Wednesday, January 13, 2010

Sayu hati....

Tiba-tiba teringat malam itu di masjid al-Falah ketika al-Habib Umar bin Hafizh ingin beredar dari majlis.Orang ramai berebut berpusu-pusu ingin menyalami,memeluk al-habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafizh.Dari mula habis majlis, sehinggalah al-Habib selesai makan tak henti-henti orang ramai berebut2.Terpaksa al-habib di hadang oleh jawatankuasa majlis.Sempat juga al-faqir berbual ringkas dengan ustaz Aminuddin Abd Rahim (Din Tok Guru) yang dari Kedah datang malam itu untuk bertemu al-Habib untuk mentahnikkan anaknya.'Ala kulli hal,apa yang membuatkan diri ini sayu hati ialah ketika orang ramai berpusu-pusu menghantar al-Habib ke kereta,al-faqir terlintas depan seorang pemuda (lingkungan usia hampir 30),tak berkaki dan kudung sebelah tangan yang sedang menanti al-habib keluar dari masjid untuk ke kereta.Malangnya,orang ramai berpusu2 mengikut al-habib sehinggakan beliau tak mampu memandang muka syeikh al-Habib.Seraya beliau melontarkan hasratnya yang sempat al-faqir dengar, "Tepilah sikit,saya pun nak tengok jugak (Habib Umar)".Sayu hati kerna akhirnya beliau tak termampu memandang al-Habib walau seketika kerna dirinya yang cacat separas pinggang..Allah Allah.Ingin sekali al-faqir berdoa untuknya,agar diketemukan kepadanya dengan al-Habib bersama-sama di syurga.Bila melihat perkara sedemikian berlaku,bersyukur sekali dipilih olehNya hadir pada majlis yang diberkati tersebut.Al-faqir hampir-hampir tidak menghadiri majlis tersebut kerna keletihan (malas) selepas paginya mengikut program al-habib di Madras Nur,Pantai Dalam dan Kompleks Tabung Haji.Maklumlah,hanya berbekalkan spedar biru yang tua usianya.hehe.Apa pun,alhamdulillah...

"Ya Allah,himpunkanlah sepanjang hidup ini bersama para solehin hinggalah di akhirat kelak"

*Doakan saya

Dengan berkat nabi-Mu....



Ya,




Dengan berkat nabi-Mu,


Dengan berkat para sahabatnya,


Dengan berkat tabi'in,


Dengan berkat tabi' tabi'in,


Dengan berkat para awliya',


Dengan berkat para syuhada',


Dengan berkat seluruh ulama Ahlissunnah wal Jamaah,




Maka,




Ampunkanlah dosa-dosa kami,




yang,




lalai terhadap perintah-Mu,


melanggari larangan-Mu,


tidak mensyukuri pada setiap ni'mat-Mu,


alpa dari mengingati-Mu,


seringkali terjerumus pada perkara melalaikan,


tidak mengamal keseluruhan sunnah nabi-Mu,


tidak mengamalkan setiap ilmu yang kami peroleh,






Serta,fahamkanlah kami hakikat kalimah mulia dari-Mu,
"Laahaula wala quwwata illa billah"






*harapkan doa dari setiap pengunjung blog pada al-faqir

Tuesday, January 12, 2010

Cinta Sahabat

Daripada Ummul Mukminin Aisyah berkata :

Sesungguhnya Abu Bakar (Allah redha padanya) masuk mendapatkan Nabi (Allah berselawat atas baginda) setelah Baginda wafat.Maka dia meletakkan mulutnya (mengucup) di antara kedua mata Baginda,dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua lengan Nabi serta berkata :
" Wahai Nabi!Wahai kawan yang tulus! Wahai kekasih!".

Berselawatlah pada baginda sebanyak-banyaknya.Berqasidahlah memuji nabi.Jika mereka mengatakan jangan berlebihan memuji nabi maka katakan pada mereka pujian yang kami lakukan adalah merupakan hak pada nama nabi itu sendiri yang menuntut kita tunaikan.Hammada apa maksudnya? yuhammidu apa maksudnya? Muhammadan apa maksudnya?.Adakah hammada yuhammidu itu isyaratnya hanya sekali pujian?.


Jawab lagi bahawa pujian kami mengikut pentunjuk Pencipta kami dan Pencipta kamu,pada ayat "Sesungguhnya pada dirimu akhlak yang terpuji".Lafaz 'azhim itu hanya sighah biasa atau sighah mubalaghah?


Nah!Sekarang pergilah kamu,biarkan kami dengan kekasih Allah.


Wallahu'alam.


*Doakan al-faqir

Ijazah musalsal ta'mim bil 'imamah (pemakaian serban)


Min zikraayat baini wa al-habib. Tahadduth binni'mah. Alhamdulillah,bifadhlillah,al-faqir telah dipakaikan serban sambil membaca ayatul kursi oleh al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz pada 10 Januari 2010 di UIA (lebih kurang 8.15pg) atas permintaan al-faqir pada al-Habib setelah beliau menyampaikan kuliah Subuh beliau.Al-habib berpesan setelah pemakaian tersebut "Sebaik2 pakaian adalah pakaian ketakwaan". Pada tahun lepas al-faqir juga telah dipakaikan oleh Syeikh Muhammad Husni al-Langkati al-azhari.

Semoga menjadi saksi kelak di akhirat.


*Doakan al-faqir

Monday, January 4, 2010

Kalam Hikmah Cinta Allah.....



Sama-sama kita hadiri majlis bersama Habib Umar bin Hafiz ke Malaysia.Merenung,menghayati,mengamal kalam hikmah yang ditaburkan pada jalan mencintai Allah Dan Rasul-Nya......

Saturday, January 2, 2010

"Aku dah nak balik ni"...


"Cukuplah kematian itu menjadi pengajaran bagimu",

kata-kata saidina Umar radhiyallahuanhu.



Sabtu malam ahad mendapat berita seorang anak murid Syeikh Fuad telah meninggal dunia akibat kemalangan yang berlaku beberapa minit sebelum watu maghrib.Katanya meninggal pada pukul 7.10 ptg bermakna masih didalam hari Jumaat.Suatu kemuliaan jika meninggal pada peghulu hari tersebut. Malam tadi,bertemu dengan Fahmi (Kawan di Kulliyyah Engineering).Beliau menceritakan perihal neneknya yang meninggal di Madinah.Dikuburkan di perkuburan Baqi'.Meninggal pada subuh hari Jumaat.Perginya untuk menunaikan umrah adalah perancangan yang segera dibuat olehnya.Tanpa berfikir panjang,menggunakan duit bendang untuk menjadi tetamu Allah.Begitulah yang dikatan ajal.Tak dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat.Begitu juga tempat kematian berlaku atas ketetapan yag tertulis di Lauh Mahfuz.


Sepertimana kisah yang disebut oleh al-Imam all-Qurthubi dalam kitabnya At-Tazkirah,menceritakan satu kisah seorang lelaki meminta kepada nabi Sulaiman untuk mengarahkan angin supaya membawanya ke tanah Hindi.Nabi Sulaiman menyetujui permintaan tersebut.Kemudian terlihat akan malaikat maut tersenyum.Nabi Sulaiman bertanya kenapakah beliau tersenyum.Malaikat menjawab,"aku diperintahkan oleh Allah untuk mencabut nyawa lelaki tersebut di tanah Hindi,maka digerakkan keinginan lelaki tersebut untuk kesana".



Demikian juga yang berlaku pada nenek Fahmi.Keinginan untuk bertandang ke Mekah/Madinah merupakan anugerah kasih Allah pada hambanya untuk menghembuskan nafas terakhir di Madinah Disolatkan ramai orang di Masjid Nabi serta dikebumikan di perkuburan Baqi' bersama tempat persemadian sahabat-sahabat nabi ridhwanullah alaihim ajma'in.Siapa sangka seorang wanita tua dari kampung di cerok Kedah dapat layanan kasih allah sedemikian rupa.Tambahan pula hari yang mulia hari Jumaat.Allah Allah.Diceritakan oleh cucunya,neneknya seorang yang kuat amalan kerohaniaannya.Belajar agama di Pondok Tualang,Kedah.Sungguh taat pada suami.Tidak membalas walau sedikit pun jika dimarahi suami.Taatnya pada suami berkemungkinan asbab kasih allah padanya.Ditambah amalan yang dilakukan secara istiqamah.Kemudian Fami menambah lagi menceritakan datuknya yakni suami kepada neneknya tersebut,beberapa ketika sebelum menghembuskan nafas terakhir,memberitahu padanya," Aku dah nak balik ni".Fahmi hairan kerna datuknya memang berada dirumahnya ketika itu.Barulah faham,maksud balik itu ialah balik bertemu Allah.Wallahu'alam.


"Kafa bilmauti wa'izhan"..


*Doakan kita kembali padaNya seperti kembalinya kekasih bertemu Kekasih..aamin