Hari ini,awal2 pagi bergerak menuju ke Kolej darul Hikmah,Sg Ramal.Menghadiri wacana isu semas yang dihadiri oleh bekas Presiden Abim pertama,Dato' Seri Anwar Ibrahim.Merasa satu kelainan setelah sekian lama menyepi dari bersama gerakan dakwah yang al-faqir pernah aktif bersama rakan-rakan dahulu dalam PKPIM.Majlis dihadiri oleh wakil-wakil Abim dari seluruh negeri.Bertemu dengan Ustaz Zulazri Derang,teman Abim Kedah.Sempat bertanyakan tentang Maahad Tarbiyah Derang,bumi yang al-faqir merasa tenang pabila berada disana.Mungkin barakah dari penghuninya yang ikhlas.
Teruja di majlis berkenaan,huraian Dato' Seri Anwar tentang keunuikan wadah dakwah bersama ABIM dengan mengimbau kenangan beliau ketika dulu.Antaranya bersama Al-Fadhil Ustaz Fadhil Nor yang ketika itu timbalan belia ke Kaherah.Berbincang bersama2 almarhum samada untuk berbaiah atau sebaliknya bersama Ikhwan Muslimin yang ketika itu dipimpin oleh Umar Tilmisani.Keputusan yang dibuat adalah tidak berbaiah sebalik mengambil sebanyak mungkin manfaat bersama Ikhwan Muslimin.Ia kerana memikirkan Malaysia memerlukan satu manhaj yang da'wah yang berbeza.
Teruja juga kerna Dato' Seri menghuraikan isu-isu/kenangan beliau dengan menampilkan rujukan-rujukan bacaan beliau yang pelbagai.Tak kuaran dari 20 buah buku disebutnya dalam majlis tersebut.Ternyata tasawwur dalam menghuraikan sesuatu amat dibantu oleh bacaan buku-buku yang pelbagai.Itu sosok tubuh pemimpin yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment