Wednesday, January 21, 2009

Khadam ilmu syareef..





Meneladani jalan al-Imam an-Nawawi menuntut ilmu merupakan suatu kemustahilan pada zaman yang serba mencabar dan sukar apabila disandarkan kepada diri yang lemah ini.Ihtimamnya dengan ilmu sangat2 dikagumi.Juhudnya dalam menuntut menjadi contoh buat ulama kemudian.Sehari membaca 12 jenis kitab disamping bertalaqqi.Menghafal ribuan hadith serta menghafal at-Tanbih karangan as-Syirazi.Menghasilkan pelbagai kitab yang jika diteliti hasilnya seolah2 beliau mempunyai usia yang panjang.

Apapun......"Fatasyabbuh in lam takun mithlahum,Innatasyabbahu bil kiram falaah"

Monday, January 19, 2009

Hanya Allah....

Istighfarmu memerlukan istighfar yg lain...
Ikhlasmu memerlukan ikhlas yang lain...

Kerna kamu masih tak beradab denganNya kerna kamu merasakan kemampuan kamu ikhlas itu adalah darimu...banyaknya istighfarmu adalah darimu.....Sedangkan hakikat kekuatanmu beramal semua dari Allah...Lahaula wala quwwata illa billah....

Kerna lidah yang kau gunakan untuk istighfar itu pun dari Allah..
Nafasmu juga dari Allah...
Kesihatanmu juga dari Allah.....
Hati mu terdetik untuk berlaku ikhlas pun dari Allah....
Dirimu sendiri itu pun milik Allah....


Apa yang darimu?Kau hanya hamba..Tiada apa2 darimu.Berlakulah keadaan hamba sebagaimana hamba.

*Ya Allah,fahamkan kami akan hal ini serta pilihlah kami dikalangan hambaMu yang soleh.

Saturday, January 17, 2009

Kutub

Nahu
-nahu mir
-hidayatuunahw
-Kafiah al-jami
-Qatr nada waballa soda

Sorof
-mizan sorf
-Kitab tasrif

Balaghah
-Talqis Miftah

Mantiq
-Idhoh Mubham syarh matn Sulam

Fiqh
-Hidayatusshibyan
-Munyatulmusolli
-Minhaj Salam
-ar-Rahabiyyah (Faraidh)
-al-Idhoh fil Manasik an-Nawawi
-Iqna'

Aqidah
-Matan Jauharah Tauhid
-Aqidah Thohawiyah
-I'tiqad ahlussunnah wal Jamaah Allah Utarid Bughuri

Usul Fiqh
-Qawaid asasiyah fi usul fiqh
-waraqat imam haramain al-juwaini
-al-Luma'
-At-Tarku al-Ghumari

Qawaid Fiqh
-Zubdah Qawaid Fiqh

Usul Hadith
-Qawaid asasiyah fi mustholah hadith
-Muqizhoh Az-Zahabi

Ulum Quran
-Zubdah Itqan as-Suyuthi
-Fauzul kabir Syah waliyullah

Hadith
-Awail Sunbuliyyah
-Awail Zamzamiyyah
-AnwarulNubuwwah Syeikh Muhammad Muthi'
-Matan Arbain An-Nawawi
-Mukhtasor Ibn Abi Jamrah
-Mishkat al-Masobih
-Muwatho Imam Malik
-Riwayat Hadith 10 Sahabat Jilid 1
-40 hadith Penawar Hati


Tasawuf
-Bidayatul hidayah
-Hidatussalikin
-Siirussalikin
-Risalah Mustarsyidin
-Haqaiq 'an Tasawwuf
-Hikam Ibnu Athoillah
-Hatkul astar
-Matan Arsalan
-Qaaba Qausain
-Haqaiq Islam wa asrarihi
-at-Taufiq

Tajwid

Tuhfatul Athfal

Lain2
-Mafahim Yajibu an Tushohah
-Rasail Hammah

Friday, January 16, 2009

Hikam Ataillah

"Sebahagian tanda (manusia) berpegang atas amal,ialah kurang harapannya kepada Allah ketika terjadi kesalahan-kesalahan"
Hikmah ini mengajarkan kita agar tidak ta'aluq kepada selain Allah yaitu dalam hal ini kepada Amal. Gagal dan sukses hanya semata dari Allah bukan dari amal. Maka salah satu tanda/ciri org yang bergantung/ta'aluq kepada amal yaitu dia akan kehilangan harapan kpd Allah ketika terjatuh kepada kesalahan/kegagalan dan lain2.Ini syarat pertama dari seorang yang akan melakukan sair ila Allah. Lepaskan ketergantungan kepada selain Allah. Lakukan untuk Allah.

Tuesday, January 13, 2009

Berdoalah wahai al-faqir!


Jika kau berdoa, berpeganglah bahawa makbulnya itu ialah hak Allah,bukannya pilihanmu tapi pilihan Allah untuk dirimu.Dia Maha Teliti Mengetahui akan hal dirimu.Waktu Dia memperkenankan doa kita merupakan waktu yang dipilihNya bukan waktu pilihan kita.Sedarlah bahawa kita hamba,bukannya Tuan.Berlakulah atas kelakuan hamba bukan atas kelakuan Tuan.Nescaya tiada putus asa akan doa tersebut.Didalam sebuah hadith disebutkan : "Jibril meminta kepada Allah : Ya Rabb,fulan merupakan hambaMu,perkenanlah doanya,Allah menyatakan : Biarlah hambaku itu,Sesungguhnya Aku suka mendengar suaranya".. Subhanallah.Mulakanlah menjalin hubungan cinta hakiki denganNya dan terus berjalan menujuNya.Beradablah tika berdoa kepadaNya.Jangan lost contact denganNya.Teruskan berhubung denganNya melalui doa.

*Ya Allah fahamkan kami akan hal ini.Jadikan kami di kalangan hambaMu yang soleh

Monday, January 12, 2009

Taman para 'arifin...


Bacalah Bustanul A'rifin karangan al-Imam an-Nawawi Rahimahullah.Nescaya kita akan ketemu matlamat hidup yang hakiki disamping hakikat diri dibandingkan 'arifin yang dipilih olehNya.Diantara kisah yang menyentuh di dalamnya ialah kisah mengenai kemuliaan seorang tabiin yang bernama Abu Muslim al-Khaulani radhiyallahu'anhum.Beliau masuk Islam ketika hayat baginda tetapi dalam perjalanannya ingin bertemu baginda,baginda kembali bertemu Allah kekasih yang dirindui.Suatu kisah disebutkan,pada zaman Muawiyah memerintah,berlaku satu kemarau panjang yang mendatangkan kesukaran kepada penduduk.Lalu Saidina Muawiyah radhiyallahu'anhu meminta Abu Muslim untuk berdoa agar diturunkan hujan.Dengan kerendahan Abu Muslim menyatakan dirinya ini serba kekurangan.Diminta juga oleh Saidina Muawiyah.Maka Abu Muslim membuka kopiahnya tanda kerendahan dan berdoa setelah solat istisqa. "Ya Allah aku mengadapMu dengan keseluruhan dosa yang telah kulakukan.Janganlah kau hampakan doa hambaMu yang meminta ini ya Allah" .Maka setelah penduduk bersurai maka hujan pun turun membasahi mereka.Kagumlah penduduk dengan kemuliaan Abu Muslim al-Khaulani.Beliau lantas berdoa "Ya Allah,Sesungguhnya Muawiyah telah meletakkan aku pada maqam sum'ah,jika ada kebaikan pada diriku maka kau cabutlah nyawaku".Seminggu setelah doa beliau,beliau dijemput menghadap Allah jalla wa 'ala. Allah Allah.Demikianlah orang yang soleh,bimbang bocornya rahsia cinta mereka dengan Allah kepada umum..Wallahu'alam.

