Monday, March 15, 2010

Mengenal-Nya : Disitu cinta terbina...


Sayyidina Ibn Abbas radhiyallahu-anhuma menafsirkan firman Allah Subhanahuwataala bermaksud "Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"..liya'buduun ai liya'rifun.

Untaian kalam hikmah yang indah dari al-'arif billah Ibrahim Ibn Adham ."al-Mahabbah itu adalah dari buahya ma'rifah.Sesiapa mengenal Allah bahawa dia cinta pada-Nya,Sesiapa yang cinta Allah,maka cinta dia akan Nabi.Sesiapa yang mengenal nabi maka dia akan mencintainya.

Dalam usaha diri yang lemah untuk mengenal Allah ini,tidak dapat tidak adalah perlu kepada mengikut baginda.Kerna firman Allah,"Katakanlah jika kamu mencintai Allah maka ikutilah aku (Muhammad) nescaya kamu akan dicintai Allah...".

Dalam mengenal Allah,perlu sedia:

1. mempelajari dari sekeliling yang semuanya diciptakan-Nya.Memandang dengan pandangan yang ada keterikatannya dengan Pencipta.Bukan pandangan kosong semata,jauh sekali dengan pandangan hina.

2.memohon keampunan setiap saat tika diberi taufiq oleh-Nya untuk berbuat demikian.Disini difahami bahawa nisbah mohon ampun itu hanya majazi bagi diri,hakikatnya adalah taufiq yang berharga yang singgah pada diri.Ia merupakan satu anugerah-Nya.Anugerah Kekasih kepada kekasih.Maka amatlah tak beradab jika tidak bersyukur tika menerima anugerah.Disitu hubungan kenal dan cinta itu terjalin.Ampun dan syukur itu seiring bahasa cinta kekasih yang hina pada Kekasih yang Maha Mulia.

3.Muwafaqah dengan kehendak-Nya semampu boleh.Muwafaqah difahami bahawa perlaksanaan hamba-Nya sesuai dengan kehendak-Nya.Sebagai contoh,selawat Allah pada baginda adalah berterusan hingga ke hari kiamat.Maka jika hamba berusaha berada sentiasa dalam keadaan berselawat kepada baginda.maka disitu wujud muwafaqah dengan Pencipta.Maka kita bertemu/berhubung jalinan cinta dengan-Nya disitu.Kiaskan dengan semua kehendak-Nya dan Larangan-Nya.Maka hubungan manis cinta dengan izin-Nya tercipta.Sememangnya kita manusia punya banyak kelemahan.Untuk muwafaqah dalam setiap urusan itu amat sukar.Itulah disabdakan oleh baginda: "Ittaqullaha mastata'tum...".Maka dengan sebab ketidakmampuan kita maka sedar diri akan demikian menyebabkan hamba rasa hina pada-Nya dan sentiasa memohon ampun pada-Nya.


Wallahu'alam.


*Doakan al-faqir berada disamping org soleh sentiasa.mohon sgt dari setiap pengunjung.

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum wrt. wbt.

Saya ingin tahu, apakah sumber yang digunakan bagi mendapatkan tafsiran liya`budun itu liya`rifun.
Ada orang kata itu bukan tafsiran yang benar.
Saya seorang pengkaji yang masih mencari makrifat