Sunday, May 23, 2010

Indahnya bercinta.....

Al-Imdad (anugerah) -Nya adalah atas kadar persediaan hamba.Persediaan dalam mengeluarkan daki dunia yg bersarang dalam hati,yang tinggal hanyalah DIA.Siapa Dia?DIA adalah Allah.Usaha ini bukanlah mudah melainkan mendapat taufiq dan hidayah dari-Nya.Ya Allah...Anugerahkanlah.....

Apa pun kehidupan sebagai seorang muslim seharusnya menuju ke arah itu.Meletakkan hanya Allah didalam hati ini.Cinta itu adalah sebelum hamba diciptakan.Cinta adalah wasilah hubungan yang hakiki.Penyuburan rasa cinta ini melalui zikrullah.Firman-Nya :

"Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku (Muhammad),nescaya ALLAH mencintai kamu"
Pendahuluan cinta-Nya sebelum hamba mengungkapkan.Jika di dunia,setiap pemberian kekasih kepada kekasih semuanya dilihat baik.Itu disebut adab bercinta.Maka adab bercinta adalah melihat kebaikan dari setiap yang dikurniakan pada hamba-Nya.Maka musibah disambut dengan ukiran senyuman dengan "usikan manja" Kekasih kepada kekasih.Maka disitu terhasilnya rintihan,bisikan dan rayuan manja pada Kekasih.Penyuburan rasa cinta terus berlaku.Bilamana ni'mat datang,maka disambut dengan kalam syukur.Merasa tiada mampu diri untuk bersyukur kerna lidah ini pun milik-Nya,serta rasa untuk mensyukuri itu pun pemberian-Nya.Maka sekali lagi,rintihan,rayuan dan bisikan terus berlaku guna buat menyuburkan lagi rasa cinta pada-Nya.
Ya Allah,kami tidak sedikitpun faham hakikat bercinta dengan-Mu, anugerahkanlah.....anugerahkanlah....anugerahkanlah...
ameen....birahmatika ya arhamarraahimiin...
*Tolong doakn buat al-faqir..jazakallah.

Saturday, May 22, 2010

Busyralana....




KEGEMBIRAAN BAGI KAMI KERANA TERCAPAI CITA-CITA,
TELAH HILANG SUSAH DAN TELAH DATANG KESENANGAN,
MASA TELAH MENUNAIKAN JANJINYA,
KEGEMBIRAAN TELAH MENJADI NYATA,

Telah tiba kejernihan dan hilangnya kekeruhan,
Hari ini ialah hari kelahiran Baginda,
Yang tinggi darjat kemuliaannya,
Allah telah mengurniakan segala cita-citanya.

Wahai burung berbicaralah sambil menyanyi,
Dan hiburkanlah pendengaran kami,
Katakanlah yang Baginda itu,
Dengan kehadirannya maka berbahagialah hidup kami.

Wahai jiwa bergembiralah dengan pertemuan,
Wahai mata tataplah rindu yang tersimpan,
Inilah dia keindahan Nabi,
cahayanya menyinari kita semua.

Begitu bertuah nasib kami,
Tidak ada tolok bandingannya,
Kami nikmati cahaya Baginda,
Di kala pagi dan petang.

Wahai Makkah apa yang hendak aku katakan,
Sedangkan padamu lahirnya seorang Rasul,
Kami berharap akan sampai kepada,
Nabi Muhammad kekasih kami.

Wahai Madinah apa yang hendak aku katakan,
Sedangkan di kotamu baginda menetap,
Kami mengharapkan penerimaan Ilahi,
Untuk memperolehi syafaat nabi.

Wahai maqam Nabi yang mulia,
Dua sahabatnya dan ahli Baqi',
Wahai Allah permudahkanlah bagi kami sekalian,
Untuk menziarahi Nabi kami.

Selawat dan salam wahai Tuahan yang Maha Mengurniakan kesejahteraan,
ke atas Baginda penghapus kegelapan,
dan keluarga Baginda serta sahabat yang mulia,
Selagi qasidah ini terus dibaca.

Bisikan Cinta....




Cinta itu adalah sebelum makhluk diciptakan,
Telah mendahului cinta-Nya sebelum hamba mengungkapkan,
Apalah sangat cinta si kerdil ini berbanding cinta-Nya yang berpanjangan,
Di manakah cinta hamba tanpa Dia yang beri kemampuan,



Hubungan ibadah hamba dengan Khaliq jika didirikan atas dasar cinta akan membuatkan semuanya rasa mudah.Cinta ini,biar pun menyebabkan diri derita menahan rindu,kerehatan sentiasa dapat dirasa.Itulah cinta hakiki biarpun ini dinuqilkan oleh al-faqir yg belum pun mencicip rasa cinta ini walau sedikit.Ya Allah,anugerahkanlah.......


Kerinduan pada Khaliq menyebabkan hamba sering berbisik keseorangan.Bisikan itu disambut dengan pengetahuan-Nya yang Maha Halus.Mendengar bisikan,rayuan cinta hamba pendosa.


"Ya Allah,dimanakah diriku pada pandangan-Mu?"
"Hamba-Mu ini sedikitpun tak punya pengetahuan tentang penerimaan atau penolakan setiap dari amalan dan taubat diri ini",
"Cumanya,sangkaan baik ini amat percayakan cinta-Mu yang hakiki"


Bisikan terlalu indah menjadi rahsia pencinta hina bersama Kekasih.Maka ayuhlah diri menggandakan bisikan cinta dan ianya ditutup serapat-rapat daripada diketahui oleh yang lain selain diri yang berbisik dan Yang Memberi Kemampuan diri untuk berbisik.


