Friday, January 9, 2009

Khutbah Jumaat UIA hari ini...


Khutbah Jumaat harini cukup menyentuh hati yang kotor ini.Disampaikan oleh Syeikh Prof Dr Abd Razak Sa'adi.Menceritakan peristiwa hijrah bersempena awal Muharram yg ditetapkan oleh Saidina Umar setelah beristisyarah dengan para sahabat mengenai penetapan permulaan tahun hijrah.Juga dibangkitkan jasa Saidina Abu Bakar sekeluarga bersama anak2nya Abdullah,Abdurrahman serta Asma dalam peristiwa hijrah yang membawa erti yang besar pada kebangkitan Islam.Maka ayat al-Quran yang berbunyi "la takhaf wala tahzan innallahama'ana" para mufassirin menyatakan ditujukan kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang bimbang akan kehadiran kafir musyrikin di pintu gua Thur tersebut.Sayyidina Abu Bakar bukan bimbangkan keselamatan nyawanya,tetapi bimbangkan Rasullullah serta natijah dakwah Islam jika apa-apa berlaku pada baginda.Subhanallah.Hebatnya tahap iman Abu Bakr.Maka haram mempertikaikan atau mencela Sayyidina Abu Bakar mengikut pandangan jumhur ulama berdasarkan ayat tersebut.Asma ditemani Abdurrahman menghantar bekalan makanan kepada Rasulullah dan ayahanda mereka.Abdullah mengumpulkan maklumat semasa untuk dilaporkan kepada baginda.Hatta ankabut dan merpati juga tinggi pengorbanan mereka terhadap dakwah Rasulullah.Begitu juga pengorbanan muhajirin dan ansar yang cukup besar sehinggakan digelar oleh Allah kepada mereka,radhiyallahu'anhum waradhu'anh di dalam al-Quran. As-Syeikh Dr juga menyeru agar mendoakan para muslimin,mujahidin di Ghaza yang sedang bertarung dengan keperitan dan kezaliman yahudi laknatullah.Dalam hal yang lain,kagum al-faqir dengan daqiq ilmu dan kesolehan as-Syeikh Dr yang berketurunan Abdul Qadir al-Jailani seterusnya salasilahnya bertemu dengan nabi.Disinilah perlu kita insafi,bahawa diri yang soleh dan dijaga dengan baik akan terkesan kepada keturunan soleh dan baik.

*Ya Allah,jadikan kami dikalangan hambaMu yang soleh.
ampunilah dosa yang lalu serta bantulah mulakan perjalanan baru.....

No comments: