Saturday, May 22, 2010

Busyralana....




KEGEMBIRAAN BAGI KAMI KERANA TERCAPAI CITA-CITA,
TELAH HILANG SUSAH DAN TELAH DATANG KESENANGAN,
MASA TELAH MENUNAIKAN JANJINYA,
KEGEMBIRAAN TELAH MENJADI NYATA,

Telah tiba kejernihan dan hilangnya kekeruhan,
Hari ini ialah hari kelahiran Baginda,
Yang tinggi darjat kemuliaannya,
Allah telah mengurniakan segala cita-citanya.

Wahai burung berbicaralah sambil menyanyi,
Dan hiburkanlah pendengaran kami,
Katakanlah yang Baginda itu,
Dengan kehadirannya maka berbahagialah hidup kami.

Wahai jiwa bergembiralah dengan pertemuan,
Wahai mata tataplah rindu yang tersimpan,
Inilah dia keindahan Nabi,
cahayanya menyinari kita semua.

Begitu bertuah nasib kami,
Tidak ada tolok bandingannya,
Kami nikmati cahaya Baginda,
Di kala pagi dan petang.

Wahai Makkah apa yang hendak aku katakan,
Sedangkan padamu lahirnya seorang Rasul,
Kami berharap akan sampai kepada,
Nabi Muhammad kekasih kami.

Wahai Madinah apa yang hendak aku katakan,
Sedangkan di kotamu baginda menetap,
Kami mengharapkan penerimaan Ilahi,
Untuk memperolehi syafaat nabi.

Wahai maqam Nabi yang mulia,
Dua sahabatnya dan ahli Baqi',
Wahai Allah permudahkanlah bagi kami sekalian,
Untuk menziarahi Nabi kami.

Selawat dan salam wahai Tuahan yang Maha Mengurniakan kesejahteraan,
ke atas Baginda penghapus kegelapan,
dan keluarga Baginda serta sahabat yang mulia,
Selagi qasidah ini terus dibaca.

1 comment:

inniakhofullah said...

Salam pencinta ilmu.

Minta izin share yang ini=)