Tuesday, August 10, 2010

Syurga Dar al-Maliki




Terasa indah sekali setiap kali berada di syurga dunia Dar al-Maliki.Alunan Qasidah yg mengasyikkan serta diselangi dengan huraian ilmu guru dikasihi Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki.Rasanya sukar untuk mencari tempat-tempat pengajian sedemikian.Keberkahannya dirasa.Sentuhannya......Allah Allah.Dikelilingi kitab-kitab rujukan.


Huraian ilmu yg mencakupi pelbagai bidang ilmu.Dari suatu huraian,akan menerbitkan cabang-cabang huraian yg didalamnya disebut nama-nama dan kisah ulama' muktabar.Dari satu kitab ke satu kitab disebut rujukannya.Akhirnya kisah yang asal tadi kembali untuk dihuraikan dan berganjak pada bait-bait yang seterusnya dalam sesuatu kitab yg dijadikan teks pengajian.


Agak lama kuliah,diselangi dengan alunan qasidah antaranya, "Allah Allah Allah Allah maa la na mawla siwallah....","Ya Ajmala al-anbiya ya akmal al-asfiya...."..Man mithlu Ahmada fi......" dan lain-lain dengan alunan suara merdu beserta paluan kompang.Dalam sejuk aircond yang segar sambil membelek-belek kehalusan makna qasidah yang tak lain tak bukan menunaikan hak pada nama baginda SAW ,Muhammad ( atas wazan mufa'alun yakni isim maf'ul) bermaksud yang dipuji.Menyambung turath sahabi Hasan Thabit,Abdullah Rawahah dan para sahabat yang tidak jemu memuji baginda SAW.


Curahan berkat dibumi yg dikelilingi bumi yang saban hari dinodai pelbagai titik-titik hitam dunia dihati manusia...Kekontangan pemilik hati terus menadah curahan berkah di Dar al-Maliki. Setiap kuliah-kuliah dimaklumkan dengan baik menjemput insan-insan yg merindui Baginda SAW.


"Allah Allah aghitsna ya Rasulallah......."......."Wulidal huda al-kaainat..." terus bergema pujian.Hati terus merintih mengharap syafaat baginda SAW.Hati yg gersang ini terus merintih merindui senyuman halus indah Baginda SAW.Moga dapat melihat walau seketika di dalam mimpi dunia ini,kerna diharapkan sesaat memandang baginda di alam mimpi lena dunia ini akan memacu kerinduan dan kecintaan untuk terus menggapai redha-Nya yang menjadi maksud kehidupan.


Dar al-Maliki merupakan tempat curahan keberkatan....Kerna pengisiannya,kerna ikhlas guru dan penuntutnya.Tiada pernah jemu untuk hadir biarpun mendapat informasi secara mengejut bahawa kuliah akan diadakan.Tiada apa yg diharapkan oleh penuntut-penuntut yg hadir.Tiada bayaran.Tetapi kecintaan Baginda SAW menjadi harapan.Disana terdapat keterikatan yang erat antar Dar al-Maliki dengan Dar al-Hasani.Syukur,Alhamdulillah.

Mendidik cinta Rasulullah......menggapai cinta Allah.

Dar al-Maliki dan Dar al-Hasani...syurga...maka singgahlah. =)
"Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu rasulAllah"

*Doakan al-faqir

Ramadhan Kareem.

Monday, June 21, 2010

Sunday, May 23, 2010

Indahnya bercinta.....

Al-Imdad (anugerah) -Nya adalah atas kadar persediaan hamba.Persediaan dalam mengeluarkan daki dunia yg bersarang dalam hati,yang tinggal hanyalah DIA.Siapa Dia?DIA adalah Allah.Usaha ini bukanlah mudah melainkan mendapat taufiq dan hidayah dari-Nya.Ya Allah...Anugerahkanlah.....

Apa pun kehidupan sebagai seorang muslim seharusnya menuju ke arah itu.Meletakkan hanya Allah didalam hati ini.Cinta itu adalah sebelum hamba diciptakan.Cinta adalah wasilah hubungan yang hakiki.Penyuburan rasa cinta ini melalui zikrullah.Firman-Nya :

"Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku (Muhammad),nescaya ALLAH mencintai kamu"
Pendahuluan cinta-Nya sebelum hamba mengungkapkan.Jika di dunia,setiap pemberian kekasih kepada kekasih semuanya dilihat baik.Itu disebut adab bercinta.Maka adab bercinta adalah melihat kebaikan dari setiap yang dikurniakan pada hamba-Nya.Maka musibah disambut dengan ukiran senyuman dengan "usikan manja" Kekasih kepada kekasih.Maka disitu terhasilnya rintihan,bisikan dan rayuan manja pada Kekasih.Penyuburan rasa cinta terus berlaku.Bilamana ni'mat datang,maka disambut dengan kalam syukur.Merasa tiada mampu diri untuk bersyukur kerna lidah ini pun milik-Nya,serta rasa untuk mensyukuri itu pun pemberian-Nya.Maka sekali lagi,rintihan,rayuan dan bisikan terus berlaku guna buat menyuburkan lagi rasa cinta pada-Nya.
Ya Allah,kami tidak sedikitpun faham hakikat bercinta dengan-Mu, anugerahkanlah.....anugerahkanlah....anugerahkanlah...
ameen....birahmatika ya arhamarraahimiin...
*Tolong doakn buat al-faqir..jazakallah.

Saturday, May 22, 2010

Busyralana....




KEGEMBIRAAN BAGI KAMI KERANA TERCAPAI CITA-CITA,
TELAH HILANG SUSAH DAN TELAH DATANG KESENANGAN,
MASA TELAH MENUNAIKAN JANJINYA,
KEGEMBIRAAN TELAH MENJADI NYATA,

Telah tiba kejernihan dan hilangnya kekeruhan,
Hari ini ialah hari kelahiran Baginda,
Yang tinggi darjat kemuliaannya,
Allah telah mengurniakan segala cita-citanya.

Wahai burung berbicaralah sambil menyanyi,
Dan hiburkanlah pendengaran kami,
Katakanlah yang Baginda itu,
Dengan kehadirannya maka berbahagialah hidup kami.

Wahai jiwa bergembiralah dengan pertemuan,
Wahai mata tataplah rindu yang tersimpan,
Inilah dia keindahan Nabi,
cahayanya menyinari kita semua.

Begitu bertuah nasib kami,
Tidak ada tolok bandingannya,
Kami nikmati cahaya Baginda,
Di kala pagi dan petang.

Wahai Makkah apa yang hendak aku katakan,
Sedangkan padamu lahirnya seorang Rasul,
Kami berharap akan sampai kepada,
Nabi Muhammad kekasih kami.

Wahai Madinah apa yang hendak aku katakan,
Sedangkan di kotamu baginda menetap,
Kami mengharapkan penerimaan Ilahi,
Untuk memperolehi syafaat nabi.

Wahai maqam Nabi yang mulia,
Dua sahabatnya dan ahli Baqi',
Wahai Allah permudahkanlah bagi kami sekalian,
Untuk menziarahi Nabi kami.

Selawat dan salam wahai Tuahan yang Maha Mengurniakan kesejahteraan,
ke atas Baginda penghapus kegelapan,
dan keluarga Baginda serta sahabat yang mulia,
Selagi qasidah ini terus dibaca.

Bisikan Cinta....




Cinta itu adalah sebelum makhluk diciptakan,
Telah mendahului cinta-Nya sebelum hamba mengungkapkan,
Apalah sangat cinta si kerdil ini berbanding cinta-Nya yang berpanjangan,
Di manakah cinta hamba tanpa Dia yang beri kemampuan,



Hubungan ibadah hamba dengan Khaliq jika didirikan atas dasar cinta akan membuatkan semuanya rasa mudah.Cinta ini,biar pun menyebabkan diri derita menahan rindu,kerehatan sentiasa dapat dirasa.Itulah cinta hakiki biarpun ini dinuqilkan oleh al-faqir yg belum pun mencicip rasa cinta ini walau sedikit.Ya Allah,anugerahkanlah.......


Kerinduan pada Khaliq menyebabkan hamba sering berbisik keseorangan.Bisikan itu disambut dengan pengetahuan-Nya yang Maha Halus.Mendengar bisikan,rayuan cinta hamba pendosa.


"Ya Allah,dimanakah diriku pada pandangan-Mu?"
"Hamba-Mu ini sedikitpun tak punya pengetahuan tentang penerimaan atau penolakan setiap dari amalan dan taubat diri ini",
"Cumanya,sangkaan baik ini amat percayakan cinta-Mu yang hakiki"


Bisikan terlalu indah menjadi rahsia pencinta hina bersama Kekasih.Maka ayuhlah diri menggandakan bisikan cinta dan ianya ditutup serapat-rapat daripada diketahui oleh yang lain selain diri yang berbisik dan Yang Memberi Kemampuan diri untuk berbisik.


*mohon doa kalian