Brussels: Sebuah akhbar berpengaruh Belgium,’La Libre Belgigue’ dalam satu analisis rencananya mendapati,Islam akan menjadi agama terulung dan utama negeri itu dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang.
Akhbar berkenaan dalam satu kaji selidik mendapati ramai di kalangan anak-anak orang Islam yang lahir diberi nama Muhammad sejak 2001.Ini bermakna menjelang 2016-2020,ibu Negara,Brussels dibanjiri warga Belgium beagama Islam yang meningkat jumlahnya dari semasa ke semasa.
Kajian sama dilakukan seorang pensyarah Jabatan Antropologi di sebuah universiti di Bandar Leuven,Profesor Olivia Servy.
Menurutnya setakat ini satu pertiga penduduk Brussels adalah orang Islam,malah ia dijangka bertambah memandangkan kadar kelahiran anak-anak orang Islam sejak dua tiga tahun kebelakangan ini amat tinggi.
Ia akan mencecah satu angka besar diluar jangkaan semua pihak pada masa akan dating,kerana Islam sudah mula diterima dikalangan masyarakat di Belgium.
Walaubagaimanapun menurut Olivia,Negara-negara Eropah perlu mengadakan pemantauan dan sekatan terhadap kebanjiran orang-orang Islam khususnya di Brussels.Ini memandangkan ia ibu Negara Kesatuan Eropah yang sedikit sebanyak akan mencemarkan imej Eropah di mata dunia.
Terdahulu akhbar ’La Libre Belgigue’ dalam laporan kajiannya menyebut,kalau generasi pertama orang Islam yang menetap di Belgium pada tahun-tahun 70-an tidak bersungguh-sungguh memperlihatkan keislaman mereka dengan mengamalkan Islam sebagai cara hidup harian,gambaran itu amat berbeza sekali degan generasi orang Islam hari ini,kerana 75 peratus dari golongan remaja bersedia untuk mengamalkan ajaran agama mereka dalam semua keadaan dan di mana mereka berada.
Sementara itu seorang penulis wanita kontroversi,Hend Frehy.mengakui bahawa Brussels akan dibanjiri remaja Muslim yang cukup ramai.Mereka menolak cara hidup serta penampilan ala barat,malah menampilkan diri mereka dengan imej Islam,sama ada dari sudut pakaian,percakapan,cara berfikir dan pergaulan berasaskan kepada nilai-nilai positif.
Walaupun mugkin kehadiran mereka di tengah-tengah ibu kota menarik perhatian umum menurutnya,namun mereka boleh disifatkan sebagai golongan remaja yang memiliki sifat-sifat terpuji yang layak menjadi warganegara Belgium contoh kepada yang lain.-Le Journal du Mardi
No comments:
Post a Comment