*Ya Allah fahamkan kami akan hal ini

Friday, January 9, 2009

Tausiyah guru

"Janganlah engkau melihat orang di atasmu dalam perkara dunia, kerna engkau akan merendahkan nikmat yang diberikan kepadamu, dan sehingga engkau dapat bersyukur. Tetapi lihatlah kepada orang di atasmu dalam perkara ilmu dan agama (ketaqwaan), kerna engkau akan melihat kekuranganmu, sehingga engkau dapat menyempurnakannya"

Coretan malam yang tak ilmiah....

"Bari masuk bilik.takat td ja.psni idaXleh dh kntek abg smpi bla2.wpun abg bt ayat tduh.ayt ftnah.ayt sdh.ayt mrh.ida tpksa diam jugak.ida ngs hri2..mata dh bgkak"
Mesej terakhir Ida kepada sang kekasih mainannya.Seolah-olah patung mainan yang tidak berperasaan."Ah!pandai berlakon."Berontak Awang tanda tertekan......
Sedutan novel cinta remaja yang sempat al-faqir belek.Hasil karya UmmuDhiya terbitan Pustaka Impian.Menarik juga terkadang membaca novel "cinta islami".Tapi,apa pun ia tetap melalaikan."Diantara keelokan keIslaman seseorang ia meninggalkan apa yang tiada mendatangkan faedah buatnya".Al-faqir menutup buku tersebut tanpa meneruskan.Mengantuk rasanya..Wallahua'alam.
*Ya Allah berilah kekuatan kepada mujahidin di Palestin..

Khutbah Jumaat UIA hari ini...


Khutbah Jumaat harini cukup menyentuh hati yang kotor ini.Disampaikan oleh Syeikh Prof Dr Abd Razak Sa'adi.Menceritakan peristiwa hijrah bersempena awal Muharram yg ditetapkan oleh Saidina Umar setelah beristisyarah dengan para sahabat mengenai penetapan permulaan tahun hijrah.Juga dibangkitkan jasa Saidina Abu Bakar sekeluarga bersama anak2nya Abdullah,Abdurrahman serta Asma dalam peristiwa hijrah yang membawa erti yang besar pada kebangkitan Islam.Maka ayat al-Quran yang berbunyi "la takhaf wala tahzan innallahama'ana" para mufassirin menyatakan ditujukan kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang bimbang akan kehadiran kafir musyrikin di pintu gua Thur tersebut.Sayyidina Abu Bakar bukan bimbangkan keselamatan nyawanya,tetapi bimbangkan Rasullullah serta natijah dakwah Islam jika apa-apa berlaku pada baginda.Subhanallah.Hebatnya tahap iman Abu Bakr.Maka haram mempertikaikan atau mencela Sayyidina Abu Bakar mengikut pandangan jumhur ulama berdasarkan ayat tersebut.Asma ditemani Abdurrahman menghantar bekalan makanan kepada Rasulullah dan ayahanda mereka.Abdullah mengumpulkan maklumat semasa untuk dilaporkan kepada baginda.Hatta ankabut dan merpati juga tinggi pengorbanan mereka terhadap dakwah Rasulullah.Begitu juga pengorbanan muhajirin dan ansar yang cukup besar sehinggakan digelar oleh Allah kepada mereka,radhiyallahu'anhum waradhu'anh di dalam al-Quran. As-Syeikh Dr juga menyeru agar mendoakan para muslimin,mujahidin di Ghaza yang sedang bertarung dengan keperitan dan kezaliman yahudi laknatullah.Dalam hal yang lain,kagum al-faqir dengan daqiq ilmu dan kesolehan as-Syeikh Dr yang berketurunan Abdul Qadir al-Jailani seterusnya salasilahnya bertemu dengan nabi.Disinilah perlu kita insafi,bahawa diri yang soleh dan dijaga dengan baik akan terkesan kepada keturunan soleh dan baik.

*Ya Allah,jadikan kami dikalangan hambaMu yang soleh.
ampunilah dosa yang lalu serta bantulah mulakan perjalanan baru.....

Thursday, January 8, 2009

Pesanan Habib Ali al-Jufri


Al-Habib Ali Zainal ‘Abidin bin ‘Abdurrahman al-Jufri berpesan kepada segenap kaum Muslimin untuk membantu doa kepada saudara-saudara kita kaum Muslimin di Ghaza khususnya, dan di segenap penjuru dunia umumnya, dengan berlindung kepada Allah, bertaubat kepadaNya dan merendahkan diri di hadapanNya, seraya membaca firman Allah:

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ"

(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan, 'Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka,' maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, 'Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.' "(Surah: Ali Imran: 173)



حسبنا الله ونعم الوكيل
"HasbunaAllah wa ni'mal wakiil" - dibaca 450 kali.


فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ

"Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai karunia yang besar."(Surah Ali Imran: 174) - dibaca paling sedikit 70 kali di waktu petang.


Sumber:al-Fanshuri.blog

Qunut Nazilah....Bantuan tentera buatmu mujahidin!

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam


Wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu,




Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
Sumber:Blog ustaz Din Tantawi
*Ya Allah jadikan kami dikalangan hambaMu yg soleh.













































Wednesday, January 7, 2009

Rahsia cinta sejati...


Disebut dalam Adabul Mufrod al-Imam Bukhari Rahimahullah hadith : "Kullu ma'ruf sadaqah".Setiap kebaikan itu sedeqah.InsyaAllah,sama-sama kita beramal dengan hadith tersebut.Nilaian sedeqah yang membuahkan ganjaran diakhirat perlu dihayati dengan penuh keinsafan bahawa semua pahala merupakan "matawang" diakhirat.Juga disebut, tasbih,tahmid dan takbir itu sadaqah.InsyaAllah,dapat dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana zikir sirr sambil menunggang,memandu,berjalan dan apa jua bentuk keadaan,hanya kita dan Dia yang tahu.Merupakan "SMS rahsia cinta agung kita dan Dia" setiap masa,insyaAllah...."lahaula wala quwwata illa billah"...

*Ya Allah fahamkan kami akan hal ini.

Sunday, January 4, 2009

Renungan hidup...

Nasihat dari guru tika hadapi tekanan yang amat berat.Maka guru berpesan :

"Hadapi lillah dan billah.Tiada yang bukan dari Allah.Hadapi dengan sabar dan qanaah"

Jika dengan Allah tak akan tewas insya Allah.Itu ujian biasa. Kerna Allah menjadikan hidup ini adalah utk menguji mana amalan yg lbh baik. Belum ujian iman. perkara bertemu berpisah itu romantika kehidupan bukan ujian iman .Jangan rendahkan dirimu di mata syetan dan makhluk .Semua ada yang berkehendak yaitu bersamalah dengan Allah semua akan kecil.

*Ya Allah fahamkan al-faqir akan hal ini.

Tausiyah dari guru......

" Setiap alam ciptaan itu mendapatkan bagian nasibnya dari yang dihadapinya menurut (Hadith): “Setiap sesuatu tunduk kepada tujuan diciptakannya masing-masing”."

" Segala anugrah yang sesuai dengan hawa nafsumu maka itu adalah ujian, dan segala ujian yang menyalahi hawa nafsumu itu adalah anugrah"

" Jika engkau pasrahkan segala urusanmu kepadaNYA, maka engkau menjadi rehat dari segala banyak pertikaian (zahir dan bathin)."


Sumber:Al hikam Al Hatimiyah (Hikmah-hikmah yang mengalir pada lisan orang-orang Sufi). karya Imam Agung Sidi Muhyiddin bin Arabi ra.

*Ya Allah,fahamkanku akan hal ini.