Wednesday, January 7, 2009

Rahsia cinta sejati...


Disebut dalam Adabul Mufrod al-Imam Bukhari Rahimahullah hadith : "Kullu ma'ruf sadaqah".Setiap kebaikan itu sedeqah.InsyaAllah,sama-sama kita beramal dengan hadith tersebut.Nilaian sedeqah yang membuahkan ganjaran diakhirat perlu dihayati dengan penuh keinsafan bahawa semua pahala merupakan "matawang" diakhirat.Juga disebut, tasbih,tahmid dan takbir itu sadaqah.InsyaAllah,dapat dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana zikir sirr sambil menunggang,memandu,berjalan dan apa jua bentuk keadaan,hanya kita dan Dia yang tahu.Merupakan "SMS rahsia cinta agung kita dan Dia" setiap masa,insyaAllah...."lahaula wala quwwata illa billah"...

*Ya Allah fahamkan kami akan hal ini.

No comments: