Saturday, January 2, 2010

"Aku dah nak balik ni"...


"Cukuplah kematian itu menjadi pengajaran bagimu",

kata-kata saidina Umar radhiyallahuanhu.



Sabtu malam ahad mendapat berita seorang anak murid Syeikh Fuad telah meninggal dunia akibat kemalangan yang berlaku beberapa minit sebelum watu maghrib.Katanya meninggal pada pukul 7.10 ptg bermakna masih didalam hari Jumaat.Suatu kemuliaan jika meninggal pada peghulu hari tersebut. Malam tadi,bertemu dengan Fahmi (Kawan di Kulliyyah Engineering).Beliau menceritakan perihal neneknya yang meninggal di Madinah.Dikuburkan di perkuburan Baqi'.Meninggal pada subuh hari Jumaat.Perginya untuk menunaikan umrah adalah perancangan yang segera dibuat olehnya.Tanpa berfikir panjang,menggunakan duit bendang untuk menjadi tetamu Allah.Begitulah yang dikatan ajal.Tak dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat.Begitu juga tempat kematian berlaku atas ketetapan yag tertulis di Lauh Mahfuz.


Sepertimana kisah yang disebut oleh al-Imam all-Qurthubi dalam kitabnya At-Tazkirah,menceritakan satu kisah seorang lelaki meminta kepada nabi Sulaiman untuk mengarahkan angin supaya membawanya ke tanah Hindi.Nabi Sulaiman menyetujui permintaan tersebut.Kemudian terlihat akan malaikat maut tersenyum.Nabi Sulaiman bertanya kenapakah beliau tersenyum.Malaikat menjawab,"aku diperintahkan oleh Allah untuk mencabut nyawa lelaki tersebut di tanah Hindi,maka digerakkan keinginan lelaki tersebut untuk kesana".



Demikian juga yang berlaku pada nenek Fahmi.Keinginan untuk bertandang ke Mekah/Madinah merupakan anugerah kasih Allah pada hambanya untuk menghembuskan nafas terakhir di Madinah Disolatkan ramai orang di Masjid Nabi serta dikebumikan di perkuburan Baqi' bersama tempat persemadian sahabat-sahabat nabi ridhwanullah alaihim ajma'in.Siapa sangka seorang wanita tua dari kampung di cerok Kedah dapat layanan kasih allah sedemikian rupa.Tambahan pula hari yang mulia hari Jumaat.Allah Allah.Diceritakan oleh cucunya,neneknya seorang yang kuat amalan kerohaniaannya.Belajar agama di Pondok Tualang,Kedah.Sungguh taat pada suami.Tidak membalas walau sedikit pun jika dimarahi suami.Taatnya pada suami berkemungkinan asbab kasih allah padanya.Ditambah amalan yang dilakukan secara istiqamah.Kemudian Fami menambah lagi menceritakan datuknya yakni suami kepada neneknya tersebut,beberapa ketika sebelum menghembuskan nafas terakhir,memberitahu padanya," Aku dah nak balik ni".Fahmi hairan kerna datuknya memang berada dirumahnya ketika itu.Barulah faham,maksud balik itu ialah balik bertemu Allah.Wallahu'alam.


"Kafa bilmauti wa'izhan"..


*Doakan kita kembali padaNya seperti kembalinya kekasih bertemu Kekasih..aamin

No comments: