Saturday, June 6, 2009

Tahniah Pimpinan Pas Sesi 2009-2011



Tahniah pada pimpinan baru PAS bagi sesi 2009-2011.Sesungguhnya pemilihan ini merupakan satu amanah besar oleh umat Islam di Malasia khususnya serta di peringkat antarabangsa umumnya sebagi sebuah parti utama dalam sistem demokrasi yang berpaksikan Islam sebagai dasar perjuangan.Politik wajib bergerak atas dasar da'wah.Pas hanyalah sebagai wadah perjuangan sebaliknya Islam itu yang sebenarnya matlamat perjuangan.Keterbukaan dalam menerima kritikan membina,muzakarah serta islah menyebabkan parti ini dierima hari demi hari,tahun demi tahun.

Bergeraklah atas dasar da'wah.Ahli-ahli UMNO perlu diberikan kefahaman Islam sebaiknya dengan penuh kelembutan seperti ditunjukkan pleh Rasulullah. Pelbagai uslub/strategi haruslah difikirkan bersama.Atas dasar da'wah dan kefahaman,Kelab Penyokong Pas perlu diisi program yang saban hari memberi faham sebenar tentang Islam pada mereka.

Sama2 kita doakan.Allahumma aamiin.

1 comment:

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Salam.

Ya Sheikh....Hehehe.

PAS, UMNO dan PKR kena bersatu.

Tiga parti politik ini perlu antara satu sama lain jika ingin perjuangkan Melayu-Islam.

PAS dan UMNO jika ingin bersatu tanpa Anwar Ibrahim hanya akan menjadi tindakan yang sia-sia.

Sewaktu PRU 1999, PAS menang banyak kerusi. Sehingga PAS berpendapat bahawa kemenangan pada PRU 1999 adalah disebabkan PAS sendiri dan bukannya gelombang reformasi, Anwar Ibrahim mahupun Barisan Alternatif.

Keengganan PAS bersama Barisan Alternatif dan 'ego' untuk bertindak bersendirian dalam PRU 2004 mengundang padah; Terengganu kalah dan Ketua Pembangkang kembali pada DAP.

Waktu itu PAS sedang syok sendiri dan merasakan diri sudah gah.

Sekiranya pendapat dan mentaliti sedemikian sudah ada dikalangan pemimpin PAS sendiri, susah Syeikh....:)