Tuesday, January 13, 2009

Berdoalah wahai al-faqir!


Jika kau berdoa, berpeganglah bahawa makbulnya itu ialah hak Allah,bukannya pilihanmu tapi pilihan Allah untuk dirimu.Dia Maha Teliti Mengetahui akan hal dirimu.Waktu Dia memperkenankan doa kita merupakan waktu yang dipilihNya bukan waktu pilihan kita.Sedarlah bahawa kita hamba,bukannya Tuan.Berlakulah atas kelakuan hamba bukan atas kelakuan Tuan.Nescaya tiada putus asa akan doa tersebut.Didalam sebuah hadith disebutkan : "Jibril meminta kepada Allah : Ya Rabb,fulan merupakan hambaMu,perkenanlah doanya,Allah menyatakan : Biarlah hambaku itu,Sesungguhnya Aku suka mendengar suaranya".. Subhanallah.Mulakanlah menjalin hubungan cinta hakiki denganNya dan terus berjalan menujuNya.Beradablah tika berdoa kepadaNya.Jangan lost contact denganNya.Teruskan berhubung denganNya melalui doa.

*Ya Allah fahamkan kami akan hal ini.Jadikan kami di kalangan hambaMu yang soleh

No comments: