Alangkah indah diri dapat berdamping dengan para ulama sentiasa..meneguk rasa manis bersama Allah setiap saat..... "عند ذكر العلماء تتنزل الرحمة"-Imam IbnuMubarak
Monday, May 26, 2008
Tausiyah : Selagi insan memerlukan udara......
Insan memerlukan udara untuk terus hidup,demikian ketetapan Allah terhadap mereka.Selagi insan memerlukan udara untuk hidup maka selagi itulah insan memerlukan Islam untuk terus hidup,bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.Itulah hakikatnya.Maka kembalinya manusia kepada Islam setelah berada dalam kesesatan merupakan fitrah yang akan sentiasa berlaku.Ia merupakan arus yang sentiasa mengalir tanpa boleh disekat.Setiap da'i perlu bergerak bersama arus hakiki ini,dalam erti kata kembali bergerak bersama arus kebangkitan Islam yang bukan lagi suatu khayalan.Dalam masa yang sama ,boleh dikatakan para da'i illallah bergerak bersama kehendak hakiki alam ini.Barat telah menampakkan sinar Islam yang telah menyinsing,setelah hidup meraba-raba mencari matlamat.Timur juga menampakkan lorong arus untuk ia mengalir laju dan terus mengalir.Sudah menjadi sunnatullah bahawa kebenaran akan terserlah dan kebatilan akan terhapus.Jadilah insan yang bersama-sama membantu arus ini untuk terus mengalir.Jangan disekat-sekat perjalanannya dengan hasad,pertengkaran,persilisihan faham sesama penggerak arus ini.Bukankah halangan ini juga merupakan kebatilan? Dan setiap kebatilan perlu difikirkan natijahnya.Berlapang dada,bertolak ansur,berjiwa besar,tawadhuk akan membuatkan hati sentiasa tenang dalam bersama-sama membawa arus ini dan keberkatanNya akan menerbitkan suatu kejayaan yang tidak disangka-sangka.Manusia memerlukan ketenangan,dan ketenangan pastinya bersama islam.Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kita perlukan udara...air...haba...cahaya...kawan kawan...ikan..ayam..
betul-betul
Wahai Ustaz.. Tumpang tanya..
Mana yang lebih kita perlukan?
Manusia lebih memerlukan islam daripada udara atau lebih memerlukan udara daripada Islam?
Ops,susah gak berhujah dengan orang mantik....Hadhir ya sidi
"Ops,susah gak berhujah dengan orang mantik....Hadhir ya sidi"
Ni kira jawapan ke, camne ni? Kompius... :)
Salam Mahabbah fiLlah
Post a Comment