*mohon doa kalian

Tuesday, May 4, 2010

Manhaj kehidupan...


Kehidupan perlu diisi dengan sebaik2nya.Pengisian itu adalah mengikut maksud yang hendak dicapai.Mengenal-Nya.Adalah maksud yg ditetapkan.Maka wasail utuk menuju hal itu perlu dirancang tanpa ta'luq pada apa yg dirancang itu.Antara manhaj kehidupan adalah :

1) Memahami kerangka ilmu,faham,fikir ASWJ.
2) Megeluarkan dan memahami kaedah dalam membentuk pemikiran yg jami' dan mani'.
3) Menjiwai kehidupan sufi
4) Menguasai bahasa arab
5) Mendampingi para ulama/org soleh

Wednesday, April 14, 2010

Katakanlah.......


Al-Quran bila dibaca dan terus di baca mengesankan diri satu perkara.Bahawa Dia memperkenalkan diri-Nya.Tujuan-Nya untuk hamba mengenal-Nya.Seluruh makhluk merupakan hambanya,tetapi yang dipilih adalah manusia.Jadi persekitaran yang terbentang luas ini adalah untuk manusia.Bahkan jika diperhalusi lagi,bahawa persekitaran yang dicipta ini adalah buat mukmin sejati yang ingin berjalan menuju-Nya.


Kenapa tidaknya?Kerana setiap yang mahu berjalan menuju-Nya akan mengambil pengajaran dari sekelilingnya.Hubungan sesama manusia dijadikan modal untuk menggapai cinta Pencipta manusia.Mukmin sejati ini sajalah yang hanya mengambil pengajaran alam meskipun jutaan makhluk bergelar manusia di muka bumi ini.Mengerahkan diri untuk bermujahadah mencapai maksud kehidupan.Setiap perkara ada maksud.Perkara yang tak mempunyai maksud adalah tidak berguna.Jadi,maksud kehidupan ini tiada yang lain,hanyalah untuk mengenal-Nya.Makanya,barangsiapa yang tak menuju ke arah itu adalah mereka yang tak mempunyai maksud dalam kehidupan.Kerna itulah,sebenarnya dunia ini semuanya untuk mukmin sejati.


Perkenalan dengan-Nya di dalam al-Quran sering di ulang-ulang ialah hakikat laailahaillallah.dari surah al-Fatihah,hingga dikunci kemas dengan surak al-ikhlas.Seolah-olah,kesimpulan setelah 30 juzu' dibaca,kita diperintahkan untuk mengisytiharkan dengan penuh keyakinan dengan firman-Nya,"Katakanlah,Dialah Allah yang Esa.yang tidak bergantung terhadap sesuatu,tiada anak dan tidak diperanakkan,tiada sekutu baginya dengan yang lain".Mengajarkan kita akan kalimah tauhid ini bila bertapak dalam kehidupan,maka kehidupan dunia ini dikunci kemas ketika pengakhiran hidup dunia dengan kalimah "laailahaillah".


Al-faqir terkesan dengan ayat2 dalam surah al-Imran yang menampilkan kisah Nabi Zakariya dan Sayyidatina Maryam .Kelahiran Nabi Yahya yang ayahnya ketika itu sudah tua dan ibunya mandul.memang jelas,lojik akal mengatakan si ibu yang mandul sepatutnya tidak dapat melahirkan.Dan begitu juga kisah Sayyidatina Maryam.Lojik akal berbicara bahawa wanita yang tidak disentuh tak akan melahirkan anak.Seterusnya Allah menyatakan kejadian Nabi 'Isa adalah sama kejadiannya dengan Nabi Allah Adam 'alaihissalam.Kejadian nabi Adam,tanpa ayah dan tanpa ibu.Jadinya,ayah dan ibu adalah asbab kejadian manusia.Kita hakikatnya daripada Allah.Sepert,makanan adalah asbab kenyang hakikatnya adalah Dia yang mengenyangkan.Itulah kalimah thoyyibah Laailahaillallah ketika berbicara dalam kehidupan insan.Menolak asbab adalah tiada beradab,manakala ta'luq (bergantung) pada asbab biadab(syirik).Katakanlah...laailaahaillallah.Wallahu'alam.


*Mohon teguran dan doakan al-faqir.

Sunday, April 11, 2010

"Hebatnya aku".


Memikirkan amalan diri dalam berjalan menuju-Nya.Di sebut muhasabah.Bermula dari muhasabah,diri berangkat menuju muraqabah seterusnya menuju musyahadah.Terus lagi menggapai ma'rifah.Kepelbagaian jalan amalan untuk matlamat yang satu,membuatkan insan itu tidak jemu untuk beramal.Namun yang menjadi tonggak bagi agama itu solat.Diri ini amt zalim apabila memikirkan amalan diri.Kezaliman yang amat mengharapkan keampunan-Nya.


Apakah zalim itu dalam ber'amal?Zalim bermaksud meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya.Sepatutnya,kita menjadikan solat itu sebagai medan utama untuk mengerahkan keseluruhan fokus kita pada-Nya.Malangnya,yang berlaku pada diri adalah memikirkan semuanya di dalam solat,kecuali ALLAH.Adakah yang lebih besar zalim daripada kezaliman ini?

Sebenarnya,tiada satu alasan pun untuk kita mengakui diri ini hebat dalam beragama berbanding orang lain...Sedar diri dan bersedia disedarkan melalui tazkirah.Hatta tazkirah itu diberi oleh seorang pengemis yang tiada punya apa pada dirinya.

Wallahu'alam.

*Doakan al-faqir.