawi...dalam kaedah fiqh yang lima pun ada yang berbunyi" al-umur bimaqasidiha" iaitu setiap perbuatan berdasarkan apa yang dimaksudkannya ..alhamdulillah semoga kehadiran blog ni menjadi satu manfaat pada suma,'addalu a'lalkhair kafa'ilih'..penunjuk kepada sesutu kebaikan mendapat ganjaran seumpama orang yang ditunjukki...dan menjadi jariah kepada diri yang lemah ini buat bekalan di hari penyesalan nanti,insyaAllah....doakan hamba ye....=)

Salam pengenalan buat semua..... inni uhibbukum....

Alhamdulillah......segala puji hanya bagi Allah rabbulalamin.....kumulakan blog ini dengan kalimah mulia bismillahirrahmanirrahim.....selawat salam kepada penghulu segala makhluk Muhammad ibn Abdullah......