Friday, February 13, 2009

Pesanan buatmu al-faqir....


Dunia asal dari adna (rendah),
Insan asal dari nasiya (lupa),
Manusia bermula dari tanah,
Kemudian dari air yang hina,
Keluar dari perut ibu tanpa seurat benang,

Adakah manusia mengejar sesuatu yang rendah,
Adakah manusia tak merasakan lupa itu sifat dhaif pada diri,
Tidakkah manusia tahu yang tanah itu letaknya hanya di bawah telapak kaki,
Tidakkah manusia tahu air itu keluar dari tempat yang hina,
Adakah mulia orang tak mempunyai walau seurat benang,

Syahadah itu kamu menafikan selain Dia,
Solat itu kemuncaknya bila dahi diletakkan pada lantai,
Kepala direndahkan dari dubur,
Puasa itu kamu berkeadaan seperti faqir tiada punya makanan,
Sewaktu haji kamu menyaluti tubuhmu hanya dengan kain putih,
Doa itu kamu merayu meminta kerana kamu tak punya,

Tuhan murka pada sifat marah,
Kerna terselit disitu protesmu terhadap taqdirNya,
Tuhan murka pada pelaku dosa itu kerna kamu nak bersifat seperti tuan,
Tuhan murka akan sombong itu kerna itu selendangNya,
Tuhan murka 'ujub itu kerna rasa semua darimu sedangkan yang hakiki dariNya segala,


Jadi apakah natijah setiap ibadahmu yang Dia ingin lihat,
darimu wahai al-faqir....
dari kehidupanmu,
Tiada lain tiada bukan ialah hanya rasa tawadhu' menyedari bahawa kamu adalah hanya seorang hamba...
Tapi malang,
tawadhumu itu pun dinodai,
Merasakan tawadhumu itu darimu,
Merasakan tawadhumu telah kamu letakkannya sesuai dengan tempatnya,
Adakah kau tahu tempatnya?
Kenapa mengaku dalam diam dirimu tahu?
Nak balas ni'mat sehelai bulu hidung pun tak mampu,
Hmm.....Tak malu harapkan balasan dari setiap 'ibadahmu kepadaNya,
Hutang belum berbayar,nak minta lagi?
Dia terima amalan pun sudah mencukupi,
Tiadakah kamu sedar yang hakikatnya kamu itu zalim setiap masa?
Kenapa malas basahkan lidahmu dengan mengaku kezalimanmu melalui istighfar sentiasa?
Kerna kamu alpa selalu bahawa lahaula wala quwwata illa billah.....
Sedarilah wahai diri....

*Ya Allah fahamkan kami akan hal ini,
Doakan untuk al-faqir......

No comments: