Alangkah indah diri dapat berdamping dengan para ulama sentiasa..meneguk rasa manis bersama Allah setiap saat..... "عند ذكر العلماء تتنزل الرحمة"-Imam IbnuMubarak
Monday, June 2, 2008
Pengajian kilat........
Pengajian kilat merupakan method baru buat generasi kini untuk menghayati hidup dalam budaya ilmu yang tinggi.Baru-baru ini Ustaz Fahmi telah memulakan satu kursus pengajian bentuk baru di Kemensah.Kitab yang digunakan ialah Bidayatul Hidayah karangan Imam al-Ghazali.Kitab yang ringkas tetapi natijah apabila diamalkan cukup besar.Pengajian memakan masa dua hari untuk menghabiskan dari kulit ke kulit.Sebenarnya,method pengajian begini telah lama berkembang di Kedah.Setahu saya,ia bermula ketika Syeikh Nuruddin menetap lebih kurang 4 tahun di Kedah.Kemudian diteruskan oleh Ustaz Fahmi.(Aku amat tertarik untuk terus berguru dengan beliau kerana beliau mendapat tarbiyah Syeikh Abu Hasan Ali an-Nadwi dan Sayyid Muhammad Alawi.Himpunan tarbiyah yang amat besar pada diri beliau yang perlu kita sama-sama menceduk darinya.Kitab yang ditulis atau diterjemahkannya boleh jelas dilihat keberkatannya.Semuanya terhasil atas keikhlasan beliau).Banyak kitab-kitab ringkas yang telah dikhatam.Sebelum ni,Di Kedah telah dikhatamkan kitab Bustanul'Arifin Imam Nawawi,Ayyuhal Walad Imam Ghazali,Ya Bunayya Imam Ibn Wardi,Bekal Akhirat (himpunan zikir) dan Hiadyatussalikin.Aku tidak pasti Sairussalikin samada telah dikhatamkan atau belum di Kedah.Sungguh besar manfaat jika ia dijadikan aktiviti migguan ataupun aktiviti bulanan masyarakat.Pembudayaan pengajian sebegini akan memberi kefahaman yang besar bagi kita dalam mencari guru-guru yang ikhlas yang bersifat murabbi untuk membimbing kita jalan ke akhirat.Peluang yang disediakan oleh Allah jangan disia-siakan..Kelak merasa rugi tak berkesudahan.Budayakan ilmu ikhlaskan beramal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment